Tuesday, December 11, 2012

Persandingan Empat Bereadik Serentak 09.12.2012 di seremban 2

MHI EPISOD 242 Persandingan Empat Beradik Serentak 09.12.2012

HARIAN METRO

Jimat belanja

Oleh Nor Adila Ab Kadir
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEREMBAN: Empat beradik dari Taman Rasah, Kemayan, dekat sini, mencipta sejarah tersendiri apabila bersanding serentak dengan pasangan masing-masing, semalam.
Bapa pengantin, Abd Aziz Mohd Rejab, 57, berkata, idea bersanding serentak itu timbul selepas mendapat pandangan ahli keluarga yang bersetuju melakukannya.

Katanya, persandingan serentak keempat-empat anaknya menjadikan majlis itu sangat istimewa dan sekali gus melakar sejarah buat keluarganya.

“Saya, isteri (Habsah Ahmad, 50) dan anak-anak bersyukur kerana segala perancangan berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Kami bersetuju mengadakan majlis ini serentak bagi menjimatkan masa dan perbelanjaan selain memudahkan banyak pihak untuk datang terutama musim cuti sekolah yang banyak undangan perkahwinan.

“Jika buat berasingan, satu majlis kenduri boleh menelan belanja RM30,000 dan majlis serentak ini bukan saja dapat menjimatkan kos malah lebih meriah,” katanya. yang ditemui pada majlis itu, semalam.


Majlis yang diadakan di Dewan LPPKN, Seremban 2, dekat sini, menyatukan pasangan Abd Rahman Abd Aziz, 29, dengan Rabiatul Baizura Jaafar, 28; Nurul Asyikin Abd Aziz, 28, dengan Muhammad Syakir Idris, 26, Abd Alim 26, dengan Nurfazlina Mokhta, 27; dan Khairul Hazwan Abd Aziz, 24, dengan NurFairuz Fauzi, 24.

Pada majlis itu lebih 1,500 tetamu hadir termasuk keluarga pengantin dari Melaka, Kelantan, Bangi, Port Dickson dan Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10

Thursday, November 15, 2012

500 ekor kucing untuk dijadikan hidangan eksotik

 


SEBAHAGIAN daripada 500 ekor kucing yang dipintas pihak polis di bandar Xuzhou, dalam wilayah Jiangsu di China baru-baru ini.

XUZHOU - Polis di bandar ini, dalam wilayah Jiangsu, di timur China menghalang sebuah lori yang membawa 500 ekor kucing untuk dijadikan hidangan eksotik di restoran-restoran tempatan, lapor akhbar Telegraph semalam..... MAKLUMAT LANJUT SILA KE http://araazman.blogspot.com/2012/11/500-ekor-kucing-untuk-dijadikan.html

Monday, September 3, 2012

MASIHKAH KAU MENCINTAIKU?

Masihkah Kau Mencintaiku?

Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga.

Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang ku rasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa.

Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu.

Masihkah aku buah hatimu?
Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah ramai, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah.

Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan karenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat.

Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita,

Apakah aku masih kekasih hatimu?

Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kau hadiahkan kepadaku.

Masihkah engkau mencintaiku?

Kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di facebook,
Sharing is Caring

Friday, August 31, 2012

Hidup dengan duit yang sedikit

Apa yang naik dan tidak akan jatuh? Selain daripada umur korang, harga barangan dan perkhidmatan adalah jawapan yang munasabah! Hakikatnya pada akhir-akhir ini, banyak telah diperkatakan tentang kenaikan harga makanan dan minyak di seluruh duni.Dengan harga yang meningkat dan pendapatan kekal sama, amatlah penting untuk kita mempelajari bagaimana untuk hidup dengan cermat.


Apakah yang dimaksudkan dengan menjadi Cermat?

Kita mungkin tidak menyukai perkataan ini dalam kehidupan seharian kita tetapi, hari ini kita akan lebih kerap mendengarnya. Tanyalah nenek moyang kita, dan selalunya mereka akan memberitahu yang gaya hidup mereka sinonim dengan perkataan ini. Hari ini, orang mungkin berpendapatan lebih daripada nenek moyang mereka, jauh lebih banyak, tetapi entah bagaimana, duit kita sentiasa tidak mencukupi, apatah lagi untuk menyimpan. Tidak hairanlah kerana pada masa dahulu, anda boleh membeli semangkuk mee dengan harga lima sen tetapi pada hari ini, peminta sedekah pun akan merungut dengan lima sen yang anda beri kepadanya!
Bercermat atau berjimat cuma bermaksud mengurus demi untuk menyimpan. Bermakna, anda mendapat sebanyak mungkin duit anda. Orang yang cermat sentiasa mencari jalan untuk menjimat masa, duit dan tenaga, dan di sini kami tegaskan yang bercermat bukan bermakna menjadi kedekut atau “kiam-sap” seperti kata orang-orang Hokkien.

