Terbongkar! Iklan Yang Dilancarkan Oleh Organisasi Yahudi Ini Sangat Mengejutkan
Di
Boston, Amerika Syarikat, iklan bertajuk ‘One Word’ yang dipamerkan
pada sistem kerataapi bawah tanah sangat mengejutkan. Iklan ini
dilancarkan oleh ‘Ads Angainst Apartheid’ (AAA) bertujuan mempersoalkan
dan menyedarkan tentang kekejaman Israel dalam isu keamanan timur
tengah.
Iklan
ini telah menjadi tajuk utama di akhbar-akhbar utama Palestin dan
Israel. Chadi Salamoun, Presiden kepada organisasi AAA menyatakan:
“Iklan ini berdasarkan fakta dan
disokong oleh organisasi hak asasi manusia yang berwibawa dan
pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu,” kata Chadi Salamoun, Presiden AAA, yang menambah bahawa “jika
iklan ini mengejutkan, itu kerana realitinya adalah mengejutkan. ”
Richard Colbath-Hess, ahli fakulti
Universiti Massachusetts Yahudi-Amerika, dan pengasas bersama AAA,
menyatakan bahawa “wang cukai Amerika membantu kerajaan Israel
mengekalkan penjajahan tentera yang amat kejam dan telah menafikan hak
asasi rakyat Palestin selama beberapa dekad. Iklan ini menunjukkan
penjajahan Israel dan apartheid benar-benar kelihatan dan adalah penting
untuk rakyat Amerika mengetahui.”
Organisasi AAA merancang untuk memperluaskan kempem di bandar-bandar lain seluruh Amerika.