Thursday, September 16, 2010

APA PENDAPAT KORANG???? SEKOLAH HARAPAN BAGI PELAJAR HAMIL DIBUKA JUMAAT NI.

(GAMBAR DISEBELAH) KERJA pengubahsuaian bangunan lama SAMB giat dijalankan bagi menyiapkan bangunan sekolah Harapan yang diwujudkan kerajaan negeri khusus bagi menampung remaja hamil di negeri ini di Jasin. - Foto Nashairi Mohd Nawi.

15 September, 2010 15:14 PM

Sekolah Harapan Bagi Pelajar Hamil Dibuka Jumaat Ini

MELAKA, 15 Sept (Bernama) -- Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan merek......a yang secara sukarela mahu ke situ.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata sekolah itu yang dikenali sebagai 'sekolah harapan', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).

Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.

"Kita telah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar," katanya kepada pemberita di kediamannya, Seri Bendahara, di sini Rabu.

Mohd Ali berkata setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan.

"Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi menbolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu.

-- BERNAMA

F: BERITA HARIAN ONLINE
2010/09/15/BERITA HARIAN

MELAKA: Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sekolah itu yang dikenali sebagai ''sekolah harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).
Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.
"Kita sudah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar," katanya di kediamannya, Seri Bendahara, di sini hari ini.
Mohd Ali berkata, setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan. "Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi membolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.
Beliau berkata sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu



1 comments:

Gen Fujita said...

bagi saya kalau orang tu nak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, maka seharusnya dibantu sedaya mampu. pada masa sama pencegahan pun kena ada juga. saya pernah ulas perkara berkaitan di blog saya:
Penyakit dan gejala