Sunday, September 19, 2010

Heee cam cite lawak lak, pecah masuk rumah org , boleh lak tertidur kat rumah mangsa


Heee cam cite lawak lak, pecah masuk rumah org , boleh lak tertidur kat rumah mangsa....malang tul pencuri tu...tu la siapa suruh buat kerja-kerja yg tak elok tu, kan dah kena tangkap...cukup memalukn..tapi araaz perasaan gak, byk gak kes pencuri yg tertidur kat rumah mangsa, sebabb apa yerk? ehmmmm

Tertidur di sofa

GEORGETOWN: Polis menahan seorang lelaki yang mendakwa bekerja sebagai pembantu khas kepada ahli politik di negeri ini selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah di Jalan Rumbia, Sungai Nibong, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, suspek dikatakan memecah masuk sebuah rumah milik seorang pensyarah maktab ketika pulang berhari raya.

Beliau berkata, mangsa berusia 53 tahun yang baru saja pulang bercuti di Selangor bersama keluarganya terkejut selepas mendapati keadaan di dalam rumahnya berselerak seperti dipecah masuk.

Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan isteri mangsa ternampak seorang lelaki tidur di atas sofa di dalam bilik anaknya dan terus memberitahu suaminya mengenai kelibat suspek.

“Mangsa kemudian menghubungi polis dan secara kebetulan dua anggota unit kereta peronda melalui lokasi kejadian terus menuju ke rumah mangsa, namun suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri.

“Bagaimanapun, cubaan suspek gagal selepas ditahan kira-kira 50 meter dari rumah mangsa bersama sebuah beg mengandungi peralatan pecah rumah serta barangan kemas milik mangsa,” katanya.

Gan berkata, hasil pemeriksaan, polis menemui semula barangan kemas milik mangsa termasuk cincin, rantai dan lain-lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Beliau berkata, hasil soal siasat, suspek memberitahu polis dia pembantu khas kepada ahli politik dan berdasarkan pemeriksaan rekod jenayah, suspek mempunyai 14 kes jenayah lampau.

Katanya, suspek juga positif dadah dan polis turut menemui setangkai kunci rumah pelbagai jenis daripada suspek dan mengaku datang ke rumah mangsa menaiki sebuah kereta jenis Honda Accord miliknya yang diletakkan di luar rumah.

“Hasil semakan, kereta itu didaftarkan atas nama suspek dan polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti tempoh masa aktiviti jenayah dilakukannya,” katanya.

2010/09/18/HM

1 comments:

Pencacai Alim said...

itu bangang nmanya..hakhak

Blogged.my