Bagaimana saya boleh Bercermat atau Berjimat?

Terdapat banyak cara untuk hidup dengan duit yang sedikit dan di bawah adalah beberapa cadangan yang dapat membantu anda berhemat dengan wang Ringgit anda:
  • Kurangkan perbelanjaan harian anda – sebelum anda membeli sesuatu, tanya diri anda:
    • Adakah saya betul-betul perlukan ini?
    • Bolehkah saya mendapatnya di tempat lain pada harga yang lebih murah?
    • Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?
  • Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar daripada bajet anda – tidak menggunakan kereta (aduh!) dan jimat duit minyak, membaiki kereta, cukai jalan, insuran kereta dan tol atau, cadangan yang kurang menyakitkan, cuba turunkan taraf kereta anda, seperti membeli kereta yang berkapasiti lebih rendah.
  • Kurangkan penggunaan – tutup semua lampu apabila tidak digunakan dan gunakan lampu yang jimat tenaga, kurangkan penggunaan hawa dingin, basuh pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar (daripada menggunakan mesin pengering) dan tutup semua alatan elektrik apabila tidak digunakan.
  • Kurangkan sampah – gunakan kertas di kedua-dua belah muka surat (jika dibenarkan, buat catatan tanpa kertas!) dan gunakan kain lampin daripada lampin pakai buang.
  • Guna semula atau Kitar semula – jika boleh, jadikan sampah anda baja (yang boleh digunakan untuk menanam sayur anda sendiri!), usahakan kebun sayur dan tukarkan sampah anda kepada duit!
  • Jadikan barang bertahan lebih lama – perbaiki pakaian, kasut digam semula dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.
  • Cari kegunaan baru untuk barangan lama – cat perabot lama, buat kuilt daripada pakaian lama, dan jadikan meja besar lama kepada meja tulis. Dalam erti kata lain, kitar semula, kitar semula dan kitar semula!
  • Cari barang pengganti yang lebih murah – beli jenama umum, membeli-belah semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli
Anda juga boleh berjimat dengan memenuhi keperluan anda secara kreatif, dengan berkongsi bersama orang lain dan menggunakan sumber awam. Di sini terdapat beberapa cara lagi untuk berjimat:
  • Cari hiburan yang percuma atau murah. (Kita akan membincangkan hal ini dengan lebih lanjut lagi, kemudian.)
  • Berkongsi dalam pembelian yang besar

    Perkongsian boleh membantu anda mendapat apa yang anda perlukan pada kos yang rendah. Sebagai contoh, mungkin anda berkongsi dengan jiran anda sebuah tangga, gerudi elektrik dan mungkin pembersih vakum. Anda juga boleh berkongsi banyak permainan anak anda dengan rakan dan ahli keluarga anda, dan berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja juga adalah satu lagi contoh yang baik
  • Bertukar barangan atau perkhidmatan.

    Ya, kita hidup dalam dunia moden tetapi siapa kata yang kita tidak boleh mengamalkan pertukaran barangan? Sebenarnya anda boleh membuat pertukaran kepada semua jenis barang. Jika anda pandai menggunting rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran. Anda berdua mendapat apa yang anda perlukan dan anda berdua dapat jimat duit. Fikirkan tentang kemahiran anda, perkara yang anda gemar dan perkara yang anda lakukan dengan baik. Kemudian, fikirkan tentang kemahiran dan bakat rakan, ahli keluarga dan jiran anda. Bertanya kepada mereka yang anda kenali, yang mahu membuat pertukaran dengan anda. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan lihat bagaimana ia berjalan. Siapa tahu, anda mungkin memulakan satu lagi “eBay”!

Bagaimana saya boleh berjimat dalam Hiburan?

