Wednesday, November 27, 2013

Nokia Mengemaskini Nokia Music, Kini Dikenali Dengan Nama Nokia MixRadio

Music streaming servis sejak akhir-akhir ini kini lebih memberi tumpuan kepada radio peribadi dan kini, Nokia adalah salah satu daripadanya dengan pengenalan Nokia Music yang diberi nafas baru dan kini dikenali sebagai Nokia MixRadio. Dengan mengemaskini aplikasi ini di platform Windows Phone, aplikasi ini jelas menekankan kepada senarai lagu untuk dimainkan secara peribadi. Aplikasi terbaru ini juga membolehkan anda menggunakan fungsiThumbs Up dan Thumbs Down serta berkongsi lagu secara terus ke Facebook, Twitter mahupun SMS.
nokiamixradio
Tidak seperti Nokia Music, Nokia MixRadio adalah aplikasi bebas banner pengiklanan. Selain itu, anda juga boleh menyimpan beberapa jam music yang anda telah dengar untuk dimainkan ketika offline. Aplikasi ini buat masa sekarang hanya untuk pengguna Nokia Lumia sahaja.

Sumber : TheVerge

Qualcomm Memperkenalkan Snapdragon 805, Cip Pemprosesan Dengan Sokongan 4k video

Jika anda baru sahaja melihat beberapa peranti dengan spesifikasi tinggi contohnya Nexus 5, Galaxy Note 3 dan Xperia Z1 yang menggunakan Snapdragon 800, anda pasti teruja dengan pengenalan model baru yang diperkenalkan Qualcomm,  Snapdragon 805 dengan sokongan ‘UltraHD’ atau dikenali sokongan video 4K dengan menggunakan 4-teras. Dengan pengenalan cip pemprosesan terbaru ini, sudah pastinya anda boleh melihat semula video-video yang telah dirakam anda sebelum ini tablet, telefon pintar mahupun Smart TV milik anda. 
Cip terbaru dari Qualcomm juga disertakan bersama Adreno 420 GPU yang dikatakan lebih laju sebanyak 40% berbanding GPU keluaran sebelum ini. Setiap teras dalam cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 805 ini mampu mencapai kelajuan maksimum 25.6GB per saat dan 25.6GHz kelajuan pemprosesan yang membolehkan aplikasi di peranti dikendalikan dengan lebih laju.
Cip pemprosesan ini juga bakal didatangkan bersama  28nm Gobi MDM9x25 modem yang diumumkan pada awal tahun ini dan juga 150Mbps LTE 4. Terdapat variasi lain selain modem ini iaitu 20nm Gobi MDM9x35 dan dibawa bersama cip WTR3925 yang mampu mencecah 300Mbps kelajuan memuat turun.
Terakhir, cip in menyertakan sokongan kamera untuk mobil dengan ouput gambar bersaiz gigapiksel dan gyro-based image stabilization, untuk rakaman video lebih licin dan pemprosesan imej lebih cepat. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu untuk menjual telefon Galaxy Note 3 ataupun Xperia Z1 anda sekarang memandangkan telefon pintar dengan Qualcomm Snapdragon 805 ini tidak akan dibina oleh pengeluar telefon pintar sehingga tahun hadapan. Mungkin, kita bakal lihat cip pemprosesan in pada Galaxy Note 4 dan tidak pada Galaxy S5.

