Friday, July 26, 2013

Ashraf: 'Berilah ruang kepada Dayana, Sakinah'

PELAKON, Ashraf Muslim menarik perhatian umum dengan berita perkahwinan keduanya dengan Wan Sakinah Ahmad Shaburi, dua minggu lalu.

Sejak berita perkahwinan mereka diketahui umum, Asyraf memilih untuk mendiamkan diri.

Namun, semalam, Asyraf membuat keputusan untuk berdepan dengan media dan menjelaskan kedudukan sebenar dan menjawab semua pertanyaan yang diajukan.

Ashraf hadir ke sidang media itu seorang diri tanpa ditemani mana-mana isterinya.

Ketika ditanya, Ashraf akui masih belum bersedia membawa kedua-dua isterinya Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah  pada sidang media khas yang berlangsung, petang semalam.

"Saya tak nak mereka berada di sini (sidang media). Saya kata, biar saya cakap dulu.

"Nanti apabila saya dah sedia untuk menampilkan kedua-duanya barulah saya ceritakan. Bolehlah nak cerita apa yang nak dicerita," katanya kepada pemberita.



Ketika sidang media sedang berlangsung, Ashraf memberitahu kedua-dua isterinya sedang keluar bersama-sama.

"Sekarang (mereka) sedang keluar sama-sama.

"Mereka ada (keluar) sebelum ini. Biar mereka berbincang ke apa ke, ikut merekalah. 'Women talk'. Biarlah," katanya.

Akui penerimaan Dayana terhadap Sakinah masih belum 100 peratus, namun mereka dalam proses menerima antara satu sama lain.

"Dalam proses. Kita tak boleh nak cakap 100 peratus sebab ini perempuan. Kita sebagai seorang lelaki kena faham perempuan.

"Ini memanglah, dalam peringkat permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya.

"Saya sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali. Dari sudut isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua," katanya.

Apabila soal zuriat dibangkitkan, Ashraf menafikan itu punca dirinya berkahwin kali kedua.

"Ini (berkahwin lagi) bukan sebab zuriat atau keluarga. Bukan.

"Apabila kita ada rasa perasaan itu, kalau kita elak-elak macam mana pun, nanti ia akan...saya takut saya akan buat benda yang tak baik. Baik kita kahwinlah," katanya yang ada merancang untuk membawa kedua-dua isterinya menunaikan umrah.

Ashraf juga akui belum membawa Sakinah bertemu keluarga Dayana sejak pernikahan mereka.

"Belum lagi. Sabar dulu. Panas lagi, kena sabar dulu. Saya kena pergi keluarga sana, terangkan dan pujuk orang sana.

"Pergi sini, pujuk orang sini. Banyak kerja sikitlah apabila berpoligami, katanya.

Ketika ditanya sama ada ada peminat yang marah berhubung kontroversi ini, Ashraf berkata, kebanyakan peminatnya mengucapkan tahniah.

"Tak ada. Semua cakap tahniah. Saya cakap sikit-sikit saja. Kalau boleh tak nak...biar beritahu beginilah (sidang media).

"Penatlah nak cakap seorang demi seorang," ujarnya lagi.

Sementara itu, ketika mengulas lanjut mengenai masa depan karier isteri keduanya, Ashraf tidak akan mengizinkan Sakinah berlakon.

Namun katanya, pertimbangan akan diberikan sekiranya isterinya itu mahu kembali atau mengacara.

"Kalau pengacara itu tak tahu lagi. Kena bincang dengan dia. Tapi untuk berlakon itu, tak lah," ujarnya yang turut membuat perancangan untuk membawa kedua-dua isterinya menunaikan umrah.

Thursday, July 25, 2013

Akhirnya Damia Izara Sanggup Berbogel Di atas Kemenangan BN









Nampaknya trend membuat cabaran hebat-hebat di facebook yang bermula dengan nama Johari Pain dulu kembali.









Kali ini seorang pengguna FB dengan nama Damia Izara pula membuat janji untuk bogel keliling Kuala Besut andai Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kecil (PRK) di sana.

Well…semua dah tahu bahawa BN bukan sahaja menang, tetapi majoriti juga bertambah.


Jadi persoalannya apakah Damia akan berbogel sekarang? Atau seperti biasa status seperti itu cuma untuk publisiti murahan.

Sebelum itu, penulis nak mintak la…kalau Damia ni memang seorang awek yang cun..oklah… Kuala Besut akan kembali meriah dan sewa rumah serta hotel akan meningkat lebih mahal lagi berbanding masa PRK menjelang hari Damia mahu berarak bogel.

