Friday, November 11, 2011

Di Sebalik Tarikh 11.11.11


Di Sebalik Tarikh 11.11.11




Tarikh hari ini mengikut kalendar gregorian menunjukkan satu susunan nombor yang unik. Perkara ini hanya berlaku sekali sahaja setiap millenium. Tarikh hari ini telah menjadi satu perkara besar dalam kalangan manusia. Termasuk umat Islam di Malaysia.


Tahukah anda bahawa tarikh ini sebenarnya menyimpan pelbagai rahsia yang nyata mampu menggugat akidah seseorang? Bukan kebetulan ramai yang seolah-olah mengagung-agungkan tarikh ini termasuk di televisyen dan pelbagai media elektronik. Perkara ini sebenarnya sudah dirancang rapi oleh puak-puak pemuja Lucifer (Iblis) iaitu para Masons sekalian.


Post kali ini akan mengupas rahsia-rahsia dan konspirasi di sebalik tarikh ‘keramat’ 11.11.11 yang sedang menjadi viral.


——
Simbolik angka 111111


Menggunakan matematik mudah, apabila kita tambahkan setiap angka dalam tarikh ini (1+1+1+1+1+1) akan berjumlah 6. Ya, ini sudah cukup jelas membuktikan terdapatnya unsur simbolik Lucifer atau Iblis.



Angka 1 yang berulang sebanyak 6 kali ini juga merujuk kepada Al Masih Dajjal (The False Messiah) yang umum mengetahui bermata satu dan hubungannya dengan Lucifer yang simbolik dengan angka 666. Dikatakan pada tarikh inilah mulanya kemunculan Antichrist (Dajjal) yang dijadikan boneka oleh ‘the Devil’ seperti yang telah diramal dalam kitab Satanic the Holy is Satan.



Hubungan akrab antara Antichrist dan Lucifer juga telah tercatat dalam kitab Mormon (the Book of Mormon);


Antichrist (Al Masih) terbesar ialah Lucifer (Iblis), tetapi dia mempunyai banyak pembantu dalam bentuk kewujudan roh mahupun sebagai manusia biasa.” – (Book of Mormon: Jacob 7: 1-23, Alma 1: 2-16, Alma 30: 6-60)


Hari Jumaat, sehari sebelum Sabbath


Satu lagi unsur yang jelas menunjukkan tarikh ini telah ditunggu-tunggu oleh para Masons untuk melakukan ritual Masonic ialah jatuhnya pada hari Jumaat. Kita semua tahu hari Jumaat adalah hari akan berlakunya kiamat dan secara halusnya mereka memilih hari ini sebagai hari kebangkitan Al Masih the False Messiah.


Ini juga telah diramal dalam kitab Nostradamuih;kredit kepada Al-Saachez


‎”Dan kuasa kegelapan akan mula menerobos ke dalam jiwa setiap insan menurut kehendak Angra Mainyu, Enkidu, Malek Taus dan Lucifer ketika 1 bertemu 1 sebanyak 6 kali pada permulaan hari sebelum bermula Sabbath” – (Nostradamuih 111;111)


Jelas di sini kemunculan kuasa kegelapan (Lucifer dan Antichrist) akan berlaku pada 11.11.11 (1 bertemu 1 sebanyak 6 kali) dan hari tersebut ialah hari sebelum bermula Sabbath.


Sabbath ialah hari para Yahudi dan beberapa puak agama Abrahamic (agama Hanif) lain melakukan ritual dan dianggap ‘the rest day’ di mana unsur-unsur jahat tidak dapat berlaku. Sabbath berlaku pada hari Sabtu dan hari sebelumnya ialah hari Jumaat!


Kaitan dengan Illuminati dan Freemasonry


Unsur-unsur Illuminati dan para penyembah syaitan, Freemason telah banyak merujuk kepada tarikh keramat mereka ini. Contohnya dapat dilihat pada rajah ‘Ordo Templi Orientis’ (Order of Oriental Templars) mereka yang terdapat di bawah.



Maka jelas bahawa angkatan Illuminati dan para masons telah lama menanti kedatangan tarikh ini. Dan tersorot sudah bahawa tarikh ini menjadi tarikh penting dalam konspirasi mereka menyeru Al Masih.


——


Sungguh dahsyat konspirasi yang dilakukan oleh mereka. Kita sebagai umat Islam di Malaysia perlu berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan ‘pemujaan’ tarikh ini. Nyata sekali sambutan yang diadakan oleh sesetengah saluran televisyen antarabangsa seperti Disney Channel (yang nyata dimiliki Yahudi) telah dirancang untuk menyesatkan umat Islam.


by~ IZZ