Sumber : Engadge

Kerajaan Hanya Akan Bertindak Jika Ada Bukti Kukuh Pengintip US Di Malaysia

Datuk Hamzah Zainudin, Menteri Luar Negeri berkata, kerajaan hanya akan bertindak menentang Amerika Syarikat atas aktiviti-aktiviti yang didakwa mengintip jika mempunyai bukti kukuh tentang perkara ini. Beliau berkata Malaysia telah menghantar nota bantahan kepada Amerika Syarikat atas dakwaan terdapat stesen pemantauan di pejabat kedutaan Amaerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk memantau rangkaian telekomunikasi di Malaysia.
“Dalam diplomasi, nota bantahan dianggap sesuatu yang serius, terutama jika kedua-dua negara mempunyai hubungan yang baik.Kami telah menghantar nota bantahan dan ia telah diterima oleh duta Amerika Syarikat. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah mengumumkan bahawa mereka akan mengkaji semula dasar mereka, jadi kita akan tunggu”, katanya dalam ucapan penggulungan pada peringkat jawatankuasa Bajet 2014 di Parlimen semalam.
Datuk Bung Mokhtar Radin bagaimanapun mencelah dan bertanya jika kerajaan merancang untuk menandatangani perjanjian dua hala untuk tidak mengintip antara satu sama lain, sama seperti yang dicadangkan oleh Jerman di tengah-tengah kemarahan diplomatik dicetuskan oleh Edward Snowden. Hamzah berkata, kerajaan hanya akan bertindak ke atas perkara itu selepas menerima bukti yang kukuh tentang perkara tersebut.
“Kami akan melakukan tindakan apabila kita mendapatkan bukti. Mungkin di Jerman, mereka mempunyai bukti (AS) mengintip pemimpin mereka tetapi di Malaysia, kami akan melakukan kajian menyeluruh sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya.
Terdapat laporan mendakwa Amerika Syarikat berkata ia sedang mengkaji langkah-langkah pengumpulan maklumat selepas Snowden mendakwa terdapat 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia, termasuk di kedutaan AS di Jakarta, Bangkok, Phnom Penh, dan Yangon.
Sebuah portal berita tempatan melaporkan bahawa satu kajian semula telah diperintahkan oleh Obama, yang dilaporkan mengkaji semula larangan mengintip pemimpin-pemimpin negara-negara bersekutu. Walau bagaimanapun, portal itu juga melaporkan bahawa jurucakap AS enggan mengulas lebih lanjut mengenai dokumen yang dibocorkan oleh Snowden yang mendakwa kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menempatkan stesen pemantauan untuk memanfaatkan telefon dan rangkaian komunikasi monitor.

Sumber : MalaysianDigest

ARM Sedang Membina Cip Pemprosesan 64-Bit Untuk Telefon Pintar Samsung Tahun 2014

Samsung Galaxy S5 yang akan datang telah disahkan bakal hadir dengan cip pemprosesan 64-bit dan akan hadir sekitar suku kedua tahun 2014. Sejak iPhone 5S diperkenalkan dengan cip pemprosesan 64 bit A7, khabar angin tentang kehadiran cip pemprosesan 64 bit semakin hebat diperkatakan memandangkan Samsung pastinya tidak akan mengalah dengan pesaingnya iaitu Apple. Kini, pengurus kanan syarikat ARM mengesahkan tentang perkara ini.
Pengurus kanan ARM ini telah dikatakan bertemu dengan Samsung, syarikat dari Korea ini dan telah mengesahkan rancangan untuk melengkapkan seni bina pemprosesan 64 bit ARM kepada keluarga telefon pintar Samsung pada tahun 2014. Berkemungkinan juga, Exynos yang terbaru ini bakal dibina sendiri oleh Samsung.
ARM juga berpendapat, kita bakal melihat kedatangan cip pemprosesan 128-bit di pasaran dalam jangka masa 2 tahun memandangkan perkembangan teknologi pada masa ini terlalu pesat. Jika perkara ini benar berlaku, ia pasti menjadi sesuatu yang amat mengujakan memandangkan komputer pada masa ini masih lagi menggunakan cip pemprosesan 32-bit dan juga 64-bit. Namun, ARM turut memberikan sebab cip pemprosesan 128-bit bakal hadir 2 tahun lagi. Antaranya penggunaan teknologi face recoginition dan pengecaman cap jari memerlukan kelajuan pemprosesan yang lebih laju.

Sumber : Lowyat

Pencipta Internet, Vint Cerf : ‘Privasi Mungkin Mustahil’

