Wednesday, November 27, 2013

API Kamera Untuk Format RAW Sedang Dibangunkan Oleh Google Untuk Android

Vic Gundotra, Naib Presiden Kanan Sosial Google sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan tentang usaha mereka memberikan pengalaman kamera terbaik dalam sistem pengoperasian Android namun pengenalan Nexus 5 baru-baru ini amat mendukacitakan oleh kerana keluarga Nexus yang baru ini hanya membawakan kamera ditampuk yang lama. Seperti sedia maklum, Nexus 5 membawakan kamera bahagian belakang 8 megapiksel dikira sederhana dan cip pemprosesan yang terbaru, Qualcomm Snapdragon 800 menyelamatkan keadaan bagi spesifikasi Nexus 5 ini.
Namun begitu, Google sebenarnya memang sedang membangunkan pengalaman kamera yang lebih baik seperti yang mereka cuba sampaikan tetapi API ini gagal untuk sempurna sepenuhnya sebelum pengenalan Android 4.4 Kitkat pada bulan yang lalu. API baru ini sudah dibangunkan sejak Disember 2012 dan mungkin bakal diperkenalkan dalam versi Android yang akan datang.
Mengikut laporan Amanz.My, API terbaru ini bakal menawarkan pemprosesan pada kadar yang lebih tinggi disamping pengenalan output gambar dalam bentuk RAW.
Peranti Android yang sedia ada menawarkan hasil gambar dalam bentuk Joint Photographic Expert Group atau lebih dikenali dengan singkatan JPEG. JPEG adalah format gambar yang telah dimampatkan namun kebanyakan jurugambar memerlukan format RAW yang belum dimampatkan untuk tujuan pencahayaan dan sebagainya.

~ amanz

0 comments:

Blogged.my