Saturday, September 4, 2010

Pakai seluar pendek, berpakaian ketat serta menampakkan dada d Bulan Ramadhan kena Tegur?

Hanya Sekadar Gambar Hiasan >>

ush hati-hati kepada remaja perempuan diluar sana terutama di melaka sekrng ni sesiapa yg memakai seluar pendek, berpakaian ketat serta menampakkan dada kena tegur oleh JAIM tu.hee, jadi berpakain sopanla di Hari yang Mulia ini..:-)

Operasi khas cegah wanita pakai tak sopan

2010/08/27/HM

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) melakukan operasi khas di kawasan bazar Ramadan di negeri ini bagi mengambil tindakan terhadap pengunjung terutama wanita yang berpakaian seksi.
Operasi dilakukan bagi membendung segelintir pengunjung berpakaian tidak sopan sehingga mengganggu orang lain yang berpuasa.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai kurang selesa ke pasar Ramadan kerana terganggu cara pengunjung berpakaian.

“Kita menerima pelbagai aduan dengan menyatakan ada memakai seluar pendek, berpakaian ketat serta menampakkan dada.

“Kita menasihatkan pengunjung menghormati kesucian Ramadan supaya menjaga tertib serta cara berpakaian di tempat awam,” katanya.

2 comments:

CIK TOM said...

jangan takut kena tegur or kena saman ngan JAIM..lebih baik takut dengan api neraka...sekadar renungan :)

Cik Tim said...

memang patut pun kena tegur. huhu..segan lak jadi kaun hawa ni.

Blogged.my