Friday, December 31, 2010

Twitter Khairul Fahmi kelima tertinggi di dunia

Twitter Khairul Fahmi kelima tertinggi di dunia

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Persembahan cemerlang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gol kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan Support Timnas, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.

Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.

Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.

Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.

“Terima kasih kerana mengembalikan ‘keseksian’ dalam bola sepak Malaysia,” kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.

Sumber: UTUSAN MALAYSIA

Pengasas Facebook berada di bar Bangkok

Pengasas Facebook berada di bar Bangkok


GAMBAR menunjukkan Mark Zuckerberg (kiri) tiba untuk menghadiri majlis perkahwinan Naib Presiden Facebook, Chris Cox di sebuah restoran di tengah Bangkok pada Rabu lalu.


BANGKOK - Pengasas laman sosial Facebook yang anggaran kekayaannya sebanyak AS$7 bilion (RM21.6 bilion), Mark Zuckerberg dilihat memasuki sebuah bar di Bangkok bersama seorang rakan wanita pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang peminat filem The Social Network, Nattawat Samattadol memberitahu bahawa dia melihat Zuckerberg memasuki pub itu dengan memakai baju T, seluar jean dan selipar.

Filem The Social Network mengisahkan kehidupan Zuckerberg semasa dia mencipta laman Facebook.

Nattawat berkata, dia terlebih dahulu mencari gambar Zuckerberg di laman Google bagi memastikan lelaki yang dilihatnya itu merupakan pengasas Facebook sebelum menegurnya dengan bertanya: "Adakah kamu Mark Zuckerberg?"

Zuckerberg menjawab: "Ya. Tetapi kenapa tempat ini dipenuhi dengan ramai orang?"

Menurut Nattawat, seorang wanita kemudian datang ke arah Zuckerberg dan memberitahu pengasas Facebook itu bahawa tempat duduk dalam bar tersebut sudah penuh kerana terdapat persembahan band Room 36.

Zuckerberg kemudian keluar dari bar tersebut bersama rakan wanitanya itu.

Dia turut menghadiri majlis perkahwinan Naib Presiden Facebook, Chris Cox dengan seorang wanita Thailand di sebuah restoran di tengah Bangkok pada Rabu lalu.

Cox berkahwin dengan Visra Vichit-Vadakan yang merupakan anak pengasas bersama pembekal perkhidmatan Internet, CS Loxinfo PCL.

Bapa Visra, Vivatvong memberitahu akhbar Thailand bahawa Zuckerberg meminta dia merahsiakan kedatangannya ke Bangkok.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Zuckerberg kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saya di Bangkok selama tiga hari. Kami tidak berbual berhubung perniagaan atau mengenai Facebook dan rangkaian sosial di Thailand semasa dia datang untuk menghadiri majlis perkahwinan," kata Vivatvong.

Menurutnya, Zuckerberg kelihatan seperti seorang lelaki yang mesra dan suka merendahkan diri.

"Dia tidak seperti yang digambarkan dalam filem The Social Network," katanya. - Agensi

Selebriti Indonesia terpikat dengan bintang bola Malaysia

Selebriti Indonesia terpikat dengan bintang bola Malaysia


RAHMA AZHARI


JAKARTA - Bintang sinetron dan model Indonesia, Rahma Azhari sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia mengakui terpikat dengan penyerang skuad bola sepak Malaysia yang dikenalinya sebagai Safee, lapor sebuah akhbar semalam.

Rahma, 29, atau nama sebenarnya, Rahma Syahidah Azhari, merupakan adik kepada aktres popular Indonesia, Ayu Azhari, 41.

Dia mencurahkan isi hatinya itu di akaun Twitter miliknya sebelum perlawanan akhir antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu lalu.

"Sasaran saya seterusnya ialah SAFEE…," katanya.

Penyerang Malaysia yang dimaksudkan oleh bintang sinetron itu dipercayai ialah Mohd. Safee Bin Mohd. Sali.

Rahma dalam komennya di Twitter memberitahu, dia mahu keluar menonton wayang bersama Safee.

Sebelum ini, Rahma telah beberapa kali mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan intim dengan beberapa lelaki tersebar di Internet. - Agensi

Sumber: KOSMO

Thursday, December 30, 2010

WAHHH ini rupanya Kelebihan iPHONE 5 yang baru...kena beli nih..he

Najib Isytihar Jumaat Ini, 31 Dis Sebagai Cuti Umum

Najib Isytihar Jumaat Ini, 31 Dis Sebagai Cuti Umum

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.

Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya kepada Bernama di sini pada Rabu malam.

Pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia Rabu malam, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.

Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.

-- BERNAMA

Permulaan Era Baru Untuk Bola Sepak Malaysia

Permulaan Era Baru Untuk Bola Sepak Malaysia

Oleh Ahmad Fuad Yahya

JAKARTA, 30 Dis (Bernama) -- Kejayaan Malaysia merebut Piala AFF Suzuki 2010 bukan sekadar menamatkan penantian 14 tahun untuk unggul sebagai pasukan terbaik di Asia Tenggara, malah sekaligus merupakan permulaan era baru bola sepak Malaysia sejak zaman kegemilangannya 20 tahun lalu.

Ia juga membuktikan bahawa pasukan Malaysia bukan sahaja jaguh di gelanggang sendiri malah di gelanggang lawan yang dipenuhi dengan puluhan ribu penyokong.

Apa yang diharapkan para penyokong ialah pasukan bola sepak Malaysia akan terus mengekalkan prestasinya di peringkat antarabangsa dan menambahkan gelaran juara di peringkat antarabangsa.