Ini adalah satu bahagian yang kita banyak berbelanja tanpa menyedarinya. Walaubagaimanapun, masih boleh mendapat hiburan secara percuma atau hampir percuma. Disebabkan anda cuba berjimat, tidak bermakna anda tidak boleh bergembira. Tidak kira berapa pendapatan anda, luangkan masa untuk relaks dan bergembira (sebab anda hanya hidup sekali!). Malah ia lebih penting apabila anda mempunyai duit yang sedikit. Tanpa keseronokan, sukar untuk hidup sihat. Di sini terdapat beberapa cadangan:
  • Pinjam buku atau hadiri seminar/program percuma yang dianjurkan perpustakaan awam
  • Daripada pergi ke sinema, sewa video dan cuba buat sendiri kacang putih/biskut.
  • Melawat museum, zoo atau taman tema dan nikmati udara segar (bergantung di mana anda berada!)
  • Peka dengan konsert, program kanak-kanak dan aktiviti keluarga yang percuma daripada akhbar atau melalui pusat/laman web pelancongan.
  • Ambil kelas yang murah melalui pendidikan komuniti, belajar kemahiran baru atau hidupkan minat lama. Malah anda boleh tukarkan hobi itu kepada bisnes
  • Hadiri sesi percuma bacaan buku orang dewasa dan kanak-kanak di kedai buku tempatan atau perpustakaan.
  • Berjalan, mengembara dengan berjalan kaki atau berbasikal untuk meneroka suatu yang baru atau melawat tempat kegemaran.
  • Lihat matahari terbit dan terbenam, cari gugusan bintang pada langit atau mungkin, mulakan satu projek bersama keluarga, seperti menanam pokok (pokok durian atau magga memang tepat sekali, kerana ia akan menjimatkan duit anda daripada perlu membeli buah-buahan!)
Jika anda rajin mencari (hanya perlu cari di Internet mengenai “gaya hidup cermat” atau “berjimat”, anda akan kagum dengan apa yang bakal anda jumpa!), terdapat banyak cara untuk menikmati hiburan yang baik dan pada kos yang rendah. Sebenarnya, satu lagi aktiviti yang menarik, yang mungkin anda perlu cuba ialah “memerhati orang”! Duduk di taman atau pusat membeli-belah dan anda perlu cuma perhati apa yang orang lakukan, bagaimana mereka berjalan, bercakap, ketawa dan bagaimana sesetengah ibu bapa “berkomunikasi” dengan anak mereka. Banyak perkara yang dapat dipelajari dengan hanya memerhatikan orang lain dan yang bagusnya, ia adalah PERCUMA!

Kesimpulan

Hidup dengan duit yang sedikit tidak bermakna kehidupan yang serba kekurangan. Ia lebih kepada hidup dengan lebih bermakna dan bersyukur, dan bukan hidup untuk orang lain. Bercermat dalam semua aspek kehidupan adalah asas membina kekayaan. Jika anda berimpian untuk mendapat kebebasan kewangan pada suatu hari nanti, tidak kira tahap atau status pendapatan anda, anda perlu jadikan pengurusan kewangan yang berhemah sebagai cara hidup.
~AKPK

Friday, July 27, 2012

Kebaikan Merokok Yang Anda Mesti Tahu..


Kebaikan Merokok Yang Anda Mesti Tahu...

Pada kotak rokok (kecuali rokok seludup) akan ada tertera perkataan “Amaran Kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan” , gambar-gambar ngerikan seperti kaki, janin, mulut dan sebagainya.

Perokok pasif iaitu orang yang tidak menghisap rokok tetapi menghidu bau asap rokok dari rakan, suami dan sebagainya juga terdedah kepada penyakit kanser, apa lagi yang menghisap rokok. Pendek kata,merokok adalah merbahaya kepada kesihatan.

Tetapi ada penyelidikan yang mutakhir mengatakan yang sebaliknya pula. Menghisap rokok digalakkan pula kerana menghisap rokok dikatakan menghisap rokok ada kebaikannya tersendiri. malah menurut kajian statistiknya ada hubungan positif antara menghisap rokok dan kehidupan kita.

1. Awet Muda; semakin banyak menghisap rokok semakin awet muda(ingat, hubungan positif tadi)

Oleh kerana merokok mengganggu kesihatan, ada yang yang mengatakan sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama beberapa minit, maka dapat disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua. Mati muda bererti awet muda.
.
2. Anti Rabies

Rabies adalah penyakit yang boleh membawa maut akibat gigitan binatang seperti gigitan anjing. Dengan menghisap rokok kita dengan mudah dapat menghindari gigitan anjing.
Caranya;
Lari saja, dalam masa 2 atau 3 minit, kita dah semput dan tidak sengaja akan membongkok. Anjing tadi menyangka anda akan mengambil batu. Seperti yang diketahui, anjing takut kena baling batu, kemudian dia pun lari tak cukup tanah…
So…selamatlah kita dari rabies.
.
3. Anti Rompakan

Pencuri biasanya akan datang pada tengah malam atau awal pagi semasa kita dibuai mimpi. Ok, semasa pencuri datang di tengah malam.
Tetiba… Kita ter UHUK… UHUK batuk dan batuk. Pencuri tadi mesti menyangka kita belum tidur. So, batuk kita menyelamatkan kita dari rompakan.