Mempunyai hak ke atas sesuatu privasi tidak kira dalam dunia yang nyata atau di atas talian adalah sesuatu yang diinginkan oleh semua.  Dalam arus pembangunan menggunakan internet ini, pastinya privasi ketika menggunakan Internet adalah sesuatu yang mustahil untuk dikecapi.
Salah seorang pencipta Internet berpendapat untuk mendapat privasi di Internet adalah sesuatu yang amat mustahil memandangkan manusia di zaman ini terdedah dengan penggunaan media sosial dan juga rangkaian sosial. Vint Cerf juga berpendapat, teknologi baru pada zaman ini membuatkan “kita semakin sukar untuk mencapai privasi” dan “privasi adalah sesuatu yang amat mustahil”.
Pada asasnya, Cerf berpendapat teknologi pada masa kini telah mencapai satu titik yang membuatkan sesetengah orang tidak menyedari tentang post di laman web seperti Twitter dan Facebook yang membuka peluang untuk rakan-rakan atau orang asing sentiasa mengetahui tentang destinasi anda ataupun kedudukan semasa anda. Tambahan pula dengan adanya gajet yang mudah dibawa membolehkan mereka menjejaki anda 24 jam sehari.
“Kelakuan sosial kita merosakkan privasi yang dimiliki oleh kita”, katanya lagi yang kini bekerja bersama Google. “Teknologi telah memberikan impak kepada sosial intelek”.
Cerf turut memberitahu dia tidak tahu cara untuk memberikan perlindungan privasi kepada pengguna kerana teknologi sedang membangun dengan begitu pesat.

Sumber : BGR

Samsung Galaxy S4 Mini Versi La Fluer Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Sudah semestinya ramai yang mempunyai masalah untuk mengingati kesemua variasiGalaxy S4 yang diperkenalkan sepanjang tahun ini. Oleh itu, mari kita mengenali kesemua keluarga Galaxy S4 yang telah dilancarkan sepanjang tahun 2013. Bermula dengan Galaxy S4, Galaxy S4 Mini, Galaxy S4 Active, Galaxy S4 Zoom, dan Galaxy S4 edisi Android yang menggunakan Stock Android sebagai sistem pengoperasian.
Kini, SamMobile melaporkan variasi terbaru Galaxy S4 iaitu Galaxy S4 Mini edisi La Fluerbakal hadir tidak lama lagi. Pastinya peminat Samsung akan berasa “gembira” dengan pengenalan variasi terbaru Galaxy S4 Mini ini yang diberikan suntikan corak bunga pada badan telefon ini.
Galaxy S4 Mini La Fluer ini bakal mempunyai dua variasi warna iaitu putih dan merah. Samsung sebelum ini pernah memperkenalkan Galaxy SIII dengan variasi La Fluer dan nampaknya ini cara terbaru Samsung untuk menaikkan semula peranti lama milik mereka dan menjualnya dengan nama dan rupa yang baru. Namun begitu, nama Galaxy S4 Mini la Fluer yang diberikan masih lagi baik daripada Galaxy 10.1 – 2014 Edition

Sumber : BGR

Google Memberikan Maklumat Ringkas Mengenai Glass Development Kit

Para pembangun aplikasi telah bekerja keras untuk membangunkan aplikasi untuk Google Glass untuk beberapa bulan ini. Namun begitu,  jika tiadanya keteguhan platform untuk pembangunan iaitu Google Glass, pastinya mereka tidak akan berjaya membawakan ciri-ciri potensi untuk aplikasi yang sesuai untuk hardware terbaru ini.
Semalam, akhirnya memberikan informasi yang berguna mengenai Glass Development Kit (GDK), satu set peralatan baru yang memudahkan lagi pembangun untuk membangunkan aplikasi untuk Google Glass. Pembangun Glass, Advocate Timothy Jordan membentangkan mengenai GDK yang menekankan 3 perkara yang boleh dicapai menggunakan GDK.
Tidak seperti Google Mirror API, antara muka yang digunakan oleh Glass sehingga sekarang, GDK membenarkan penggunaan Glass walau tidak di atas talian,  real-time user response, dan kebolehan untuk berkomunikasi lebih baik dengan perkakasan Glass seperti accelerometerdan GPS.
Google menginginkan projek Glass berjaya dan penganalisis juga menjangkakan perkara ini memandangkan projek ini sudah hampir siap sepenuhnya. Video di bawah memaparkan demonstrasi GDK yang dilakukan semalam.

Sumber : BGR

Google Memberikan Maklumat Ringkas Mengenai Glass Development Kit

Para pembangun aplikasi telah bekerja keras untuk membangunkan aplikasi untuk Google Glass untuk beberapa bulan ini. Namun begitu,  jika tiadanya keteguhan platform untuk pembangunan iaitu Google Glass, pastinya mereka tidak akan berjaya membawakan ciri-ciri potensi untuk aplikasi yang sesuai untuk hardware terbaru ini.
Semalam, akhirnya memberikan informasi yang berguna mengenai Glass Development Kit (GDK), satu set peralatan baru yang memudahkan lagi pembangun untuk membangunkan aplikasi untuk Google Glass. Pembangun Glass, Advocate Timothy Jordan membentangkan mengenai GDK yang menekankan 3 perkara yang boleh dicapai menggunakan GDK.
Tidak seperti Google Mirror API, antara muka yang digunakan oleh Glass sehingga sekarang, GDK membenarkan penggunaan Glass walau tidak di atas talian,  real-time user response, dan kebolehan untuk berkomunikasi lebih baik dengan perkakasan Glass seperti accelerometerdan GPS.
Google menginginkan projek Glass berjaya dan penganalisis juga menjangkakan perkara ini memandangkan projek ini sudah hampir siap sepenuhnya. Video di bawah memaparkan demonstrasi GDK yang dilakukan semalam.

Sumber : BGR.com

Facebook Chat Memaparkan Perkara Baru – Desktop Atau Mobile Browser?

Apabila rakan anda di atas talian, Facebook Chat sebelum ini tidak memaparkan samaada rakan anda menggunakan Desktop Browser atau Mobile Browser. Kini, Facebook telah mengemaskini Facebook Chat yang memaparkan Web atau Mobile. Fungsi terbaru ini telah dikesan oleh TechCrunch dan ini dilaporkan juga oleh The Verge dan Facebook menyatakan fungsi ini masih dalam peringkat percubaan namun sedang diperkenalkan secara umum kepada semua pengguna tidak kira di mobil atau desktop.
Penambahbaikan ini bukan menukar cara anda untuk menggunakan Facebook tetapi membantu anda mendapat informasi mengenai rakan-rakan anda yang sedang di atas talian. Seperti sedia maklum, Facebook sedang berusaha untuk menambahbaik Facebook Messenger dan Chat yang kini kurang jadi kegemaran pengguna di seluruh dunia dan menggunakan aplikasi lain seperti WeChat dan sebagainya. Malah, aplikasi Facebook Messenger kini dirombak dan menjadi aplikasi yang kelihatan lebih mengikut trend.
web-facebook
Bagi yang belum mendapat penambahbaikan ini, mungkin dalam masa terdekat anda bakal mendapatkannya.

Sumber : The Verge

Porsche Design dan Blackberry Bekerjasama Membangunkan Z10 Versi Premium

Setelah bekerjasama dalam membangunkan telefon pintar P’9981 pada tahun lepas, Porsche Design dan Blackberry telah mengumumkan versi Z10 yang telah diubah suai untuk kelihatan lebih premium. Dikenali sebagai P’9982, telefon pintar ini menggunakan keluli tahan karat (stainless steel) serta italian leather dan datang bersama unik BBM PIN yang membuatkan telefon pintar lain mengenalinya dengan serta merta.
Bukan sahaja bahan buatannya sahaja di ubah, Blackberry juga telah menaikkan saiz memori dalaman kepada 64GB untuk versi premium ini serta turut menjual variasi italian leather dengan warna yang berlainan untuk telefon pintar milik anda ini. Italian leather ini juga turut diperkenalkan untuk iPad dan iPhone.
Selain daripada dua perubahan besar yang diperkenalkan untuk versi premium ini, Blackberry mengekalkan ciri-ciri yang terdapat pada Z10, telefon pintar dengan penjualan unit yang sedikit. P’9982 mempunyai skrin dengan piksel 1280 x 768, cip pemprosesan dwi-teras 1.5 GHz, 2GB RAM dan juga sistem pengoperasian BB10. Telefon pintar ini bakal dijual dengan harga £1,500 ( RM 6437 ) untuk pasaran London.
Tiada pengesahandari Blackberry Malaysia tentang kemasukan telefon pintar Z10 versi Porsche Design ini ke Malaysia buat masa ini.

