Monday, September 27, 2010

Status Glitterati Nuffnang

Ramai tidak sedar atau sengaja buat tak tahu berkenaan Status Glitterati Nuffnang ? sebb araaz tengok ramai blogger yg kecewa dan putus asa sebb status Glitterati di akaun Nuffnang diaorng ditarik balik, sampaikan ada yg meluahkn hasrat utk tidak lagi mempedulikn blog mereka disbbkn trlalu kecewa, araaz tak faham sama ada korang ni buat-buat tak tahu atau terlepas pandang tentang peraturan yg nuffnang sudah tentukn, cuba korang baca sekali lagi peraturan seperti di bawh yg araaz salin dari laman web nuffnang utk mengekalkn status Glitterati yg nuffnang tentukn (araaz ada tandakn yg mana paling penting), dan utk mengetahuan korang status tersebut mash boleh dikembalikn sekiranya korang menghubungi pihak nuffnang dengan membuat rayuan melalui email.


Apakah dimaksudkan dengan “Nuffnanger Eksklusif”?

“Nuffnanger Eksklusif” merujuk kepada ahli blogger Nuffnang yang TIDAK mempunyai sebarang bentuk pengiklanan di dalam blog berdaftar mereka, sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pun pautan kepada mana-mana rangkaian pengiklanan yang berasal dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pengiklanan lain yang dianggap sebagai pesaing oleh pihak Nuffnang.

Bagaimana untuk menjadi ahli Glitterati Nuffnang?

Anda akan didaftarkan sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya kesemua blog berdaftar anda tidak mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing Nuffnang. Sistem kami akan mendaftar anda sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.

Sekiranya sistem kami dapat mengesan mana-mana blog berdaftar anda mempunyai sebarang iklan atau pautan yang menghubungkan kepada rangkaian pesaing Nuffnang, status keahlian Glitterati anda akan disingkirkan dalam tempoh 4 hari.

Terma dan Syarat:

* Program Loyalti ini dibuka kepada semua ahli Nuffnanger eksklusif, di mana "eksklusif" bermaksud ahli blogger Nuffnang yang tidak mempunyai unit iklan di dalam setiap blog berdaftar yang berasal dari rangkaian pengiklanan lain di Asia Timur Selatan, atau dari mana-mana rangkaian pengiklanan yang dianggap sebagai pesaing langsung oleh pihak Nuffnang.

* Tarikh keahlian Program Loyalti ini tidak dapat dianjak lebih awal bagi mendapatkan keuntungan semasa menyertai program tersebut.

* Status Glitterati anda mungkin hilang sekiranya sistem perangkak kami gagal untuk mengesan unit iklan Nuffnang di dalam mana-mana blog yang telah berdaftar di dalam sistem (contoh: akses blog dihalang, unit iklan Nuffnang anda digantung, atau komputer pelayan yang mengendali blog anda tergendala), atau sekiranya blog anda tidak menjana trafik untuk tempoh masa yang lama.

* Mana-mana ahli blogger Nuffnang yang didapati cuba untuk memanipulasi syarat dan terma program ini akan digantung keahlian untuk tempoh masa yang tidak ditetapkan.

* Nuffnang berhak untuk menghalang atau menggantung keahlian mana-mana ahli daripada menyertai Program Loyalti tanpa sebab atau alasan.

* Nuffnang berhak untuk menggubah terma dan syarat yang sedia ada.

4 comments:

amira said...

ooo... gitu ke... thanks

zuar said...

aku pun dah banyak kali kena..wlupun aku xde letak mana2 iklan..heran jgk.

awahi08 said...

Tq Man atas artikel berguna ni

mrs jamal said...

mm makcik pown dh kene la araaz..pernah merajuk dn beralih ke sya lain..tp nuff jugak y best