Monday, May 28, 2012

Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar


Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar


Kelihatan imej lembaga berkenaan yang tertera di cermin belakang kereta. 


Imej lembaga wanita dari jarak dekat.

KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.

Saturday, May 5, 2012

Kasih Seorang Ibu



Kasih Seorang Ibu

Kasih seorang Ibu. Jalannya sudah ter-titih2, kerana usianya sudah lebih dari 70 thn, sehingga kalau tidak perlu sekali, jarang ia boleh dan mahu keluar rumah. Walaupun ia mempunyai seorang anak perempuan, ia harus tinggal di rumah buruk, kerana kehadirannya tidak di-inginkan. Masih teringat olehnya, betapa berat penderitaannya ketika akan melahirkan puterinya. Ayah dari anak tersebut keluar setelah tidak mahu bertanggung jawab atas perbuatannya.

Disamping itu keluarganya menuntut agar ia menggugurkan bayi yg belum dilahirkan, kerana keluarganya merasa malu mempunyai seorang puteri yang hamil sebelum nikah, tetapi ia tetap mempertahankannya, oleh sebab itu ia diusir dari rumah orang tuanya. Selain aib yang harus di tanggung, ia pun harus bekerja berat di kilang untuk membiayai hidupnya. Ketika ia melahirkan anaknya, tidak ada seorang pun yang mendampinginya. Ia tidak mendapat kucupan manis mahupun ucapan selamat daripada orang lain, yang ia dapatkan hanya cemohan, kerana telah melahirkan seorang bayi haram tanpa bapa........KLIK utk BACA Seterusnya 

Friday, May 4, 2012

MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KEPADA PEREMPUAN


MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KEPADA PEREMPUAN :

✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu,
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi,
✔ GELANG → Tanda mesra,
✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian,
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan,
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin,.....................BACA Seterusnya di http://araazman.blogspot.com

Monday, April 30, 2012

BUANG AIR KECIL BERDIRI? BUANG AIR BESAR MENCANGKUNG?


BUANG AIR KECIL BERDIRI? BUANG AIR BESAR MENCANGKUNG?

Sebelum cerita pasal mangkuk tandas, nak cerita pasal cara betul buang air besar. Lebih baik duduk mencangkung daripada duduk masa buang air besar.

Sebab, cuba rujuk dalam gambar rajah di atas tu. Tengok perbezaanya semasa duduk dan mencangkung. Kalau duduk, najis tak keluar habis.

Kalau najis tak habis keluar, apa akan jadi? Ikut sunnah, masa mencangkung tu, mengiring sedikit ke kiri atau tekan bawah perut sebelah kiri kalau rasa-rasa najis tu degil nak keluar.

Mengiring ke kiri memudahkan najis tu keluar dengan lancar tanpa tersekat-sekat. Kalau buang air kecil pulak, lepas habis kencing tu, bagi yang lelaki tu, silalah berdehem-dehem 3 kali dan yang perempuan, mengurut bahagian bawah perut (bawah pada pusat).

Ini kerana untuk memastikan tiada sakibaki air kencing yang tertinggal. Nanti bila dah ambil wuduk, ada pulak terkeluar sikit air kencing. Yang perempuan tu, janganlah kencing berdiri. Tak elok lagi tak sopan.

Saturday, April 14, 2012

Menegur Isteri Tanda Sayang..


Menegur Isteri Tanda Sayang..

Menegur isteri merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi seorang suami. Walaupun ianya nampak mudah, namun begitu sekiranya tersalah langkah boleh membawa pecah belah di dalam rumah tangga.

Bukan semua isteri mudah menerima teguran daripada suami, apatah lagi bagi pasangan yang memulakan perkahwinan dengan percintaan. Apabila si suami memberi teguran, si isteri akan mengungkit kisah-kisah lama semasa bercinta dimana si suami menuruti sahaja kehendaknya pada ketika itu. Sehinggakan bau kentut pun dirasakan wangi seperti deodoren..........BACA seterusnya di http://araazman.blogspot.com/2012/04/menegur-isteri-tanda-sayang.html

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...


Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran... ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas
http://araaz-man.blogspot.com

BACA, LIKE, SHARE & TAG

Thursday, April 12, 2012

10 Ciri Suami Mithali.. ADA KE CIRI NI PADA KITA??


10 Ciri Suami Mithali.. ADA KE CIRI NI PADA KITA??
SUAMI MITHALI CUKUP KE DENGAN MENYEDIAKAN NAFKAH UNTUK KELUARGA??

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.
2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
3. Jangan layan dia seperti ‘LALAT’.
4. Elakkan terlampau banyak RUNGUTAN.
5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.
6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.
7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.
Kemudian lakukan lah perkara itu lagi.

8. Jangan merendahkan keinginan dia. Pujuklah dia.
9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”.

Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat

Wednesday, April 11, 2012

Perbezaan kubur orang kaya & kubur orang miskin

Perbezaan kubur orang kaya & kubur orang miskin
Adakah anda nampak perbezaan kubur orang kaya & kubur orang miskin?
Adakah anda nampak perbezaan liang lahad org kaya dan miskin?
Adakah anda nampak perbezaan lebar lubang kubur org kaya dan miskin?

Tiada perbezaankan? ... sama sahaja...
Jangan bangga pada status...
Jangan pandang hina orang miskin...
Kita semua sama disisi Allah S.W.T.

Sultan, Raja, Perdana Menteri, Menteri,
Ulama', Ustaz, Ustazah.... Kita semua sama di depan ALLAH nanti..

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

(Surah Al-Hujurat 49: Ayat ke 13)
~marrahman~

Tuesday, April 10, 2012

ASTAGHFIRULLAH 'AZIM.....


ASTAGHFIRULLAH 'AZIM.....

Seorang wanita terjatuh dari tingkat 80 sebuah hotel. Dia menjerit sekuat-kuat hati.
Ketika tubuh wanita itu sampai di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris yang terdengar jeritan tadi, menyambut di balkoni.

Wanita : Terima kasih sebab
selamatkan saya…

Lelaki Inggeris : Sama-sama,
tapi awak kena balas budi
saya…

Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan
saya…

Wanita : Tak guna, engkau
ingat aku apa?! Tidak!!

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu yang terus Menjerit sekali lagi. Di tingkat 50, seorang lelaki Perancis berjaya menyambut wanita tersebut.

Wanita: Terima kasih, anda dah
selamatkan saya…

Lelaki Perancis: Sama-sama,
tapi anda harus membalas
budi…

Wanita: Bagaimana?
Lelaki Perancis: Tidur dengan
saya…

Wanita: Kurang ajar, kamu
ingat saya ni wanita
bagaimana! Aku tak mau!

Lelaki Perancis: Kalau begitu
tak guna aku selamatkan
kamu…

Lelaki Perancis melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50, 40 dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Dia mula ketakutan dan berharap,
jika ada orang yang menyelamatkannya, wanita itu tidak kisah lagi jika terpaksa
tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang Lelaki Arab telah berjaya menyambut wanita itu. Belum sempat lelaki Arab iTU bersuara,
wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…

Wanita: Terima kasih, awak
telah menolong saya. Sebagai
membalas jasa, saya akan tidur
dengan awak.

Lelaki Arab: Astaghfirullah hal
azim (lalu melepaskan semula
wanita itu kerana terkejut).

JOM ke Blog baru araaz http://araazman.blogspot.com

Monday, April 9, 2012

KISAH INI HARUS DIBACA OLEH SEMUA ORANG YANG BERGELAR ANAK.


ANAK TAK KENANG BUDI....KURANG AJAR....ENGKAU MEMANG ANAK DERHAKA...!!!!
(TERJATUH AIRMATAKU PABILA MEMBACA KISAH INI)
Tak tersanggup untuk mendengar kata kata ini keluar dari mulut MAK AYAH kita..

KISAH INI HARUS DIBACA OLEH SEMUA ORANG YANG BERGELAR ANAK....

Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh(namanya dirahsiakan)...Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut.....

Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.

"Masih saya ingat lagi ustaz.... bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini... yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi

"Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya...sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.

Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut...katanya "Ayah...kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!" kata anak gadisnya merungut manja...sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.

Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab "nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis.... beli kelengkapan kamu...kita bukan orang senang..."

"Ok lah ok lah...tapi ayah beli cepat sikit tau...nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa....nanti tak boleh tidur....haaa..ganggu prestasi along..!!"

Ye la...ye la.....nanti ayah beli lah...."

Sebulan telah berlalu...si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan...mungkin..sedang kumpul duit nak beli tilam agaknya...maklumlah kerja kampung bukan orang senang....rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai...satu rumah duduk lapan orang.

"Apa yang tak seronoknya ustaz ialah....budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu...pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan
tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki...ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta....

"Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah....tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu...pakcik ni sapa?...bapak diorang ke ..????" terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi....."Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam....gerun saya ustaz....!!"

"Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama...tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz...risau saya ustaz...apalah upaya saya ustaz..."

"Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya...maklumlah orang sedang bercinta..bercouple...mak bapak pulak jauh ..jadi line clear...ustaz..kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik."

Suatu petang ustaz....sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya....ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya....dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu....sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya...kerana tilam kekabu itu berat.....kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju...terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan...sunyi...kerana hari itu hari cuti...ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka...termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.

"Saya pun keluar dari rumah....lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu...bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya..."kata saya kepada si ayah ."

"Ke mana mereka pergi....agaknya...keluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?" tanya ayahnya...bertalu-talu...saya hanya mendiamkan diri....lalu saya berkata kepada si ayah...tak mengapa bang...rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh....bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya...."

Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain...nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik.....si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.

Si ayah menunggu...sehinggalah waktu maghrib telah masuk....si anak masih tidak balik lagi....saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya ...lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto...takut kesihatan anaknya terganggu.

Sedang kami duduk menunggu anaknya....yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu....tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu.....lalu bertanya kepada saya..."Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?"
Saya hanya terdiam...tak terkata apa-apa....lalu saya menjawab..."beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya."

Si ayah semakin risau......dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.

Tepat pukul 2.15 pagi...barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra...pakwenya....berhenti di depan rumah sewa
Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya...sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu....mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari...perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua....

Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa....bergurau....dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya...!!!Subhanallah....saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya...tetapi saya tahan....kata saya kepada ayahnya..:"Jangan bang...sekarang dah pagi...jangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malu...biarkan budak lelaki itu balik dulu"

Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu...barulah budak lelaki itu pulang...si gadis itu pun masuk ke rumahnya.....
Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya...dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampai...lalu dia memanggil nama anaknya....

Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu...sambil katanya..:"hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni.....tak boleh tunggu besok..?

Si ayah terus meluru lalu menampar...muka anak gadisnya...menjerit-jerit...marah.."Oooo.....buat apa datang pagi buta ye....kamu tahu tak... aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu...bawakkan tilam untuk kamu.....jenuh aku tunggu kamu....ni ha...pakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang ...makan.....aku datang dari jauh letih...sebab risaukan kamu...sayangkan kamu..tapi kamu...keluar sampai jauh malam....dengan pakwe kamu ye...dah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung....aku malu tau tak...maluuuuu....anak kurang ajar..anak derhaka....anak tak mengenang budi.....aku jaga kamu....aku tatang kamu macam minyak yang penuh....macam ini balasan kamu...macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak sial........berdebub...gedebab....kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz.....saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap....beristighfar....bersabar..........

Anak gadisnya...menangis meraung...merayu...memohon keampunan.....hu hu hu ayahhhh...ampunkan alongggg....huwaaaaa...ayah alongggg salah ...along berdosa dengan ayah.....hunhuuuuuu.......!!

Kau memang anak celaka.....memalukan keluarga...orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat....tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu...aku tak bagi tau tak.... sebab nak bawak tilam ni....kamu tau tak tilam ni berat....tilam kekabu...aku bawak dari kampung jauh....terhoyong hayang aku..bawak motor...tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak...??
Kata si ayah sambil menangis.......suasana pilu.....saya juga menitiskan air mata....sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.


"Sudah..kau kemaskan barang....pagi ni jugak balik ikut aku....balikkkkk...ikut aku...cepatttt,.........kata ayahnya....

Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu...Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya...kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.

Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,....dengan membonceng motor...tetapi bukan di belakang pakwenya...tetapi dibelakang bapaknya......kesiannn ustaz...kesiannnn.....

~marrahman~

JOM ke Blog Baru araaz di http://araazman.blogspot.com

INSYA ALLAH... INSYA ALLAH.... INSYA ALLAH...


INSYA ALLAH... INSYA ALLAH.... INSYA ALLAH...

Sebagai hamba Allah, kita tidak punya sedikit pun kuasa untuk menentukan berjaya atau tidaknya sesuatau yang kita rancang, walau serapi manapun rancangan yang kita bina. Kehendak kita amat terbatas kerana Allah yang menentukan segala-galanya.

Lafazkanlah ucapan INSYA ALLAH walaupun kita yakin perancangan kita akan menjadi kenyataan. Kehendak kita amat terbatas kerana semuanya bergantung kepada ketentuan dan kehendak Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Semoga Allah merahmati kita semua.

Firman Allah dalam Surah al-kahfi :

"Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "Aku pasti melakukan itu esok pagi," kecuali dengan mengatakan Insya Allah (jika Allah menghendaki)" Dan Ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku lebih dekat pada kebenaran dari pada ini." (ayat 23-24)

~marrahman~

Malaikat Rahmat TAKNAK MASUK RUMAH.. KENAPA???


Malaikat Rahmat TAKNAK MASUK RUMAH.. KENAPA???....

Soalan:Salam ustaz, adakah haram memakai gelang kaki tapi tidak ada loceng? Bagaimana pula hukumnya tentang pemakaian gelang tangan berloceng?mohon penjelasan terperinci dari ustaz.

Jawapan:Bila termenung jauh memikirkan masalah wanita sekarang ini, memang kebanyakkan wanita ini pada setiap hari dalam kehidupan mereka dibelenggu dengan dosa-dosa tanpa disedari oleh mereka. Kadang-kadang saya lihat wanita yang faham agama juga terlibat dengan masalah ini. Alasan mereka Islam tidak melarang berhias dan bercantik-cantik.

Paling malang lagi, mereka mengajarkan orang lain dengan pandangan mereka yang singkat tanpa menjelaskan secara terperinci pakaian yang dikehendaki oleh Islam.Di kesempatan yang ada ini, saya hanya fokus kepada persoalan yang telah dikemukakan di atas iaitu hukum pakai gelang kaki tanpa loceng.

Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Ini akan merugikan kita semua. Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah HARUS, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya.

Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng” (Riwayat Tarmizi)

Apa-apapun bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan muhram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik. Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami. Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stokin atau seumpamanya. Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi DOSA.

Friday, April 6, 2012

Mimpi Setelah Solat Istikharah...


Mimpi Setelah Solat Istikharah...

Soalan:

Apakah apabila saya bermimpi selepas solat Istikharah dan Tahajud, contohnya tentang seorang perempuan, maka dia adalah jodoh saya. Maksudnya dalam solat tersebut jita memohaon doa pada allah supaya ditunjukkan jodoh saya. Adakah memang itulah taqdir Allah bahawa orang tersebut adalah jodoh saya dan itulah taqdir yang mutlak dan tidak berubah?

Jawapan:

1) Ramai menyangka selepas istikharah, ia akan disusuli dengan mimpi, atau terasa cerah hati terhadap sesuatu perkara. Dan menyangka itu adalah pilihan yang ditentukan Allah. Ini satu sangkaan yang silap.

2) Sebenarnya, apabila seseorang membuat istikharah, dan mengambil segala sebab musabbab untuk menentukan pilihannya dengan cara bertanya atau mengkaji, kemudian dia memilihnya, maka pilihannya itulah yang paling baik, walaupun tidak bermimpi.

3) Jika anda istikharah untuk mencari teman hidup, dan melihat seorang wanita dalam mimpi, tidak semestinya itu pilihan yang terbaik. Kerana mimpi kadangkala disebabkan apa yg difikirkan pada siangnya, lalu bermimpi pada malamnya.

4) Pilihan terbaik ialah anda berusaha bersungguh-sungguh mencari wanita yang solehah dan beragama, dari keturunan yang baik-baik, kemudian minta pandangan dan nasihat orang-orang soleh, dan beristikharah. Tidak perlu tunggu dia datang dalam mimpi.

5) Tetapi jika anda bermimpi, dan merasakan ia bukan mainan tidur, maka anda boleh bertanya orang alim lagi soleh untuk menta’birnya.

Thursday, April 5, 2012

Sanggul Tinggi Penghalang Bau Syurga?

Sanggul Tinggi Penghalang Bau Syurga?

Penjelasan 1:

Sanggul dalam keadaan biasa yang dibuat wanita untuk mengemaskan rambutnya untuk mengelak dari mengurai, tidaklah ada larangan Syarak terhadapnya asalkan ia tidak mendedahnya untuk tontonan orang ramai (selain suami, mahram dan sesama wanita) kerana rambut berada dalam kawasan aurat yang wajib ditutup.

Adapun sanggul yang dibuat untuk tujuan fesyen dan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain (yakni sekalipun berada di bawah tudung, tetapi menjadi tarikan kepada orang lain) dibimbangi wanita yang melakukannya tergolong dalam salah satu dari dua golongan ahli neraka yang disebut oleh Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadis di bawah;عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu;

1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan;

2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).[1]

Dalam hadis di atas, Nabi mendedahkan dua golongan dari umatnya yang perlakuan mereka belum nampak pada zaman baginda akan tetapi akan muncul pada zaman selepas baginda, iaitu;

a) Golongan pertama; golongan yang suka mendera dan memeras orang-orang bawahannya (termasuk pemerintah-pemerintah yang zalim) di mana mereka diumpamakan Nabi seperti seorang tuan yang memegang cambuk dan memukul hamba bawahannya.

b) Golongan kedua; wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (yakni tidak menutup aurat dengan sempurna) di mana mereka cenderung kepada maksiat dan melakukan tindakan-tindakan yang mendorong orang lain kepada maksiat.