"Ini adalah permulaan era baru. Sebelum ini semua orang berkata bola sepak Malaysia sedang menjunam-menjunam. Sekarang apa yang dikehendaki oleh penyokong-penyokong akhirnya menjadi kenyataan," demikian reaksi spontan presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor Mohd Nasir Yunus sejurus selepas menonton perlawanan akhir kedua itu di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia di sini Rabu malam.

Beliau, yang mengetuai rombongan kumpulan penyokong Malaysia ke sini telah memutuskan menonton di layar besar di kedutaan besar itu sebagai protes terhadap tempat duduk yang diperuntukkan kepada mereka oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dan atas faktor keselamatan.

Beliau berkata, para penyokong bola sepak Malaysia berkata kejayaan ini akan menjadi penanda aras kepada pemain-pemain muda dan menjadikannya sebagai pembakar semangat kenapa mereka juga tidak boleh berjaya sebagaimana pasukan Malaysia ini.

"Kita mengharapkan peningkatan ini berterusan, penyokong yang dah ada tu kita boleh bertahan, kalau lepas ini prestasi mereka merosot, macam mana mereka nak kekalkan sokongan ini," katanya.

Oleh itu bila ada pertandingan lain di peringkat antarabangsa selepas ini, pasukan Malaysia mesti terus mengekalkan kemenangan agar sokongan para penyokong akan berkekalan.

"Harapan penyokong, selepas ini ada Sukan SEA, buktikan bahawa kejayaan ini bukan nasib semata-mata, Sukan SEA nanti di Jakarta juga," katanya.

-- BERNAMA

Keyakinan Membolehkan Malaysia Juarai Piala AFF Suzuki 2010

Keyakinan Membolehkan Malaysia Juarai Piala AFF Suzuki 2010

Oleh Ndari Rumiwidyawati

JAKARTA, 30 Dis (Bernama) -- Skuad "Harimau Malaya" akhirnya merangkul Piala AFF Suzuki 2010 setelah menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 meskipun di awal pertandingan, ia tumbang 5-1 dengan pasukan tuan rumah menjadi pasukan pilihan bagi menjuarai pertandingan itu.

"Kami datang ke sini dengan berbekal tiga gol dari pertandingan di Bukit Jalil, sehingga di sini, kami penuh berkeyakinan dan optimis," kata jurulatih pasukan bola sepak Malaysia K. Rajagobal selepas perlawanan akhir kedua di sini Rabu malam.

Malaysia bangkit dari kekalahan awal pada peringkat kumpulan A, yang disifatkan Rajagobal akibat kesilapan anak buahnya.

Jurulatih yang sentiasa tersenyum itu berkata, beliau sentiasa yakin pasukan muda bimbingan mampu menjuarai pertandingan kali ini selepas menumbangkan juara bertahan Vietnam 2-0 pada peringkat separuh akhir pertama yang berlangsung di Malaysia.

Beliau memuji anak buahnya, terutama pemain barisan pertahanan yang mampu menghadapi serangan pasukan Indonesia yang disifatkan mempamer permainan baik.

Rajagobal juga bangga dengan gol "canggih" Mohd Safee Mohd Sali yang membakar semangat pasukan Malaysia dan sekaligus menyebabkan kekuatan mental pemain Indonesia terjejas.

"Saya puji para pemain, mereka memang berhak menjadi juara Suzuki AFF Cup ini," katanya.

Mengenai strategi permainan, jurulatih itu berkata beliau dapat membaca corak permainan pasukan Indonesia yang perlu menjaringkan empat gol tanpa balasan bagi merangkul kemenangan.

"Saya tahu Indonesia akan bermula dengan agresif dan serangan bertubi-tubi untuk menjaringkan gol, sehingga saya memberikan perhatian yang lebih agar pemain tidak memberi ruang kepada pemain Indonesia," katanya.

Di babak kedua, Malaysia tampil lebih agresif, walaupun Indonesia menjaringkan lebih banyak gol.

Sementara itu, jurulatih Indonesia Alfred Riedl turut memuji permainan anak didiknya, bahkan menurut beliau, babak pertama perlawanan akhir malam ini merupakan 45 minit terbaik yang pernah dipamerkan pasukan Garuda.

Pasukan "Garuda" memulakan pertandingan ini dengan persembahan yang sangat meyakinkan sehingga menjadi pilihan sebagai juara pada tahun ini.

Riedl berkata pemainnya tidak bernasib baik kerana mereka telah berusaha dengan baik selepas mempamerkan aksi buruk di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan akhir pertama.

"Tahniah untuk Malaysia," kata Riedl.

Mohd Safee, penjaring gol terbanyak pula berkata beliau amat gembira dengan kejayaan Malaysia.

"Saya tak jangka menang pada kejohanan ini, dan syukur Alhamdulillah, saya dapat bantu menjaringkan gol pada malam ini," kata pemain yang dikhabarkan mendapat tawaran dari beberapa kelab bola sepak di Indonesia itu.

-- BERNAMA

Malaysia Juarai Piala AFF Suzuki Untuk Tamatkan Penantian 14 tahun

Malaysia Juarai Piala AFF Suzuki Untuk Tamatkan Penantian 14 tahun

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Malaysia menamatkan penantian selama 14 tahun selepas menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia Rabu malam.

Gol Malaysia hasil jaringan pemain negara Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-53 terus menjadi tamparan hebat kepada ribuan penyokong berbaju merah yang memenuhi stadium itu.

Pada 26 Dis lepas, skuad anak buah K. Rajagobal membawa bekal selesa iaitu 3-0 apabila menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali melangkah ke final iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.

Namun, pada final tersebut, Malaysia tewas 0-1 kepada Thailand sekaligus menjadikan skuad negara belum pernah merasai nikmat menjuarai kejohanan peringkat senior di Asia Tenggara itu.

