Mempunyai hak ke atas sesuatu privasi tidak kira dalam dunia yang nyata atau di atas talian adalah sesuatu yang diinginkan oleh semua. Dalam arus pembangunan menggunakan internet ini, pastinya privasi ketika menggunakan Internet adalah sesuatu yang mustahil untuk dikecapi.
Salah seorang pencipta Internet berpendapat untuk mendapat privasi di Internet adalah sesuatu yang amat mustahil memandangkan manusia di zaman ini terdedah dengan penggunaan media sosial dan juga rangkaian sosial. Vint Cerf juga berpendapat, teknologi baru pada zaman ini membuatkan “kita semakin sukar untuk mencapai privasi” dan “privasi adalah sesuatu yang amat mustahil”.
Pada asasnya, Cerf berpendapat teknologi pada masa kini telah mencapai satu titik yang membuatkan sesetengah orang tidak menyedari tentang post di laman web seperti Twitter dan Facebook yang membuka peluang untuk rakan-rakan atau orang asing sentiasa mengetahui tentang destinasi anda ataupun kedudukan semasa anda. Tambahan pula dengan adanya gajet yang mudah dibawa membolehkan mereka menjejaki anda 24 jam sehari.
“Kelakuan sosial kita merosakkan privasi yang dimiliki oleh kita”, katanya lagi yang kini bekerja bersama Google. “Teknologi telah memberikan impak kepada sosial intelek”.
Cerf turut memberitahu dia tidak tahu cara untuk memberikan perlindungan privasi kepada pengguna kerana teknologi sedang membangun dengan begitu pesat.
Sumber : BGR
0 comments:
Post a Comment