Namun, kalau Damia ini akaun palsu milik Ah Beng cybertrooper DAP… takpelah… janji Ah Beng tidak perlu ditunaikan! Mahu ramai yang terbatal puasa pasal muntah hijau nanti.

** Dengar kata ada sorang nama Zul Nas pun buat cabaran yang sama….takpelah…kalau yang dah sah jantan…tak perlu ulas lanjut

Monday, July 22, 2013

Kemaluan dipatuk ular dalam mangkuk tandas


Tel Aviv: Seekor ular dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel semalam.

Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu.

Lelaki berusia 35 tahun dari utara Israel itu berkata, dia menyedari ada seekor ular menyerang selepas kemaluannya berasa panas seperti terbakar.

“Apabila saya melihat ke bawah, saya nampak seekor ular di dalam mangkuk tandas,” katanya.
Sementara itu anggota paramedik di Pusat Perubatan Rambam di Haifa berkata, mangsa masih bersemangat walaupun mengaku terkejut dengan kejadian itu.

“Walaupun ular itu tidak berbisa, patukannya meninggalkan parut pada kemaluan mangsa,” katanya.
Menurut paramedik itu, pengalaman merawat mangsa patukan ular di kemaluan lelaki adalah yang pertama untuknya. “Dia bernasib baik kerana semua ujian tidak menunjukkan ada ancaman kesihatan dialami mangsa,” katanya. 

Putus tunang gara-gara Ashraf Muslim

(GAMBAR) Bekas tunang (membelakangi kamera) dan Wan Sakinah - Gambar hiasan

MASIH belum reda mulut orang berkata tentang majlis perkahwinan mengejut antara Ashraf Muslim dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai lalu, kini timbul isu baru yang jauh lebih mengejutkan.

Ini kerana, Ashraf bukan sahaja dikatakan kahwin kali kedua tanpa keizinan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, malah turut didakwa punca berlakunya putus tunang antara Sakinah dengan bekas tunangnya.

Melalui rancangan Melodi di TV3, bekas tunang Sakinah, 29, yang tidak mahu dinamakan telah muncul memberitahu tentang pertunangannya dengan wanita itu yang sebelum ini terputus gara-gara Ashraf, 32, menjalinkan hubungan dengannya.

Beliau turut mendakwa yang hubungan Ashraf dengan Sakinah terjalin sewaktu pelakon itu masih bergelar tunang kepada isteri pertamanya, Dayana.

“Rasanya hubungan antara Sakinah dengan Ashraf bermula bukan sembilan bulan selepas Ashraf berkahwin, malah sebelum dan semasa Ashraf dalam pertunangan dengan tunangnya (Dayana) dan saya dan Sakinah masih bertunang.

“Pada masa itu saya memang frust (kecewa), kerana saya sudah hampir berkahwin. Memang takdir telah menentukannya tapi macam mana takdir pun mesti ada sebab dan alasannya dan salah satu sebab pertunangan kami terputus kerana dia (Sakinah) ada hubungan dengan Ashraf

“Dan pertunangan saya dan Sakinah terputus 25 hari sebelum mereka melangsungkan perkahwinan,” katanya.

Bagaimanapun, bekas tunang Sakinah itu tetap menarik nafas lega apabila apa yang diperkatakannya sebelum ini bukanlah fitnah sebaliknya kenyataan.

“Alhamdulillah, apa yang Ashraf nafikan sebelum ini akhirnya terbongkar. Apa yang pernah saya suarakan sebelum ini dipersoalkan oleh orang luar sama ada saya memfitnah, tapi sekarang sudah terbukti.

“Sebelum ini apa yang saya cakap tidak dipercayai orang lain kerana mereka menganggap Ashraf seperti ustaz, tapi Alhamdulillah, akhirnya terbongkar,” ujarnya yang turut bersimpati dengan apa yang terjadi kepada Dayana.

Tidak berdendam dengan Sakinah meskipun hubungan yang terjalin tidak ke jinjang pelamin, beliau tetap mendoakan kebahagiaan Ashraf dan Sakinah sehingga ke akhir hayat.

Namun, apa yang diharapkan oleh beliau agar Ashraf tidak lari dengan apa yang berlaku sebaliknya bersikap seperti lelaki budiman kerana apa yang dilakukan (berpoligami) tidak salah.

“Ashraf patut berterus terang dan sedia menghadapi pihak media dan orang ramai,” jelas beliau.

Sebelum ini, Ashraf dan Sakinah mengemparkan industri hiburan tanah air apabila dikatakan kahwin lari di Thailand pada 7 Julai lalu.

Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, tampil memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf.

Ashraf dan Dayana bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011, namun sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat.


Friday, July 19, 2013

Fida Ibrahim Tak Lagi Bercinta Dengan Zalif Selepas Terima SMS Ugutan

Sebelum ini ada laporan menyebut selepas beberapa bulan hubungan mereka renggang, pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim kembali intim atau dalam kata lain, bercinta semula dengan pelakon Zalif Sidek. Dan perjalanan cinta mereka nampak lancar.

Tetapi berita terbaru, Fida sendiri mengkui dai dan Zalif sebenarnya tidak lagi sebagai pasangan bercinta sejak dua bulan lalu dan tak mungkin kembali kepada lelaki itu. Namun mereka tetap menjalin hubungan sebagai kawan biasa. Jelas Fida, dia membuat keputusan untuk mengundur diri selepas mendapat pelbagai kiriman mesej berbaur ugutan daripada seorang wanita yang mengaku dirinya kekasih Zalif.

“Nak kata kami bercinta pun, sebenarnya tak sangat. Kami rapat pun hanya tiga bulan. Pada mulanya memang hubungan tu berjalan lancar. Tapi ada perkara-perkara yang tak diingini berlaku dan saya tak mahu keruhkan lagi keadaan. Bila kami semakin rapat, ada pula pihak yang mengirim SMS berbaur ugutan pada saya.

“SMS-SMS yang dikirimkan memang agak kasar bunyinya dan pengirim tersebut yang merupakan seorang wanita mengakui yang dia adalah kekasih Zalif.

“Sebelum ni Zalif beritahu dia tidak ada teman wanita. Tapi bila saya kerap menerima SMS dan panggilan dari pihak itu yang mengeluarkan kata-kata yang tak best pada saya, saya pula rasa macam penganggu kebahagiaan orang lain. Jadi saya buat keputusan untuk mengundur diri. Saya yang pilih jalan ini dan buat masa sekarang saya nak fokus pada karier nyanyian saya”, katanya kepada Malaysian Digest.com.

Pemilik nama sebenar Rafidah Ibrahim ini ditemui pada majlis Berbuka Puasa anjuran Astro di Hotel Hilton Kuala Lumpur, malam tadi.

Selalu Kena Tolak

Sementara itu gadis manis bertudung ini ditanya mengenai keterbukaannya menerima lelaki-lelaki yang sederhana dari segi paras rupa. Sebelum menjalin hubungan dengan Zalif, Fida sebelum ini pernah bercinta dengan Mamat Sepah. Namun cinta mereka juga tidak bertahan lama.

“Saya rasa itulah peluang saya jumpa dengan mereka (Mamat & Zalif). Bagi saya, kalau kita senang dengan orang tu, tak salah kalau kita mencuba. Asal kan dia tahu hormat kita. Sebenarnya saya dulu pun dah biasa kena rejek, jadi sebab tu saya tak pandang pada rupa”, kata penyanyi yang hits dengan lagu Apo Kono Eh Jang ini.

Skynight

Luahan hati Dayana tersebar?

KONTROVERSI kisah rumah tangga pelakon Ashraf Muslim akhirnya sampai ke kemuncak apabila dia mengaku telah pun bernikah secara rahsia bersama kekasihnya di Bangkok, Thailand.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Syariah, membenarkan Ashraf, 32, menarik balik permohonan berpoligami kerana dia telah bernikah bersama bekas kru televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu.

Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Ashraf membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman, 26.

Kisah poligami Ashraf semakin rancak menjadi bualan dan terkini, kehadiran nukilan puisi yang didakwa milik Dayana turut tersebar di blog-blog tempatan.


Bait-bait nukilan itu menunjukkan kekecewaan Dayana, sekali gus mengundang simpati orang ramai, terutamanya golongan wanita.

Sejauh mana kesahihan nukilan itu datangnya dari Dayana masih belum dapat disahkan lagi kerana usaha untuk mendapatkan Dayana mahupun Ashraf gagal.

Bagaimanapun, menerusi sumber di sebuah blog tempatan, pemilik akaun Facebook Melissa Norsaily Zakaria menegaskan, nukilan itu bukanlah hasil tulisan Dayana, sebaliknya daripada rakan Facebook Dayana, Ana Hawana.

