Tuesday, December 11, 2012

Persandingan Empat Bereadik Serentak 09.12.2012 di seremban 2

MHI EPISOD 242 Persandingan Empat Beradik Serentak 09.12.2012

HARIAN METRO

Jimat belanja

Oleh Nor Adila Ab Kadir
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEREMBAN: Empat beradik dari Taman Rasah, Kemayan, dekat sini, mencipta sejarah tersendiri apabila bersanding serentak dengan pasangan masing-masing, semalam.
Bapa pengantin, Abd Aziz Mohd Rejab, 57, berkata, idea bersanding serentak itu timbul selepas mendapat pandangan ahli keluarga yang bersetuju melakukannya.

Katanya, persandingan serentak keempat-empat anaknya menjadikan majlis itu sangat istimewa dan sekali gus melakar sejarah buat keluarganya.

“Saya, isteri (Habsah Ahmad, 50) dan anak-anak bersyukur kerana segala perancangan berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Kami bersetuju mengadakan majlis ini serentak bagi menjimatkan masa dan perbelanjaan selain memudahkan banyak pihak untuk datang terutama musim cuti sekolah yang banyak undangan perkahwinan.

“Jika buat berasingan, satu majlis kenduri boleh menelan belanja RM30,000 dan majlis serentak ini bukan saja dapat menjimatkan kos malah lebih meriah,” katanya. yang ditemui pada majlis itu, semalam.


Majlis yang diadakan di Dewan LPPKN, Seremban 2, dekat sini, menyatukan pasangan Abd Rahman Abd Aziz, 29, dengan Rabiatul Baizura Jaafar, 28; Nurul Asyikin Abd Aziz, 28, dengan Muhammad Syakir Idris, 26, Abd Alim 26, dengan Nurfazlina Mokhta, 27; dan Khairul Hazwan Abd Aziz, 24, dengan NurFairuz Fauzi, 24.

Pada majlis itu lebih 1,500 tetamu hadir termasuk keluarga pengantin dari Melaka, Kelantan, Bangi, Port Dickson dan Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10

0 comments: