Wednesday, April 10, 2013

15 Fakta Menarik Tentang Tidur


15 Fakta Menarik Tentang Tidur

1. Perkara yang berlaku ketika tidur: Otak berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

2. Masa tidur bergantung kepada umur iaitu:
bayi: 16 jam
3-18 tahun: 10 jam
19-55: 8 jam
lebih 55: 6 jam

3. 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.

4. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.

5. Parasomia atau dalam istilah kasar nya ‘tidur berjalan’ banyak dilaporkan dan selalunya terlibat dgn beberapa jenayah seperti Memandu ketika tidur, menulis cek tendang, pembunuhan, penganiayaan terhadap kanak-kanak, dan yang paling buruk sehingga boleh merogol orang.

6. 12% daripada mimpi kita selalunya adalah black and white. Peratusan ini pernah menjadi sangat tinggi suatu ketika dahulu sebelum TV warna dicipta. Kaitannya, TV juga mempengaruhi mimpi anda.

7. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah personaliti.

8. Posisi anda tidur boleh menunjuk personaliti anda:
a. Bayi: seorang yang kasar tetapi hati yang sentiasa terbuka.
b. kayu balak: suka bersosial
c. Mengiring biasa: suka berpura-pura untuk nampak seperti boleh diharapkan
d. Baring menegak: Boleh dijadikan tempat mengadu
e. Meniarap: menghiburkan
f. Starfish: pendengar terbaik

9. 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan

10. Tentera British adalah yang mula memperkenalkan kaedah untuk tidak tidur. dengan menggunakan cermin mata istimewa itu, apabila seseorang menjadi mengantuk, sinaran secerah mentari pagi akan memancar ke mata pengguna dan menyebabkan mereka terasa ingin bangun semula. kaedah ini boleh bertahan hampir 36 jam lamanya.

11. Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).

12. Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.

13. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.

14. Orang yang buta juga bermimpi. mereka yang buta semenjak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bauan dan sentuhan.

15. Selepas 5 minit terjaga, anda akan terlupa hampir 50% dari mimpi anda malam tadi, dan selepas 10 minit, 90% akan hilang.

16 Fakta Menakjubkan Bayi Baru Lahir


16 Fakta Menakjubkan Bayi Baru Lahir


1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Monday, April 8, 2013

Buat pertama kalinya seorang lelaki berusia 104 tahun merakam foto bersama isterinya yang berusia 100 tahun, setelah berkahwin selama 81 tahun.


Buat pertama kalinya seorang lelaki berusia 104 tahun merakam foto bersama isterinya yang berusia 100 tahun, setelah berkahwin selama 81 tahun.


Isterinya dipakaikan gaun pengantin dan si suami berasa sangat gembira. Dia memeluk isterinya lalu memuji isterinya cantik. Mereka tidak pernah bergambar sebelum ini disebabkan kemiskinan.

Bahaya & risiko Menggunakan Selipar 'Jepun'



Pasti ramai diantara kita yang selalu menggunakan selipar jepun atau disebut juga selipar sepit. Selipar ini diantara selipar yang popular yang digunakan oleh rakyat Malaysia. Namun begitu selipar ini ternyata mempunyai beberapa perkara bahaya dan risiko bagi para penggunanya. 


1. Tidak Ada Penyokong

Bentuk selipar yang rata, tak mempunyai penyokong bagi tumit kaki dan lengkungan kaki pemakainya tersebut tidak baik bagi keselesaan dan kesihatan. Tapak kaki yang ideal adalah yang mempunyai penyokong bagi tumit dan lengkungan kaki.

2. Mengundang bakteria pada kaki

Jika anda menggunakan selipar ini sepanjang masa, di udara terbuka, perkara tersebut boleh menarik tidak kurang dari 15000 bakteria untuk melekat di kaki anda. Dan perkara ini merugikan bagi keadaan kesihatan anda dan keluarga.



3. Bahaya ketika memandu

Elakkan memandu, baik dengan menggunakan motosikal atau kereta dengan memakai selipar ini apatahlagi yang telah longgar dan nipis. Permukaannya yang rata boleh menyebabkan kaki anda tergelincir dari pedal, sangat membahayakan keselamatan anda. Pasti boleh mengundang kemalangan.

4. Sakit Punggung

Kerana tidak adanya penyokong di lengkungan kaki dan tumit, maka memakai selipar jepun terlalu lama boleh menyebabkan timbulnya sakit pergelangan kaki dan sakit pinggul. Jika dibiarkan, lama kelamaan boleh menjadi sakit punggung.

5. Arthritis Sakit Sendi

Jika anda terlalu lama memakai selipar jepun dengan kedudukan rata apabila berjalan, maka boleh menyebabkan timbulnya arthritis atau sakit sendi @ radang pada sendi.

Single, Kapel, Tunang. Kahwin

Single ~•> Jgn bersedih kerana Allah akan memberi yg terbaik nanti.
Kapel ~•> Jgn terlalu seronok kerana di waktu inila saham dosa menaik.
Tunang ~•> Jgn terlalu lama kerana ia akan menimbulkan pelbgai masalah. 
Kahwin ~•> Jangan terlalu leka kerana telah diberikan tangguNgjawb yg akan dipersoalkan di akhirat kelak..

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

MOGA CATATAN INI MENDATANGKAN KEINSAFAN


( 1) Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan syirik kepada Allah.
Dosa yang paling besar dalam Islam.
Kekal dalam neraka selama-lamanya.

( 2) Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu
serta lalai dalam solatnya.
sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar.

( 3 ) Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.

( 4 ) Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

( 5 )Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi
mengata dan mengumpat orang.

( 6 )Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya
lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba.