Wednesday, July 17, 2013

Ashraf Muslim Kini Mengaku Sudah Bernikah Di Thailand

Akhirnya semua sudah terjawab. Spekulasi selama ini mengatakan pelakon dan pengamal perubatan Islam Ashraf Muslim bakal berkahwin dengan gadis bernama Sakinah bukan lagi khabar angin semata. 
Memetik laporan mStar online, Mahkamah Tinggi Syariah hari ini diberitahu pemilik nama sebenar Mohd. Ashraf Muslim, 32, sudah bernikah kali kedua dengan wanita yang digosipkan dengannya itu atau nama sebenarnya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada Ahad lalu.
Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membenarkan Ashraf menarik balik permohonannya untuk berpoligami yang difailkan pada hari ini (Rabu) selepas dia mengaku telah bernikah dengan wanita tersebut.
Ashraf turut memiliki isteri pertama iaitu Noor Dayana Lokman, 26, yang juga anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam Al Hidayah di Setiawansga.
Mereka bernikah di Mekah pada 30 Ogos 2011 dan tidak memiliki zuriat. Berikutan pengakuan Ashraf itu, mahkamah memerintahkannya membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada Noor Dayana.

Soo Wincci Dikecam, Dimarahi Peminat Kerana Berpuasa

Tahun lalu penyanyi dan pelakon Soo Wincci berjaya mencabar dirinya berpuasa penuh. Ternyata percubaan tahun pertamanya memberi keseronokan pada bekas ratu cantik Malaysia Dunia 2008/2009 ini lebih-lebih lagi apabila peminatnya terutama dikalangan peminat Melayu bertambah. Malah ramai yang memberikan sokongan moral kepadanya.
Seronok berpuasa dan menghargai sokongan peminat, maka tahun ini dia berpuasa lagi. Bezanya tahun ini Wincci mengaku yang dia benar-benar merasai bagaimana berpuasa yang sebenar-benarnya. Kali ini dia bukan saja menahan lapar tetapi perlu kuat semangat dan banyak sabar kerana tahun ini dia menerima kritikan daripada peminat.
“Sudah tujuh hari saya berpuasa. Tapi tahun ini cabarannya ialah sejak Ramadan pertama lagi, saya dikritik peminat. Tahun pertama, ramai peminat hairan dan tertanya-tanya mengapa saya berpuasa?Tapi tahun ini, ramai yang kritik dan marah di Instagram. Mereka kata, saya ni over (melebih-lebih) pula.
“Pada saya, sebagai rakyat Malaysia dan kita hidup 1Malaysia, saya hanya nak sama-sama merasai apa yang dirasai oleh umat Islam. Malah saya gembira kerana ada peminat berbangsa Cina yang sama-sama berpuasa dengan saya. Pengurus saya pun ikut sama berpuasa. Kalau boleh tiap-tiap tahun saya nak berpuasa.
“Bila kena kritik begini, baru saya rasa, oh ini puasa yang sebenar-benarnya. Bukan saja saya menahan lapar tapi saya perlu kuat dari segi mental. Tapi ramai juga peminat yang terus menyokong saya. Saya berterima kasih pada mereka”, dedahnya kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui pada majlis Berbuka Puasa Bersama Media dan majlis pelancaran Program Terbaik Bulan Syawal, 5 Hari 4 Malam TV9 bertempat di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) di Bukit Kiara, malam tadi.
Walaupun berpuasa, jadual seninya masih padat. Wincci memberitahu dia kini dalam sesi latihan tarian tiang untuk persembahannya di satu konsert anjuran sebuah stesen radio. Konsert tersebut akan berlangsung pada 17 Ogos depan di Bukit Jalil.
“Saya hanya ada kurang sebulan untuk berlatih tarian itu. Saya memang berlatih kaw-kaw bulan ini walaupun saya berpuasa. Semalam sewaktu latihan, ada juga saya rasa macam nak pengsan sebab saya terlalu banyak berlatih aksi berpusing. Tapi nak buat macam mana, saya tiada pilihan. Saya kuatkan diri.
“Sebab tu kalau bersahur, saya makan oat dan kurma. Kalau dulu saya tak bersahur sangat. Tapi tahun ni saya bangun sahur untuk pastikan saya cukup tenaga sepanjang hari”, tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Wincci akan menumpukan aktiviti seninya beberapa bulan di tanah air sebelum kembali ke Taiwan dan terus merakamkan album keduanya. Selain itu, buat pertama kalinya lagu raya ciptaannya sendiri berjudul Salam Aidilfitri bakal diputarkan di stesen-stesen radio tidak lama lagi.
Pada hari raya keenam nanti, Wincci akan muncul dalam program realiti yang diadaptasi melalui programFear Factor berjudul Ada Bran yang akan ditayangkan pada jam 8.30 malam di TV9.