Di dalam hadis di atas, bukan larangan sanggul yang dimaksudkan oleh Nabi apabila menyebutkan “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta…”, akan tetapi tujuan sanggul itu dibuat iaitulah untuk menarik perhatian orang lain kepada mereka di samping mereka mendedahkan sanggul itu untuk diperlihatkan kepada orang ramai. Ini dapat kita fahami dari keadaan mereka yang disifatkan Nabi dalam ungkapan sebelumnya “…berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepada maksiat…”.

Menurut Imam an-Nawawi; maksud ungkapan Nabi “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta” ialah mereka membesarkan rambut di kepala mereka dengan melilitnya dengan kain serban atau kain-kain lilitan yang lain (Syarah Soheh Muslim). Jelaslah kepada kita bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi dalam hadis di atas –berdasarkan tafsiran ulamak- ialah fesyen-fesyen yang dibuat pada rambut untuk tujuan menarik perhatian orang lain.

Wanita-wanita Islam wajib menjaga penampilan diri mereka agar jangan menimbulkan ghairah dan nafsu lelaki ajnabi walaupun dengan perbuatan yang hukum asalnya adalah harus. Sebagai contoh;

a) Suara wanita hukum asalnya tidaklah aurat (yakni harus diperdengarkan). Namun apabila suaru itu dimanja-manjakan (atau dialun-alunkan seperti nyanyian, nasyid dan sebagainya) maka ia menjadi aurat yang tidak boleh diperdengarkan kecuali kepada suami dan mahram sahaja. Firman Allah; “…janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”. (al-Ahzab; 32)

b) Harus wanita memakai gelang kaki. Namun jika ia menghentak-hentakkan kakinya untuk memperdengarkan bunyi gelang kaki itu kepada orang lain (yang bukan suami dan mahramnya) atau ia memakai gelang kaki yang berloceng, maka hukumnya adalah haram sebagaimana larangan Allah dalam surah an-Nur (bermaksud); “Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka”. (ayat 31). Larangan ini mungkin boleh dikiaskan kepadanya kasut-kasut tumit tinggi yang dipakai oleh wanita hari ini di mana apabila ia berjalan, bunyi tapak kasutnya akan menarik perhatian orang lain untuk berpaling kepadanya.

Kesimpulannya, sanggul pada asalnya tidaklah dilarang, namun jika dibuat dengan tujuan untuk memperlihatkan keaadan sanggul itu di khalayak ramai atau untuk menarik perhatian mereka, ia adalah dilarang berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 14, bab an-Nisa’ al-Kasiyaat…

2. Fatawa wa Istisyaraat laman al-Islam al-Yaum (http://www.islamtoday.net), no. 16/158.

3. Al-Halal wa al-Haram, Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

Nota hujung;

[1] Berkata Dr. Yusuf al-Qaradhawi; “Rasulullah s.a.w. melalui pandangan ghaibnya seolah-olah melihat kepada zaman ini, zaman di mana terdapat kedai-kedai atau salun-salun khas untuk menggubah rambut wanita, mencantikannya dan mempelbagaikan fesyen-fesyennya. Biasanya kedai-kedai atau salun-salun ini diselia oleh lelaki-lelaki yang melakukan kerja mereka bagi mendapat upah atau bayaran. Bukan sekadar itu, malah ramai wanita yang tidak memadai dengan rambutnya yang sedia ada yang dianugerahkan Allah, maka mereka membeli pula rambut-rambut palsu. Rambut palsu ini mereka sambungkan dengan rambut asal mereka untuk kelihatan lebih ikal, bersinar dan cantik, supaya dengan itu diri mereka menjadi lebih menarik dan menggoda…”. (al-Halal wa al-Haram, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, halaman 84-85).

Penjelasan II

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.”(Riwayat Muslim).

Sebenarnya ada beberapa tafsiran hadis ini terutama dalam masaalah sanggul wanita:

  • Hadis yang menyatakan seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga.
  • Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya.

Kesimpulan:

Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram.

Wallau’alam.

(Sumber: Ustaz NorAmin dan Ustaz Ahmad Adnan)

utk SHARE sila ke Laman Blog BARU araaz