Pada enam edisi berikutnya, Malaysia tewas empat kali di separuh akhir kepada Thailand (2000), Indonesia (2002, 2004) dan Singapura (2007) serta dua kali kandas di peringkat kumpulan (1998, 2008).

Selain Piala AFF Suzuki, pemain Malaysia Mohd Safee turut meraih gelaran penjaring terbanyak sepanjang kejohanan itu dengan lima gol.

Bermain di depan hampir 70,000 penyokong lawan, Malaysia dan Indonesia memulakan perlawanan secara berhati-hati dengan masing-masing melakukan percubaan untuk menguji gawang lawan.

Gawang Malaysia yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat diuji pasukan tuan rumah apabila pengadil Peter Daniel Green dari Australia, menghadiahkan sepakan penalti kepada Indonesia, selepas bola terkena tangan Mohd Sabre Mat Abu dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, ketua pasukan Indonesia Firman Utina yang ditugaskan mengambil sepakan penalti berkenaan, hampa apabila sepakan leret beliau ditangkap kemas Khairul Fahmi.

Separuh masa pertama berlalu tanpa sebarang jaringan gol, walaupun kedua-dua pasukan melakukan beberapa percubaan menarik dan mendebarkan bagi mencari gol pendahulu.

Selepas rehat, kesempatan terbaik Malaysia membolosi gawang lawan muncul pada minit ke-53 melalui rembatan kencang Mohd Safee, yang menerima umpanan daripada Norshahrul Idlan Talaha.

Tertekan dengan kedudukan itu, Indonesia melancarkan serangan bertali arus ke gawang Malaysia.

Pasukan "Garuda" memperoleh gol penyamaan selepas Mohammad Nasuha mengambil kesempatan bola rembatan Ahmad Bustomi, yang ditepis keluar Khairul Fahmi.

Suasana semakin tertekan bagi kedua-dua pasukan, bagaimanapun, pada minit ke-87, pemain Indonesia mendapat gol sagu hati apabila Mohamad Muslim Ahmad tertanduk masuk bola yang cuba diselamatkan daripada kekalutan di depan pintu gol Malaysia.

-- BERNAMA

Kepala anjing tersangkut pada lubang dinding

Kepala anjing tersangkut pada lubang dinding


KEPALA seekor anjing tersangkut di dalam lubang sebuah dinding di taman milik tuannya di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Kepala seekor anjing tersangkut pada sebuah dinding di taman rumah milik tuannya di sini kelmarin. Kepala anjing berusia lapan bulan yang diberi nama Rebel itu tersangkut selepas ia mahu memeriksa lubang tersebut.

Nasibnya baik apabila seorang rakan tuannya mendengar salakan anjing tersebut dan menghubungi pihak berkuasa perkhidmatan haiwan.

Pegawai-pegawai sebuah agensi perkhidmatan haiwan yang tiba tersebut kemudian melipatkan telinga haiwan itu dan menolak muka Rebel ke belakang lubang tersebut.

Mereka mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepaskan haiwan berkenaan. - Agensi

Sumber: KOSMO

Tuesday, December 28, 2010

KAN BEST KALAU MESIN KOPI NI ADA KAT MALAYSIA :-)

Monday, December 27, 2010

Mercedes Benz Disaluti Emas Putih - BERAPA HARGA NYA YERK? EHMM




Mercedes Benz Disaluti Emas Putih
http://araaz-man.blogspot.com

Piala AFF Suzuki 2010 - Bekalan selesa ke Jakarta

Piala AFF Suzuki 2010 - Bekalan selesa ke Jakarta

Safee Sali muncul wira Malaysia hasil jaringan dua gol meletakkan pasukan bola sepak negara hanya sebelah kaki untuk menjulang Piala AFF Suzuki 2010 apabila membelasah Indonesia 3-0 pada perlawanan final pertama di Stadium nasional Bukit Jali, semalam.

Beraksi di hadapan kira-kira 95,000 penonton yang membanjiri segenap ruang stadium ternyata memberikan kelebihan buat pasukan kendalian K Rajagobal untuk mencipta kemenangan.

Pada aksi babak pertama Malaysia memperoleh peluang menjaringkan gol namun cubaan S Kunalan menuju tepat ke arah penjaga gawang Markus Haris Maulana .

Asakan bertubi-tubi terus menerjah benteng pertahanan skuad kendalian Alfred Riedl dan kali ini menerusi penyerang muda Norshahrul Idlan Talaha dan sekali lagi berjaya diselamatkan.

Perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu lawan sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama tanpa sebarang jaringan.

Ketika permainan memasuki babak kedua pasukan Garuda mula mengganas dengan mencari peluang-peluang untuk menembus gawang skuad negara.

Bagaimanapun, kurang 15 minit perlawanan separuh masa kedua berlangsung permainan terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana dicemari pancaran laser ke arah pemain.

Permainan diteruskan sejurus selepas beberapa minit, tanpa berlengah Harimau Malaya terus mengasak benteng pertahanan pasukan Garuda dan kali ini ramuan ajaib K.Rajagobal menjadi apabila Safee Sali berjaya menembusi gawang lawan pada minit ke-58 hasil hantaran Norshahrul Idlan Talaha.

Jaringan pertama Malaysia terus disusuli dengan sumbatan gol kedua oleh pemain yang dibawa masuk pada babak kedua, Mohd Ashaari Samsuddin juga hasil hantaran penyerang, Norshahrul Idlan pada minit ke-67.

Selepas itu, sekali lagi Safee Sali menambah derita skuad Garuda setelah tandukan emasnya berjaya menyumbang gol ketiga pada minit ke-71.

Sinar Harian

LOGO EVOLUTION - Apple, Microsoft, Firefox, Google, Nokia, Coca -Cola,Pepsi, Wolkswagen, BMW, Audi, Adobe, Walmart, FedEx, Canon, IBM, Shel, Nike

Apple Logo Evolution

Microsoft Logo Evolution

Firefox Logo Evolution


Google Logo Evolution

Nokia Logo Evolution

Coca-Cola Logo Evolution

Pepsi Logo Evolution

Volkswagen Logo Evolution

BMW Logo Evolution

Audi Logo Evolution


Adobe Logo Evolution

Walmart Logo Evolution
FedEx Logo Evolution


Canon Logo Evolution

IBM Logo Evolution

Shell Logo Evolution

Nike Logo Evolution

Kicap pekat berperisa cicak

Kicap pekat berperisa cicak


NORAZURA menunjukkan bangkai cicak yang dijumpai dalam botol kicap soya pekat di Taman Merpati, Kangar semalam.


KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.

Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.

"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.

"Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Sumber: KOSMO

araaz: bertuah tul siapa yg dapat merasanya..., bukan senang nk rasa kicap cicak..hee

Sunday, December 26, 2010

AFF Ancam Indonesia Pindahkan Venue Final Kedua

AFF Ancam Indonesia Pindahkan Venue Final Kedua

JAKARTA, 26 Dis (Bernama) -- Minat besar para penyokong Indonesia untuk menyaksikan pasukan nasional mereka beraksi dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menentang Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan apabila sekumpulan penyokong merusuh dan merosakkan beberapa kemudahan di stadium itu Ahad.

Sehubungan itu Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) memberikan amaran kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan yang dilakukan oleh penyokong Indonesia, setelah mereka hilang kesabaran ketika menunggu giliran untuk membeli tiket di stadium itu.

"Tiga jam yang lalu, AFF telah menghubungi saya dan memberi amaran keras. Jika stadium dirosak orang ramai, maka pertandingan final kedua tidak akan dilaksanakan di Gelora Bung Karno," kata Ketua PSSI, Nurdin Halid di Kuala Lumpur yang diwawancara secara langsung oleh TVOne pada 4 petang.

"Kerana itu, saya mohon agar para penyokong dapat kembali tertib dalam menunggu giliran membeli tiket kerana jika benar pertandingan final kedua itu nantinya dilakukan di tempat neutral, pasti akan merugikan pasukan kita," katanya.

Beliau mendapat laporan bahawa penyokong yang dikumpulkan di dalam stadium tersebut berjumlah kira-kira 50,000 orang, sementara tiket kelas 3 berharga Rp50,000 yang dijual hari ini hanya berjumlah 30,000 keping sahaja.

"Jadi pasti ada yang akan tidak mendapat tiket, tapi jangan khuatir kerana kami menyediakan layar lebar di luar stadium agar para penyokong tetap dapat menyaksikan pertandingan ini," katanya.

Menurut Nurdin, kekecohan itu didorong oleh beberapa provokator sehingga para penyokong tidak dapat membeli tiket seperti pembelian tiket pada hari-hari sebelumnya.

Pengelola Stadium Gelora Bung Karno, M. Nigara mengaku beliau terkejut dengan tingginya harapan masyarakat untuk menonton perlawanan akhir Piala AFF itu.

Had kapasiti stadium, katanya tidak dapat menampung lebih daripada 83,000 penyokong dan sehubungan itu beliau meminta mereka dapat nenerima hakikat itu.

Para penyokong yang dibenarkan berada di dalam stadium sementara menunggu giliran membeli tiket, tiba-tiba merusuh yang dipercayai berpunca daripada mereka hilang sabar akibat keletihan menunggu sejak Sabtu dan Ahad pagi.

Mereka merosakkkan pagar penghadang dan rumput padang dan dalam keadaan itu, beberapa di antara mereka pengsan kerana mungkin keletihan kerana datang untuk membeli tiket sejak Sabtu dan menginap di luar stadium.

Mereka juga tidak menghiraukan cuaca panas dan hujan semasa menunggu giliran membeli tiket.

-- BERNAMA

Malaysia Tumpaskan Indonesia 3-0 pada Perlawanan Akhir Pertama Piala AFF

Malaysia Tumpaskan Indonesia 3-0 pada Perlawanan Akhir Pertama Piala AFF

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) Malaysia menumpaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini Ahad malam.

Gol-gol Malaysia dijaringkan Mohd Safee Mohd Sali (minit 59 dan 71) dan Mohamad Ashari Samsudin (min 67).

-- BERNAMA

Friday, December 24, 2010

AKIBAT BERGURAU

Most Dangerous Roads

SMS tipu minta tambah prabayar

SMS tipu minta tambah prabayar


SMS yang meminta mangsa menambah nilai prabayar.


KUALA LUMPUR - "Tolong belikan ayah 'top up' (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."

Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.

Seorang penerima SMS tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zirman, 30, memberitahu, dia terkejut selepas membaca SMS yang menunjukkan seolah-olah bapanya berada dalam kecemasan.

"Mula-mula baca SMS tersebut, saya panik kerana bimbang sesuatu berlaku pada ayah. Saya pun terus ke kedai dan membuat tambah nilai pada nombor diberikan.

"Namun, selepas membuat tambah nilai ayah saya masih tidak telefon seperti dijanjikan," katanya.

Menyedari sesuatu yang pelik, dia akhirnya menghubungi nombor yang diberikan dalam SMS tersebut namun, tidak ada jawapan.

"Saya hubungi pula nombor asal ayah saya, bila saya tanya apa yang berlaku di balai polis tadi, ayah kata tiada apa-apa yang berlaku," katanya.

Sumber: KOSMO

araaz: lork nak top up pun kena tipu org gak ke? ehm cam menyusahkan diri je buat camtu, mcm-mcm...huh

Wednesday, December 22, 2010

Saintis cipta tikus boleh berkicau seperti burung

Saintis cipta tikus boleh berkicau seperti burung


SEEKOR tikus yang boleh berkicau seperti burung didedahkan kepada pemberita di Sekolah Graduan Penerokaan Biosains Universiti Osaka, barat Jepun semalam.


TOKYO - Saintis-saintis Jepun mengumumkan semalam mereka berjaya mencipta tikus yang boleh berkicau seperti burung dalam evolusi kejuruteraan genetik yang diharap dapat membantu merungkai asal usul bahasa manusia suatu hari nanti.

Sekumpulan penyelidik di Universiti Osaka menghasilkan haiwan tersebut menerusi kajian yang dinamakan 'Projek Evolusi Tikus' yang mana mereka menggunakan tikus modifikasi genetik yang cenderung bermutasi.

"Mutasi adalah pencetus evolusi. Kami telah membuat kacukan ke atas tikus modifikasi genetik selama beberapa generasi untuk melihat apa yang akan berlaku," kata ketua penyelidik berkenaan, Arikuni Uchimura.

"Kami memeriksa setiap anak tikus yang baru lahir dan pada suatu hari, kami mendapati seekor anak tikus tersebut boleh berkicau seperti burung," katanya.

Menurutnya, kelahiran tikus berkicau itu berlaku kerana hukum alam tetapi ciri-ciri berkenaan akan diwarisi oleh generasi akan datang.

Makmal tempat penyelidikan itu dibuat dikendalikan oleh Profesor Takeshi Yagi dari Sekolah Graduan Penerokaan Biosains Universiti Osaka, barat Jepun yang kini memiliki lebih 100 tikus berkicau untuk kajian lanjut.

Pasukan saintis itu berharap penemuan tersebut dapat memberi petunjuk berhubung bagaimana evolusi bahasa manusia berlaku.

Sebelum ini, saintis-saintis mendapati burung-burung yang berkicau menggunakan bunyi berbeza-beza dan menyusunnya seperti perkataan dalam bahasa manusia serta mempunyai tatabahasa tersendiri. - AFP

Optical Illusion Art - RUMAH

Saya gay, saya OK!! ....perghhh perlu ke buat pengakuan begitu sekali? Sebagai Saudara Islam, Sama-sama la kita doakan agar Azman Ismail ni Bertaubat.



CODE VIDEO UTK BLOG, COPY je CODE DI BAWAH DAN POST KAT BLOG KORANG



KORANG TAHU DI MANA ZEBRA KE 3?

Tuesday, December 21, 2010

JOM KITA PENINGKAN KEPALA..HEE - COUNT THE BLACK DOTS!




SEORANG LELAKI TEMPATAN BERJAYA MENANGKAP SEEKOR SOTONG GERGASI

SEORANG LELAKI TEMPATAN BERJAYA MENANGKAP SEEKOR SOTONG GERGASI.............................USH KORANG PERCAYA KE?

Salji ganjil di Australia

Salji ganjil di Australia


GAMBAR yang dirakamkan semalam menunjukkan sebuah kampung diselubungi salji di Mt. Hotham, Australia semalam.


SYDNEY - Salji muncul buat kali pertama di Australia semalam dalam bulan Disember yang pada kebiasaannya mengalami cuaca panas.

Beberapa tempat di negeri-negeri pantai timur seperti New South Wales dan Victoria diselubungi salji yang menyebabkan beberapa resort ski yang sebahagiannya bebas salji dalam bulan ini dipenuhi dengan salji setebal 10 sentimeter.

Amazing things happen when you say Yes

"Ia putih, semuanya putih," kata Pengurus Besar Hotel Kosciuszko, Michelle Lovius di Charlotte Pass.

Beliau berkata, pada kebiasaannya, jumlah salji itu adalah sesuatu yang luar biasa pada awal Disember.

"Kami berharap ia akan kekal selama lima hari lagi dan kami akan meraikan Krismas dalam suasana bersalji," katanya.

Di negeri Victoria, kawasan Mt. Hotman diselubungi salji setebal 10 sentimeter kelmarin manakala di Mt. Buller salji setebal sehingga lima sentimeter. - AFP


Sumber: KOSMO

Koleksi permainan taikun AS dilelong RM7.23 juta

Koleksi permainan taikun AS dilelong RM7.23 juta


KOLEKSI bot dan kapal dalam simpanan taikun Michael Forbes dan anaknya.


NEW YORK - Satu koleksi permainan milik ahli perniagaan penerbitan, Malcolm Forbes dan anak lelakinya dilelong pada harga AS$2.3 juta (RM7.23 juta) pada Jumaat lalu.

Salah satu permainan yang paling mahal dilelong itu ialah replika kapal persiaran Lusitania pada 1915 yang dilelong pada harga AS$194,500 (RM611,896).

Taikun itu membeli replika itu pada 1983 dengan harga cuma AS$28,600 (RM89,975).

Turut dijual dalam lelongan itu ialah satu set asli permainan Monopoly buatan tangan Charles Darrow pada 1933 milik keluarga taikun tersebut.

Set permainan itu dijual pada harga AS$146,500 (RM460,888.99) berbading jangkaan asal AS$80,000 (RM251,679.99).

Dua set pahlawan pada zaman pertengahan yang dibuat pada 1930-an turut dilelong pada harga AS$15,000 (RM47,190).

Forbes yang meninggal dunia pada 1990 semasa berumur 71 tahun merupakan pengasas majalah Forbes dan merupakan rakan rapat aktres Elizabeth Taylor. - Agensi


Sumber: KOSMO

Permainan video untuk kucing

Permainan video untuk kucing
Amazing things happen when you say Yes


LAMAN YouTube menunjukkan seekor kucing bermain dengan permainan video komputer tablet iPad baru-baru ini.


LOS ANGELES - Sebuah syarikat mencipta permainan untuk kucing di komputer tablet iPad, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu video promosi permainan itu menunjukkan haiwan tersebut seolah-olah 'terpukau' dengan imej tikus yang muncul di skrin iPad.

Kucing itu cuba untuk menangkap tikus yang terdapat dalam permainan tersebut.

Selain tikus, aplikasi permainan itu turut mengandungi satu cahaya laser yang menarik minat haiwan tersebut untuk menangkapnya.

Menurut akhbar metro.co.uk, permainan itu boleh didapati secara percuma di iTunes Store keluaran Apple. - Agensi

Sumber: KOSMO

Orang utan diberi layanan kelas pertama

Orang utan diberi layanan kelas pertama


SEEKOR orang utan duduk di kelas pertama sebuah feri dari Sepanyol ke Dorset, Britain baru-baru ini.


LONDON - Seekor orang utan berusia 11 bulan yang diberi nama Silvestre diberi layanan istimewa apabila ia dibenarkan duduk di kelas pertama dalam perjalanan feri dari Sepanyol ke Dorset, lapor sebuah akhbar baru-baru ini.

Haiwan itu dibawa ke Pusat Menyelamat Mawas Dunia dekat Wareham di Dorset dari Zoo Santillana di Sepanyol selepas ibunya meminggirkannya selepas ia dilahirkan.

Perpindahan haiwan itu diiringi oleh beberapa kakitangan zoo tersebut. - Agensi


Sumber: KOSMO

Kemalangan Ngeri Bas di Simpang Pulai : 28 Maut - VIDEO MyMetro

Monday, December 20, 2010

Kemalangan Ngeri Bas di Simpang Pulai : 28 Maut

Senarai Nama Mangsa Kemalangan Bas Di Simpang Pulai

IPOH, 20 Dis (Bernama) -- Pihak polis setakat ini mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 25 rakyat Thailand daripada 27 orang kesemuanya yang terbunuh dalam kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada pukul 11.40 pagi Isnin.

1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia

2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)

3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)

4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)

5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)

6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)

7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)

8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)

9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)

10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)

11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)

12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)

13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)

14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)

15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)

16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)

17. Ekachai Na Bangxang, 64, (lelaki)

18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)

19. Rungnada Klungsawan (perempuan)

20. Darunee Songserm (perempuan)

21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)

22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)

23. Maliwan Mekmahaprom, 53, (perempuan)

24. Achara Wiwat, 36, (perempuan)

25. Natkritta Poolsaeng, 6, (perempuan)

26. Weera Chuntanagon, (lelaki)

27. Areena Songserm (perempuan)

-- BERNAMA

Pemandu Bas Yang Maut Sempat Bawa Keluarga Melancong Ke Thailand

KANGAR, 20 Dis (Bernama) -- Omar Shahidan, 48, pemandu bas persiaran yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai Isnin, sempat melancong ke Haadyai, Thailand bersama isteri dan tiga anaknya baru-baru ini.

Selepas pulang dari Thailand, Allahyarham meneruskan tugasnya membawa sekumpulan pelancong negara gajah putih itu ke Cameron Highlands, namun keluarganya dikejutkan pula dengan nahas ngeri membabitkan bas persiaran yang dipandu beliau.

Sepupu Allahyarham, Julie Mahmud, 33, berkata selepas gagal menghubungi dua telefon bimbit Omar, beliau menelefon syarikat bas itu di Jitra, Kedah pada kira-kira 3.30 petang yang mengesahkan berlaku kemalangan membabitkan bas miliknya.

Omar, 48, kemudian disahkan terbunuh bersama 26 yang lain termasuk seorang pemandu pelancong berketurunan Siam dalam kejadian 11.40 pagi itu.

Julie berkata, Omar yang baru tiga bulan memandu bas persiaran dua tingkat itu dijadualkan pulang ke rumahnya di Behor Empiang dekat sini, Selasa.

Beliau berkata anggota keluarga terdekat Allahyarham bergegas ke Ipoh sebaik mendapat pengesahan bahawa Omar terbunuh dalam tragedi tersebut kerana sebelum itu, mereka masih samar-samar berhubung nahas berkenaan, sehinggalah menonton berita mengenainya di televisyen pada 1 tengah hari tadi.

Tinjauan Bernama di rumah Allahyarham mendapati persiapan telah dibuat untuk menyambut jenazahnya yang dijangka tiba awal pagi Selasa.

-- BERNAMA

Semua Pelancong Datang Dari Bangkok

IPOH, 20 Dis (Bernama) -- Semua pelancong Thai yang terlibat dalam kemalangan bas pesiaran dekat sini Isnin tiba di negara ini dari Bangkok pada 18 Dis.

Seorang daripada penumpang bas berkenaan Iuntnapa Chuchart, 53, berkata kumpulan mereka seramai 34 orang, kebanyakannya wanita.

"Kami dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk pulang ke tanah air bila kemalangan berlaku," kata beliau ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini malam Isnin.

Beliau cedera ringan dan dimasukkan wad bersama sembilan yang lain.

Dalam kemalangan itu, bas dua tingkat itu terbalik dan memasuki laluan sebelah dan menjunam ke dalam parit ketika menuruni jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di km 15 pada 11.40 pagi, mengakibatkan 27 orang terbunuh dan 10 cedera.

Kemalangan itu disifatkan paling buruk dalam sejarah negara.

Dua puluh dua daripada mereka maut di tempat kejadian.

Sementara itu, Polis Daerah Ipoh telah memaklumkan kepada Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur berhubung identiti mangsa.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata konsul Thailand di Pulau Pinang juga telah diberitahu.

"Kita juga telah bagi nama dan nombor pasport mangsa yang terlibat bagi proses menuntut mayat," katanya ketika ditemui di rumah mayat hospital berkenaan.

-- BERNAMA

Baru tergerak hati nk sediakan Perkhidmatan Iklan Berbayar di Blog araaz nih..he

Sesiapa yg berminat untuk letak Banner Bersaiz 125x125 px kat blog araaz ni boleh sms araaz di no 012-6242201, Harga Utk Setiap Iklan Banner yg Bersaiz 125x125 px Hanya RM10 Sebulan Sahaja.
Image Hosting by PictureTrail.com

UNTUK IKLAN DI FACEBOOK YANG MEMPUNYAI AHLI 256,407
MENGETAHUI SIAPA YANG MELIHAT PROFIL FACEBOOK KITA



UNTUK IKLAN PERKHIDMATAN, PRODUK DLL (SEKALI POST: MASA 24JAM):-
Daily New likes 2K

IKLAN 1: IKLAN LAMAN SESAWANG / BLOG SAHAJA: RM
IKLAN 2: IKLAN DALAM BENTUK TEXT SEKALI LAMAN SESAWANG / BLOG (TANPA GAMBAR):RM
IKLAN 3: IKLAN DALAM BENTUK TEXT SEKALI LAMAN SESAWANG / BLOG SERTA GAMBAR : RM
IKLAN 4: IKLAN KUMPULAN (GROUP) & PAGE FACEBOOK : RM
IKLAN 5: IKLAN SATU JENIS BARANG SAHAJA TEXT & GAMBAR: RM
IKLAN 6: IKLAN VIDEO (APA SAJA): RM
IKLAN 7: IKLAN JENAMA (LOGO & LAMAN SESAWANG): RM
IKLAN 8: IKLAN- JEMPUTAN KE MAJLIS/KURSUS/SEMINAR DLL:TEXT LENGKAP : RM
IKLAN 9: IKLAN PRODUK APA SAJA (SATU PHOTO ALBUM) SILA KLIK DISINI UTK LIHAT CONTOH :RM

BERMINAT?? SILA EMAILKAN MAKLUMAT SEPERTI DI BAWAH KE iklanmalaysia2011@gmail.com

CONTOH:-

NAMA: AJID BIN AHMAD
SYARIKAT: INDOK ENTERPRISE
NO H/P:012-9876543
LAMAN SESAWANG/BLOG: www.kamil.blogspot.com
TARIKH DAN MASA UNTUK IKLAN: 11.11.2010 : 12:01PM
NO IKLAN: IKLAN 3

iklanmalaysia2011@gmail.com

SILA TUNGGU MAKLUM BALAS UNTUK MENGETAHUI HARGA IKLAN & LANGKAH SELANJUTNYA MELALUI EMAIL

WikiLeaks masih berfungsi

WikiLeaks masih berfungsi


RUMAH yang didiami oleh Assange di Ellingham selepas dia dibebaskan dari penjara di London pada Khamis lalu.


ELLINGHAM, United Kingdom - Bekas penggodam yang kini menjadi amat terkenal, Julian Assange (gambar kecil) semalam menyatakan laman web WikiLeaks yang diasaskannya masih berfungsi dengan lancar walaupun Bank of America menghentikan transaksi kewangan ke laman itu.

Dia membuat kenyataan itu semasa tinggal di rumah rakannya yang juga seorang wartawan di sini setelah dibebaskan daripada tahanan dengan ikat jamin pada Khamis lepas.

Assange ditahan atas dakwaan dia mencabul dan merogol dua wanita di Sweden.

Penggodam yang juga wartawan itu ditahan pada 7 Disember lalu oleh polis Britain semasa dia berada di Britain.

Namun, dia perlu melaporkan diri di sebuah balai polis berhampiran dan memakai tag elektronik.

Menurut pihak Bank of America, pihaknya menghalang transaksi itu kerana percaya bahawa WikiLeaks mungkin terlibat dengan aktiviti yang tidak sesuai dengan dasar dalaman bank berkenaan.

Sebelum ini, MasterCard, PayPal dan Visa Europe turut menghalang transaksi ke laman berkenaan.

Laman web WikiLeaks telah mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik yang mengandungi maklumat sulit Amerika Syarikat (AS).

Maklumat itu turut mengandungi komen pemimpin AS terhadap ketua kerajaan negara lain.

"Kita merupakan pertubuhan yang kuat. Semasa saya berada di dalam kurungan, kami meneruskan penyiaran maklumat pada setiap hari dan ia tidak akan berubah," kata Assange.

Dalam perkembangan pendedahan WikiLeaks kelmarin, pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyatakan siasatan sedang dilakukan berhubung dakwaan Presiden Sudan, Omar al-Bashir memasukkan AS$9 bilion (RM28.21 bilion) ke dalam akaun-akaun bank. - Agensi

Sunday, December 19, 2010

IKLAN - Gengkey 001 Lowkey vinyl doll collection Limited Edition

IKLAN 3 KALI POST: BARANG TERHAD :

Item Name : Gengkey 001 Lowkey vinyl doll collection

Limited Edition : 400

Company : Others

Description : It is another version of "Lowkey Soft Vinyl Figure Doll" from the Malaysia Popular Comics Series Gengkey, published in Comics Magazine Gempak. This figure measured at 5 inch height , Lowkey teddy bear and Lowkey ID card.

Scale/Size : 12 cm

Weight : 0.48kg

Lelong : Bermula dari RM200, Siapa yg menawarkan Harga yg lebih Tinggi akan memilikinya. Sila SMS araaz di No 012-6242201

UNTUK MELIHAT GAMBAR SILA LAYARI - http://www.facebook.com/album.php?aid=39669&id=121683747850811

Saturday, December 18, 2010

Assange bimbang diekstradisi ke AS

Assange bimbang diekstradisi ke AS


JULIAN ASSANGE menunjukkan dokumen mahkamah semasa dia muncul di depan sekumpulan pemberita selepas dibebaskan dengan ikat jamin di Mahkamah Tinggi di London kelmarin.


LONDON - Pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange kelmarin menyatakan dia pernah mendengar khabar angin bahawa dirinya dituduh sebagai seorang pengintip oleh Amerika Syarikat (AS).

Kenyataan itu dikeluarkan selepas dia dibebaskan dengan ikat jamin oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini selepas ditahan pada 7 Disember lalu atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita.

Assange kini menjadi amat popular selepas laman webnya itu menimbulkan kemarahan AS kerana ia mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik AS yang mengandungi maklumat sulit.

Ia mendedahkan pandangan-pandangan diplomat AS mengenai isu-isu global dan pemimpin-pemimpin dunia.

Dia yang ditemui di sebuah rumah agam rakannya di Suffolk juga menyatakan kebimbangannya bahawa prosiding ekstradisinya ke Sweden merupakan satu helah untuk membawanya ke AS.

Assange membuat dakwaan itu kerana prosiding perbicaraan itu berlaku dalam cara yang pelik.

Peguam pengasas WikiLeaks itu, Mark Stephens sebelum ini pernah mendakwa satu jemaah juri rahsia telah dibentuk di Virginia untuk mengemukakan tuduhan-tuduhan yang boleh dikenakan terhadap Assange.

"Saya tidak takut untuk diekstradisi ke Sweden. Saya lebih bimbang jika diekstradisi ke AS," kata Assange.

Para peguam berpendapat, tindakan mengekstradisi Assange ke Sweden adalah bermotifkan politik.

Namun, para pendakwa raya Sweden menyatakan permintaan ekstradisi itu tiada kena mengena dengan WikiLeaks.

Assange yang bercakap kepada para penyokongnya di luar mahkamah berikrar akan terus mendedahkan maklumat rahsia.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 200,000 pound (RM978,477) dengan syarat yang ketat.

"Adalah sesuatu yang hebat untuk menghidu udara bersih di London semula," kata Assange yang dikerumuni sekumpulan jurugambar yang mahu merakamkan gambarnya. - Agensi

Motosikal unik dijual RM172,452

Motosikal unik dijual RM172,452


SEORANG lelaki menunggang motosikal unik keluaran syarikat Parker Brothers Choppers di Florida.


MIAMI - Sebuah motosikal yang digerakkan program komputer seperti dalam filem sains fiksyen, Tron: Legacy kini direalisasikan ke dunia nyata oleh pembuat motosikal, Parker Brothers Choppers yang beribu pejabat di Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Motosikal yang dikenali sebagai Light Cycle itu sepanjang 2.43 meter, lebar 58.4 sentimeter dan seberat 215 kilogram. Ia boleh digunakan di atas jalan raya biasa dan mampu mencecah kelajuan sehingga 193 kilometer sejam.

Amazing things happen when you say Yes

Syarikat Parker Brothers Choppers menyatakan pihaknya hanya menghasilkan lima buah Light Cycle yang ditawarkan pada harga AS$55,000 (RM172,452) seunit.

Pengurus Operasinya, Jeff Halverson memberitahu ia menggunakan enjin TL1000R.

"Empat unit sudah dijual dan hanya sebuah lagi yang tinggal," kata Halverson.

Terdapat sambungan komputer tablet iPad yang membolehkan statistik tunggangan dimuat turun daripada komputer yang ada pada motosikal itu.

Gambar motosikal itu boleh dilihat di laman web YouTube.

Populariti motosikal itu di laman tersebut telah menarik perhatian syarikat perfileman Disney dan penerbit filem Tron: Legacy yang mahu menggunakan Light Cycle dalam acara promosi filem berkenaan. - Agensi

17.12.2010.11:55pm. MALAM YANG SANGAT MENYEDIHKAN


MOOD MALAM NI. 17.12.2010.11:55PM

Saturday, December 11, 2010

Pengasas Facebook janji buat sumbangan

Pengasas Facebook janji buat sumbangan


Mark Zuckerberg


NEW YORK – Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Facebook, Mark Zuckerberg, 26, merupakan antara 17 bilionair Amerika Syarikat (AS) yang berjanji untuk mendermakan sebahagian besar kekayaan mereka untuk tujuan amal.

Projek yang dilancarkan pada tahun ini oleh bilionair Warren Buffett dan Bill Gates dilaporkan menyenaraikan seramai 57 inidividu dan keluarga lain yang telah menandatangani ikrar tersebut.

“Ramai yang menunggu sehingga saat-saat akhir kerjaya untuk memberikan sumbangan.

“Kenapa harus tunggu lagi jika sudah ada kelebihan untuk melakukannya,” kata Zuckerberg yang kekayaannya dianggarkan AS$6.9 billion (RM21.7 billion) oleh majalah Forbes.

Buffett memberitahu, ilham melibatkan bilionair itu diperoleh apabila majalah Forbes menyenaraikan 400 bilionair AS.

– AFP

Blogged.my