Monday, July 8, 2013

Fashion Pelik di Jepun Pakai Seluar Dalam di Kepala

Pelik dan menakutkan,awas anda kena berhati-hati dengan geng wanita berseluar dalam dari jepun ini.

Selera dan  fikiran Jepun memang unik dan sukar diduga. Setelah mengejutkan dunia fashion danmenjadi trendsetter dengan Harajuku-nya kini mereka mencipta idea yang tidak kalah uniknya.


Inilah yang dikatakan dunia,kadang-kadang pelik dan melucukan.Kalau di Amerika ada sejenis hero yang memakai seluar dalam di sebelah luar,tapi pelik lagi di jepun heronya memakai seluar dalam wanita di kepala...


Inilah watak wira dari jepun,Hentai Kamen.Disebalik watak tersebut tercetus pula fesyen atau trend  baru remaja wanita jepun.



Trend fashion unik kali ini yang menjadi trend di kalangan anak muda Jepun, khususnya remajaperempuan adalah PantyFace, iaitu memakaikan seluar dalam di kepala.





Thursday, July 4, 2013

Foto : Tiz Zaqyah Bercuti Bersama Kekasih Di Pulau Perhentian

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon yang cantik yang membintangi drama Sebenarnya Saya Isteri Diabersama Izzue Islam sebagai Shaf yang bakal tiba Episod Akhir pada 5 Julai 2013 ini. Tiz Zaqyah baru-baru ini berkongsi gambar percutian ke Pulau Perhentian bersama teman lelaki juga beberapa orang rakan bukannnya Izzue Islam. Heh.
Tiz Zaqyah menerusi akaun Instagram beliau berkongsikan saat saat indah bersama teman lelaki, Daniel Haziq juga rakan rakan lain ketika bercuti di Pulau Perhentian baru baru ini. Seperti biasa sebelum ada peminat yang melatah dan kembali menghentam Tiz Zaqyah atas apa yang dikongsikan – perlu kita ingat yang aktress ini pernah berpesan yang ini memang dirinya dan peminat perlu terima.
“Itu kehidupan peribadi saya, jangan kacau. Kalau boleh terima, okeylah, tapi jika sebaliknya saya tak mampu berbuat apa-apa. Saya tak nafikan, dari dulu hingga hari ini, saya mahupun kawan-kawan artis yang lain akan bersosial jika kami mempunyai kelapangan”.
Berikut beberapa keping gambar percutian Tiz Zaqyah ke Pulau Perhentian untuk tatapan anda.

Masih Tiada Tarikh Nikah, Fouziah Tunggu ‘Lampu Hijau’ Abang

Setelah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan dan perunding keewangan, Md Zhafran (Zhaf) pada 1 Jun lalu, Fouziah Gous kini sudah mula sibuk membuat persiapan perkahwinannya. Namun menurut pelakon jelita ini, tarikh sebenar majlis pernikahannya masih belum ditetapkan kerana dia hanya menunggu kata putus dari abangnya.
“Setakat ni dah nak mula buat persiapan sikit-sikit. Tapi kami masih belum putuskan tarikh sebenar. Kalau ikutkan tempat untuk majlis pun memang dah tak ada, semua dah di booking. Tapi saya dan Zhaf tak kisah nak buat kat mana pun sebab soal tempat tu kami boleh fikirkan. Cuma sekarang ni pasal tarikh, saya hanya menunggu keputusan daripada abang saya yang kedua.
“Dia sebenarnya akan berpindah sementara ke Amerika Syarikat untuk menguruskan perniagaannya di sana tak lama lagi. Jadi saya akan berkahwin sebelum dia berpindah ke sana. Sekarang ni saya tengah tunggu jawapan dia, kalau dia cakap on, kami akan kahwin lah secepatnya. Saya nak juga abang saya ada di sini masa hari pernikahan kami nanti. Apapun, InsyaAllah saya dan Zhaf akan kahwin dalam tahun ni juga”, katanya kepada Malaysian Digest.com.
Aktres kacukan Melayu-Cina Pakistan ini ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaru barangan kemas Habib Jewels, Cherita di Pagi Raya sempena Aidilfitri, bertempat di Ampang, petang semalam.
Dalam masa sama, berkongsi serba sedikit perasaannya selepas sebulan bergelar tunangan orang, Fouziah berkata, hari-harinya kini tambah bahagia dan bertuah dengan kehadiran tunang yang sentiasa memahami.
“Dari segi kerja tak banyak beza. Cuma sekarang lebih seronok sebab ada orang ambil tahu apa kita buat, mana kita pergi. Kalau saya nak pergi mana-mana tu saya akan bagitahu dia. Kalau dulu solo, kita buat apa yang kita suka sendiri.
“Sekarang ni banyak benda yang kami buat sama-sama. Kami satu kepala. Dia pun seorang yang easy going dan memahami. Kadang-kadang tu ada juga kami tak sependapat, tapi yang penting salah seorang kena mengalah lah”, ujarnya.
Fouziah turut memberitahu dia juga sekarang sedang sibuk mengembangkan lagi perniagaan sarang burungnya yang mana dibantu oleh Zhafran sendiri sebagai rakan kongsi.
Mengenai perkembangan karier seni pula, Fouziah baru saja selesai menjalani penggambaran telemovie khas sempena Aidilfitri berjudul Ijab dan Qabul untuk siaran TV3 serta drama bersiri untuk terbitan RTM berjudul Cici & Roy.
Selain itu, di sepanjang bulan Ramadan nanti Fouziah akan sibuk di set penggambaran drama bersiri Alam Maya, arahan Nizam Zakaria.
Sumber: Skynigh

