Wednesday, November 27, 2013

Moto G Mungkin Bakal Memecah Masuk Pasaran Malaysia

Setelah pengambilan Motorola daripada Google, terdapat dua peranti utama yang telah diperkenalkan iaitu Moto X dan Moto G namun malangnya peranti pertama milik mereka tidak memecah masuk dalam pasaran Malaysia iaitu Moto X. Namun Motorola menjanjikan telefon pintar yang berikutnya bakal menemui peminatnya di Malaysia dan nampaknya perkara ini bukan kenyataan kosong oleh Motorola oleh kerana terdapat khabar angin tentang kedatangan Moto G yang baru sahaja dilancarkan di US bakal hadir ke Malaysia tidak lama lagi.
Memetik kenyataan daripada blog teknologi termuka, Amanz.My, Malaysia antara negara yang diletakkan salah satu negara dalam senarai gelombang kedua. Tarikh sebenar peranti ini bakal hadir ke Malaysia belum ditetapkan namun daripada kenyataan AndroidAuthority, peranti ini bakal tiba pada bulan awal Januari 2014.
Moto G hadir dengan Android 4.3 Jelly Bean tetapi bakal menerima kemaskini Android 4.4 KitKat pada tahun hadapan. Moto G merupakan telefon pintar dengan spesifikasi sederhana yang kedua selepas Moto X. Moto X gagal memenuhi target pengeluar peranti yang memiliki pelbagai paten yang ingin dibeli oleh syarikat lain ini dengan hanya 500,000 unit terjual sejak diperkenalkan kepada umum pada bulan Ogos yang lalu. Hal ini mungkin kerana ia tidak diperkenalkan kepada kebanyakan negara di dunia.
Harapan besar mungkin diletakkan ke atas Moto G oleh Motorola memandangkan peranti ini berharga hanya $179(RM 534)  di US dan mungkin harga yang bakal tiba di Malaysia kelak tidak jauh dengan harga tersebut. Dengan harga sebegini, Moto G mungkin bakal menjadi idaman hati remaja Malaysia dan sememangnya target Motorola adalah untuk pengguna di negara-negara Asia.

~ skynight

0 comments:

Blogged.my