Monday, September 15, 2014

Terbongkar! Iklan Yang Dilancarkan Oleh Organisasi Yahudi Ini Sangat Mengejutkan

Terbongkar! Iklan Yang Dilancarkan Oleh Organisasi Yahudi Ini Sangat Mengejutkan

Di Boston, Amerika Syarikat, iklan bertajuk ‘One Word’ yang dipamerkan pada sistem kerataapi bawah tanah sangat mengejutkan. Iklan ini dilancarkan oleh ‘Ads Angainst Apartheid’ (AAA) bertujuan mempersoalkan dan menyedarkan tentang kekejaman Israel dalam isu keamanan timur tengah.

Iklan ini telah menjadi tajuk utama di akhbar-akhbar utama Palestin dan Israel. Chadi Salamoun, Presiden kepada organisasi AAA menyatakan:
“Iklan ini berdasarkan fakta dan disokong oleh organisasi hak asasi manusia yang berwibawa dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” kata Chadi Salamoun, Presiden AAA, yang menambah bahawa “jika iklan ini mengejutkan, itu kerana realitinya adalah mengejutkan. ”
Richard Colbath-Hess, ahli fakulti Universiti Massachusetts Yahudi-Amerika, dan pengasas bersama AAA, menyatakan bahawa “wang cukai Amerika membantu kerajaan Israel mengekalkan penjajahan tentera yang amat kejam dan telah menafikan hak asasi rakyat Palestin selama beberapa dekad. Iklan ini menunjukkan penjajahan Israel dan apartheid benar-benar kelihatan dan adalah penting untuk rakyat Amerika mengetahui.”
Organisasi AAA merancang untuk memperluaskan kempem di bandar-bandar lain seluruh Amerika.


0 comments:

Blogged.my