Kamal Adli Terkejut Disingkir TV9 Tanpa Notis

Pelakon Kamal Adli melahirkan rasa terkejut kerana tidak diberikan sebarang sebab oleh pihak penerbitan Hip TV (siaran TV9) yang mahu menyingkirkannya sebagai pengacara rancangan tersebut. Menurut Kamal, dia hanya mengetahui kontraknya tidak disambung semasa hadir untuk mengendalikan rancangan itu pada 17 Jun lalu tanpa sebarang notis awal.
Namun begitu, dia enggan memperbesarkan hal tersebut dan menganggap rezekinya tidak lagi bersama TV9 bagi mengendalikan rancangan hiburan itu. Malah katanya, sepanjang mengendalikan program berkenaan bersama pelakon Miera Liyana dia menimba pelbagai pengalaman berharga sebagai pengacara.
“Mungkin ini dikatakan bukan rezeki dan saya berterima kasih kerana diberi peluang dan kepercayaan selama setahun ini untuk mengacarakan program tersebut,” jelasnya.
Tambah Kamal, dia akan terus mencuba nasib dalam bidang pengacaraan dan semangatnya tidak akan terhenti hanya kerana kontraknya tidak disambung pihak saluran televisyen.
Dalam laporan sama, penerbit bersama Hip TV iaitu Engku Azmin Engku Zaini berkata, penyingkiran Kamal bukan kerana pelakon itu mempunyai masalah disiplin atau pun persembahannya tidak memuaskan tetapi pihak pengurusan ingin memberi kelainan kepada rancangan itu.
Sumber: skynigh

Maria Farida Tak Terkejut, Sudah Jangka Kontroversi Shahz Jaszle

Dramatis jelita, Maria Farida memberitahu beliau tidak terkejut malahan sudah menjangkakan kontroversi yang menghimpit diri Sharizal Jaszle atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle termasuklah kes baru-baru ini, aktor itu ditangkap basah.

Begitu pun, kata Maria dia sebenarnya sudah lama tidak mengikuti perkembangan Shahz Jaszle namun berita kes khalwat yang mengaitkan Shah Jaszle itu sampai ke pengetahuannya apabila kru-kru di lokasi penggambaran serta orang sekeliling sibuk bercerita tentang hal tersebut.

“Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia yang jahanamkan hidup dia sendiri. Whats goes around, comes around.

“Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya, sampai sekarang. Cuma nasib dia yang kali ini (kantoi) paling besar”, kata Maria Farida kepada Malaysian Digest.com ketika diminta mengulas mengenai isu dan kontroversi yang mengaitkan pelakon muda itu.
Maria dan Shahz Jaszle sikit masa dulu pernah menjalin hubungan cinta. Kisah cinta mereka tersebar ke pengetahuan umum apabila Maria dan Shahz mula memberanikan diri bermesej manja dan saling memanggil sesama sendiri dengan panggilan sayang di laman sosial, Twitter. Namun ikatan kasih mereka tidak berpanjangan dan hanya mampu bertahan beberapa bulan.
Sumber: skynight
Blogged.my