Friday, July 19, 2013

Fida Ibrahim Tak Lagi Bercinta Dengan Zalif Selepas Terima SMS Ugutan

Sebelum ini ada laporan menyebut selepas beberapa bulan hubungan mereka renggang, pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim kembali intim atau dalam kata lain, bercinta semula dengan pelakon Zalif Sidek. Dan perjalanan cinta mereka nampak lancar.

Tetapi berita terbaru, Fida sendiri mengkui dai dan Zalif sebenarnya tidak lagi sebagai pasangan bercinta sejak dua bulan lalu dan tak mungkin kembali kepada lelaki itu. Namun mereka tetap menjalin hubungan sebagai kawan biasa. Jelas Fida, dia membuat keputusan untuk mengundur diri selepas mendapat pelbagai kiriman mesej berbaur ugutan daripada seorang wanita yang mengaku dirinya kekasih Zalif.

“Nak kata kami bercinta pun, sebenarnya tak sangat. Kami rapat pun hanya tiga bulan. Pada mulanya memang hubungan tu berjalan lancar. Tapi ada perkara-perkara yang tak diingini berlaku dan saya tak mahu keruhkan lagi keadaan. Bila kami semakin rapat, ada pula pihak yang mengirim SMS berbaur ugutan pada saya.

“SMS-SMS yang dikirimkan memang agak kasar bunyinya dan pengirim tersebut yang merupakan seorang wanita mengakui yang dia adalah kekasih Zalif.

“Sebelum ni Zalif beritahu dia tidak ada teman wanita. Tapi bila saya kerap menerima SMS dan panggilan dari pihak itu yang mengeluarkan kata-kata yang tak best pada saya, saya pula rasa macam penganggu kebahagiaan orang lain. Jadi saya buat keputusan untuk mengundur diri. Saya yang pilih jalan ini dan buat masa sekarang saya nak fokus pada karier nyanyian saya”, katanya kepada Malaysian Digest.com.

Pemilik nama sebenar Rafidah Ibrahim ini ditemui pada majlis Berbuka Puasa anjuran Astro di Hotel Hilton Kuala Lumpur, malam tadi.

Selalu Kena Tolak

Sementara itu gadis manis bertudung ini ditanya mengenai keterbukaannya menerima lelaki-lelaki yang sederhana dari segi paras rupa. Sebelum menjalin hubungan dengan Zalif, Fida sebelum ini pernah bercinta dengan Mamat Sepah. Namun cinta mereka juga tidak bertahan lama.

“Saya rasa itulah peluang saya jumpa dengan mereka (Mamat & Zalif). Bagi saya, kalau kita senang dengan orang tu, tak salah kalau kita mencuba. Asal kan dia tahu hormat kita. Sebenarnya saya dulu pun dah biasa kena rejek, jadi sebab tu saya tak pandang pada rupa”, kata penyanyi yang hits dengan lagu Apo Kono Eh Jang ini.

Skynight

0 comments:

Blogged.my