( 7 )Mayat yang wajahnya tersenyum,
itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

10 Ciri Orang yang Berfikir positif


10 Ciri Orang yang Berfikir positif

Semua orang yang berusaha meningkatkan diri dan ilmu pengetahuannya pasti tahu bahawa hidup akan lebih mudah dijalani bila kita selalu berfikir positif. Tapi, bagaimana melatih diri supaya fikiran positiflah yang ‘beredar’ di kepala kita, tak banyak yang tahu. Oleh kerana itu, sebaiknya kita kenali saja dulu ciri-ciri orang yang berfikir positif dan mulai mencuba meniru jalan fikirannya.

1. Melihat masalah sebagai cabaran
Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai cubaan hidup yang terlalu berat dan membuatkan hidupnya jadi paling sengsara di dunia.

2. Menikmati hidupnya
Pemikiran positif akan membuat seseorang menerima keadaannya dengan senang hati, meski tak bererti ia tetap berusaha untuk mencapai hidup yang lebih baik.

3. Fikiran terbuka untuk menerima saranan dan idea orang lain
Dengan itu, boleh jadi ada hal-hal baru yang akan membuat segala sesuatu lebih baik.

4. Nyahkan fikiran negatif dengan segera setelah fikiran itu terlintas di benak
‘Memelihara’ fikiran negatif lama-lama boleh diibaratkan membangunkan singa tidur. Sepatutnya tidak apa-apa, tapi ternyata boleh menimbulkan masalah.

5. Mensyukuri apa yang dimilikinya
Bukannya berkeluh-kesah tentang apa-apa yang tidak dipunyainya.

6. Tidak mendengar gosip yang tak menentu
Sudah pasti, gosip berkawan baik dengan fikiran negatif. Kerana itu, mendengarkan perbualan yang tak ada kebaikannya adalah perilaku yang perlu dijauhi oleh si pemikir positif.

7. Tidak mencari alasan, tapi terus melakukan tindakan
Pernah dengar perkataan “NATO” (No Action, Talk Only), kan? Ya, pemikir positif ini jelas bukan pengikutnya.

8. Menggunakan bahasa positif
Maksudnya, ayat-ayat yang bernadakan optimisme, seperti “Masalah itu pasti akan dapat diselesaikan,” dan “Dia memang berbakat.”

9. Menggunakan bahasa tubuh yang positif
Di antaranya adalah senyum, berjalan dengan langkah tegap, dan gerakan tangan yang ekspresif, atau anggukan. Mereka juga berbicara dengan intonasi yang bersahabat, bersemangat, dan ‘hidup’.

10. Peduli pada citra diri
Pemikir positif berusaha menunjukkan penampilan baik, bukan hanya di luar, tapi juga di dalam.

~ Hannie K. Wardhanie

Friday, April 5, 2013

Lelaki taksub jadi ikan duyung

Tallahassee (Florida): Disebabkan taksub kepada ikan duyung, seorang lelaki Florida menghabiskan masa lebih satu setengah jam tiga kali seminggu untuk ‘menukar’ dirinya menjadi makhluk mitos itu. Bagi Eric Ducharme, menjadi seperti ikan duyung memang menjadi impiannya sejak terpesona dengan keunikan makhluk berkenaan. Justeru, dalam kesempatan yang terluang, Ducharme akan menyarung ‘ekor’ khas dari kaki hingga ke pinggangnya untuk berenang serta menyelam. Memiliki sijil sebagai penyelam, Ducharme, 22, boleh menahan nafas sehingga empat minit setiap selaman bagi membolehkan dia menikmati pengalaman sebagai ikan duyung. Kata Ducharme, dia mengamalkan gaya hidup seperti ikan duyung dan ia adalah pilihannya sendiri. “Saya adalah ikan duyung yang makan, bernafas dan tidur. “Apabila memakai ekor, saya berasa seperti mengalami perubahan dan memasuki dunia berbeza sebaik saja memasuki air,” katanya.



PELBAGAI gaya Ducharme sebagai ikan duyung.
Menurut Ducharme, dia mengambil masa yang sangat lama untuk memahami dirinya sendiri.
Katanya, apabila berada di dalam air, dia berasa seperti dibawa ke dunia lain. Sementara itu, teman lelaki Ducharme yang enggan dikenali berkata, dia mula diberitahu mengenai ketaksuban penyelam itu pada pertemuan pertama mereka lagi.
Katanya, dia sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenainya oleh Ducharme. “Apabila kami berenang, kami membawa diri masing-masing dengan Ducharme bermain-main di kawasan sendiri.
“Ia adalah waktu untuk Ducharme melupakan seketika dunia sebenar,” katanya. Sesekali, kata teman lelaki Ducharme, orang ramai juga kehairanan melihat aksi kekasihnya itu.
“Biasanya orang tertanya-tanya kerana sebelum ini ikan duyung yang mereka kenali adalah wanita,” katanya. - The Sun

Thursday, April 4, 2013

AWAS ORANG KETIGA!

AWAS ORANG KETIGA!
Kuala Lumpur: Penguatkuasaan undang-undang lebih tegas dan meluas terhadap orang ketiga yang menyebabkan perceraian sewajarnya dapat menjadi peringatan dan kesedaran kepada masyarakat supaya menjauhi tindakan tidak bertanggungjawab berkenaan. 

Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Fadhlina Siddiq berkata, tidak ramai pasangan suami isteri yang menyedari terdapat peruntukan berkenaan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah hingga masalah orang ketiga dalam rumah tangga kebiasaannya berakhir dengan perceraian. 

 “Hukuman berkenaan secara tidak langsung juga memberi isyarat supaya tiada siapa sepatutnya berani mengganggu rumah tangga orang lain apatah lagi dengan peningkatan kes perceraian ketika ini.

Blogged.my