Piala AFF Suzuki 2010 - Bekalan selesa ke Jakarta
Safee Sali muncul wira Malaysia hasil jaringan dua gol meletakkan pasukan bola sepak negara hanya sebelah kaki untuk menjulang Piala AFF Suzuki 2010 apabila membelasah Indonesia 3-0 pada perlawanan final pertama di Stadium nasional Bukit Jali, semalam.
Beraksi di hadapan kira-kira 95,000 penonton yang membanjiri segenap ruang stadium ternyata memberikan kelebihan buat pasukan kendalian K Rajagobal untuk mencipta kemenangan.
Pada aksi babak pertama Malaysia memperoleh peluang menjaringkan gol namun cubaan S Kunalan menuju tepat ke arah penjaga gawang Markus Haris Maulana .
Asakan bertubi-tubi terus menerjah benteng pertahanan skuad kendalian Alfred Riedl dan kali ini menerusi penyerang muda Norshahrul Idlan Talaha dan sekali lagi berjaya diselamatkan.
Perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu lawan sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama tanpa sebarang jaringan.
Ketika permainan memasuki babak kedua pasukan Garuda mula mengganas dengan mencari peluang-peluang untuk menembus gawang skuad negara.
Bagaimanapun, kurang 15 minit perlawanan separuh masa kedua berlangsung permainan terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana dicemari pancaran laser ke arah pemain.
Permainan diteruskan sejurus selepas beberapa minit, tanpa berlengah Harimau Malaya terus mengasak benteng pertahanan pasukan Garuda dan kali ini ramuan ajaib K.Rajagobal menjadi apabila Safee Sali berjaya menembusi gawang lawan pada minit ke-58 hasil hantaran Norshahrul Idlan Talaha.
Jaringan pertama Malaysia terus disusuli dengan sumbatan gol kedua oleh pemain yang dibawa masuk pada babak kedua, Mohd Ashaari Samsuddin juga hasil hantaran penyerang, Norshahrul Idlan pada minit ke-67.
Selepas itu, sekali lagi Safee Sali menambah derita skuad Garuda setelah tandukan emasnya berjaya menyumbang gol ketiga pada minit ke-71.
Sinar Harian

0 comments:
Post a Comment