Tuesday, September 28, 2010

Wanita direjam kerana berzina

Wanita direjam kerana berzina.28hb / Kosmo

GAMBAR yang disiarkan oleh stesen televisyen ABC menunjukkan beberapa orang lelaki yang merupakan anggota Taliban di lokasi hukuman rejam ke atas seorang wanita yang didakwa berzina di Pakistan.

ISLAMABAD - Seorang wanita ditanam pada paras dada sebelum sekumpulan lelaki melontar batu berulang kali ke arahnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Rakaman tersebut yang disiarkan stesen penyiaran ABC menunjukkan anggota-anggota Taliban merejam seorang wanita sehingga mati di barat daya Pakistan.

Hukuman rejam kerana berzina biasa dilaksanakan di Iran dan Arab Saudi.

Namun, wanita itu dipercayai direjam sehingga mati setelah dia dilihat bersama seorang lelaki bukan muhrim.

Hukuman tersebut dipercayai dilaksanakan dua bulan lalu di wilayah Orakzai.

Klip video berkenaan yang dirakamkan dengan menggunakan telefon bimbit diseludup keluar oleh seorang anggota Taliban yang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu sebelum ia diserahkan kepada saluran televisyen Al Aan, di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Klip itu juga boleh ditonton di laman YouTube.

Seorang menteri Kesatuan Eropah (EU), Jorge Barroso yang menonton klip video itu, menyifatkan hukuman tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan.

"Kami mengutuk perbuatan itu yang tidak memiliki justifikasi dari sudut moral mahupun agama," katanya. - Agensi

3 comments:

aYaz said...

kenape pempuan je?
yg lelaki nye mane?


skodeng sini

Langit Pertama said...

HUkuman rejam hanya boleh dilakukan apabila didatangkan dgn 4 orang saksi lelaki yg jujur yg melihat sendiri kemaluan lelaki memasuki kemaluan perempuan.

Rejam juga utk wanita dan lelaki yg sudah berkahwin. Yang belum berkahwin, hukumannya sebat 100 kali...

Ye la kan... Mana lelakinya...
Mana leh berzina kalo takde lelaki...

kak norli said...

Hukum Allah jgn kita pertikai....Kita cuma lihat byk tu saja...yg lain kita x d tontonkan. Gmbar tu tergantung saja..Kalau hukum allah kita laksanakan...x kan ada berlambak2 anak2 luar nikah d sini dan x kan ada ibu buang anak & sanggup membunuh anak sendiri.Takutlah pada bala Allah!!!