Showing posts with label Enkripsi Terbaru Dari Twitter Menghalang Kerajaan Mengintip Tweet Lama. Show all posts
Showing posts with label Enkripsi Terbaru Dari Twitter Menghalang Kerajaan Mengintip Tweet Lama. Show all posts

Thursday, December 5, 2013

Enkripsi Terbaru Dari Twitter Menghalang Kerajaan Mengintip Tweet Lama

Internet servis boleh di buat penambahbaikan bagi mengurangkan pengawasan kerajaan tidak kira di luar negara mahupun di dalam negara terhadap rakyatnya. Tetapi maklumat itu tidak mampu untuk dikunci seandainya maklumat itu sudah berada di tangan pihak pengintip.
Oleh itu, Twitter berharap untuk mengelakkan ancaman pengintip ini ke atas data yang telah lama melalui pengenalan teknik enkripsi baru yang dinamakan Perfect Forward Secrecyyang memberhentikan pencerobohan dengan menyahkodkan trafik secara besar-besaran.
Setiap session mempunyai kunci enkripsi secara rawak yang tidak akan melalui rangkaian komunikasi walaupun pengintip mendapat akses penuh kepada arkib Twitter milik anda, mereka perlu memecah setiap  PFS-protected dalam satu masa untuk mendapatkan data yang diinginkan oleh mereka.
Dasar baru yang diperkenalkan ini sebenarnya tidak mampu menghalang pengintip atau kerajaan untuk mendapatkan data Tweet anda yang lepas namun mampu untuk melambatkan proses tersebut dan perlu melakukan kerja keras untuk mendapatkan apa yang diiginkan oleh mereka.

Sumber : Engadget
Blogged.my