Sumber : The Verge

Gambar Google Nexus 10 Versi 2013 Tertiris Di Arena Web

Google pada bulan yang lalu telah memperkenalkan Nexus 5 yang dijana  menggunakan Android 4.4 Kitkat, salah satu telefon pintar yang terbaik pada masa sekarang dan Google pastinya bakal memperkenalkan tablet milik mereka pula dalam masa terdekat. Dan ini membuatkan ramai peminat menantikan perkara ini. Kini, satu gambar yang menunjukkanNexus 10 versi tahun 2013 tertiris di Reddit.
Gambar ini telah di muatnaik oleh seorang pekerja Telefonica, syarikat dari Sepanyol yang juga memaparkan harga yang bakal ditawarkan iaitu £299 bersamaan USD 480. Dari paparan skrin, Nexus 10 ini dilihat tiada bar navigasi seperti Nexus 10 yang diperkenalkan pada tahun yang lalu.
Nexus 10 dijangkakan bakal diperkenalkan pada 22 November 2013 ini dengan variasi warna putih dan hitam. Gambar kedua pula menunjukkan tablet dengan kod-nama  LG-V510 dan logo LG di tampal di atas gambar tersebut. Google mungkin memperkenalkan Nexus 10 yang baru namun kerjasama untuk membinanya mungkin ditukar kepada LG dan tidak lagi bersama Samsung seperti sebelum ini.
nexus-10-price-leak
nexus-10-lg-leak

Sumber : BGR.com

API Kamera Untuk Format RAW Sedang Dibangunkan Oleh Google Untuk Android

Vic Gundotra, Naib Presiden Kanan Sosial Google sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan tentang usaha mereka memberikan pengalaman kamera terbaik dalam sistem pengoperasian Android namun pengenalan Nexus 5 baru-baru ini amat mendukacitakan oleh kerana keluarga Nexus yang baru ini hanya membawakan kamera ditampuk yang lama. Seperti sedia maklum, Nexus 5 membawakan kamera bahagian belakang 8 megapiksel dikira sederhana dan cip pemprosesan yang terbaru, Qualcomm Snapdragon 800 menyelamatkan keadaan bagi spesifikasi Nexus 5 ini.
Namun begitu, Google sebenarnya memang sedang membangunkan pengalaman kamera yang lebih baik seperti yang mereka cuba sampaikan tetapi API ini gagal untuk sempurna sepenuhnya sebelum pengenalan Android 4.4 Kitkat pada bulan yang lalu. API baru ini sudah dibangunkan sejak Disember 2012 dan mungkin bakal diperkenalkan dalam versi Android yang akan datang.
Mengikut laporan Amanz.My, API terbaru ini bakal menawarkan pemprosesan pada kadar yang lebih tinggi disamping pengenalan output gambar dalam bentuk RAW.
Peranti Android yang sedia ada menawarkan hasil gambar dalam bentuk Joint Photographic Expert Group atau lebih dikenali dengan singkatan JPEG. JPEG adalah format gambar yang telah dimampatkan namun kebanyakan jurugambar memerlukan format RAW yang belum dimampatkan untuk tujuan pencahayaan dan sebagainya.

~ amanz

Galaxy Gear Gagal Menguasai Pasaran, Hanya 50,000 Unit Berjaya Dijual

Samsung Galaxy Gear merupakan jam tangan pintar pertama yang dibina oleh Samsung. Mereka cuba untuk membawa keunikan tersendiri dalam rekaan Gear ini contohnya dengan penambahan kamera pada jam tangan pintar. Namun ia masih gagal menarik minat pembeli untuk membeli jam tangan pintar ini.
BusinessKorea melaporkan Samsung telah menjual kurang daripada 50,000 sejak ia diperkenalkan kepada orang ramai dan jumlah ini dilihat sebagai kegagalan yang agak besar yang dihadapi oleh Samsung memandangkan mereka menjangkakan jam tangan ini menjadi produk yang berjaya pada tahun ini.
Perkara yang lebih menyedihkan, Samsung telah berusaha keras untuk memperkenalkan produk baru milik mereka dengan memperbanyakkan iklan Galaxy Gear di media sosial, malah tradisional iklan juga diperbanyakkan. Namun Samsung masih berkeras Galaxy Gear hanya satu langkah ke hadapan dalam pembinaan jam tangan pintar.

