Wednesday, September 29, 2010

50% orang hilang ialah remaja perempuan ???

50% orang hilang ialah remaja perempuan ??? adehhh apa nk jadi nih, ni mesti kes cepat terpengaruh ngn kawan ataupun cinta punya pasal..ehmmm


50% orang hilang remaja perempuan /2010/09/29/HM

KUALA LUMPUR: Jika maklumat terbaru orang hilang yang didedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diambil kira, masyarakat perlu bimbang apabila hampir 50 peratus daripada individu terbabit adalah remaja perempuan belasan tahun.
Bilangan gadis remaja tempatan yang lesap dari rumah dianggap menggusarkan berikutan perangkaan polis mendapati golongan usia terbabit adalah penyumbang terbesar kepada kes kehilangan orang di negara ini sejak beberapa tahun lalu.

Dalam tempoh Jun hingga September tahun ini saja, enam remaja perempuan dari beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak dilaporkan hilang.

PDRM, semalam memaparkan gambar beberapa individu yang dilaporkan hilang di laman sosial facebook rasminya dalam usaha mengesan individu terbabit dengan bantuan orang ramai. Laman berkenaan mendedahkan seramai 17 individu kebanyakan remaja berusia lingkungan 14 dan 17 tahun dilaporkan hilang. Antara orang hilang yang lain adalah dua beradik berusia dua dan tiga tahun yang hilang sejak 4 September lalu serta seorang warga emas berusia 80 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 September lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai orang hilang diminta menghubungi balai polis yang berhampiran atau hubungi Bahagian Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di talian 03-22668307

2 comments:

Siti Safiyyah said...

ni mesti kes terpengaruh dgn pakwe la ni. hmm kasih syg kekasih takkan penah sama dgn kasih sayang ibu bapa. betul tak?

Anonymous said...

Terlalu ikutkan hati/nafsu dan terpengaruh dengan ayat & cara hidup teman2..

Blogged.my