Moto G Mungkin Bakal Memecah Masuk Pasaran Malaysia

Setelah pengambilan Motorola daripada Google, terdapat dua peranti utama yang telah diperkenalkan iaitu Moto X dan Moto G namun malangnya peranti pertama milik mereka tidak memecah masuk dalam pasaran Malaysia iaitu Moto X. Namun Motorola menjanjikan telefon pintar yang berikutnya bakal menemui peminatnya di Malaysia dan nampaknya perkara ini bukan kenyataan kosong oleh Motorola oleh kerana terdapat khabar angin tentang kedatangan Moto G yang baru sahaja dilancarkan di US bakal hadir ke Malaysia tidak lama lagi.
Memetik kenyataan daripada blog teknologi termuka, Amanz.My, Malaysia antara negara yang diletakkan salah satu negara dalam senarai gelombang kedua. Tarikh sebenar peranti ini bakal hadir ke Malaysia belum ditetapkan namun daripada kenyataan AndroidAuthority, peranti ini bakal tiba pada bulan awal Januari 2014.
Moto G hadir dengan Android 4.3 Jelly Bean tetapi bakal menerima kemaskini Android 4.4 KitKat pada tahun hadapan. Moto G merupakan telefon pintar dengan spesifikasi sederhana yang kedua selepas Moto X. Moto X gagal memenuhi target pengeluar peranti yang memiliki pelbagai paten yang ingin dibeli oleh syarikat lain ini dengan hanya 500,000 unit terjual sejak diperkenalkan kepada umum pada bulan Ogos yang lalu. Hal ini mungkin kerana ia tidak diperkenalkan kepada kebanyakan negara di dunia.
Harapan besar mungkin diletakkan ke atas Moto G oleh Motorola memandangkan peranti ini berharga hanya $179(RM 534)  di US dan mungkin harga yang bakal tiba di Malaysia kelak tidak jauh dengan harga tersebut. Dengan harga sebegini, Moto G mungkin bakal menjadi idaman hati remaja Malaysia dan sememangnya target Motorola adalah untuk pengguna di negara-negara Asia.

~ skynight

Perkara Yang Terbaik Di Dalam Sistem Android Kini Semakin Terbaik

Ramai yang menyukai Android dengan pelbagai jenis alasan contohnya fungsi yang pelbagai, limpahan jenis aplikasi yang dibina untuk sistem Android dan juga pengenalan Android oleh Google sebagai sumber terbuka. Dengan gabungan ciri-ciri ini membuatkan Android merupakan sistem pengoperasian paling diminati oleh pengeluar mahupun pengguna telefon pintar. Tetapi kunci sebenar yang membuatkan ramai yang menyukai Android adalah kerana adanya Google Now, dan kini aplikasi semakin menjadi berguna kepada pengguna.
Google telah mengumumkan di halaman Google+ milik mereka dengan penambahan tiga lagi kad baru iaitu News topics, Website Updates dan What To Watch.
“Jika anda merupakan peminat bagi sesebuah laman web atau blog, kad Website update bakal memberikan artikel terbaru bagi laman web tersebut dan anda tidak akan ketinggalan dengan setiap artikel daripada laman web tersebut manakan News Topics bakal memberikan anda laman web yang mengemaskini artikel bagi topik yang anda minati,” selain Android Team menambah lagi, “What To Watch memberikan cadangan untuk anda program TV atau movie yang mungkin anda ingin menontonnya nanti”.
“Terdapat beberapa lagi penambahan elemen dalam Google Now contohnya anda boleh mengetahui keadaan semasa trafik apabila di integrasikan dengan aplikasi Waze, menetap peringatan secara berulang, melihar skor Rugby semasa malah untuk mengetahui pakej milik anda akan sedia di ambil”.
Bagi yang tidak mengetahui mengenai Google Now, aplikasi ini merupakan pembantu peribadi anda secara maya yang sentiasa akan memberikan anda informasi berguna sebelum anda sempat mengajukan soalan kepadanya. Google Now akan sentiasa dikemaskini untuk peranti yang sesuai untuknya tetapi anda boleh memuat turun secara terus di Google Play Store aplikasi Google Search App secara manual.
~ skynight
Blogged.my