Thursday, February 24, 2011

iPhone bukan telefon pintar paling laris

iPhone bukan telefon pintar paling laris


DUA buah telefon pintar iPhone.


LONDON - Satu kajian terbaru mendapati telefon pintar keluaran Apple Inc, iPhone bukan lagi antara gajet paling laris di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Telefon pintar iPhone kini berada di tempat keenam senarai telefon pintar terlaris di negara itu dengan orang ramai cenderung memilih gajet serupa yang jauh lebih murah.

Kajian tersebut dibuat oleh laman web uSwitch.com Mobile, yang menyenaraikan telefon pintar yang paling popular pada masa kini di Britain berdasarkan nilai jualan dan pencarian di Internet.

Ia mendapati telefon pintar Desire keluaran syarikat Taiwan, HTC menduduki tempat pertama senarai itu dengan diikuti HTC Desire HD dan HTC Wildfire.

"Selain boleh mengakses beribu-ribu aplikasi seperti iPhone, HTC Desire memiliki kelebihan lain yang memikat pengguna," kata komen di uSwitch.

Telefon HTC dan beberapa gajet lain meniru aplikasi skrin sentuh iPhone yang menjadi popular.

Semua telefon pintar kini menawarkan akses Internet kelajuan tinggi bersama-sama video, muzik dan pelbagai jenis permainan. - Agensi

Sumber: KOSMO

ADMIN: HTC memang terbaik dan Pilihan admin gak..hehe..:-)

Wednesday, February 23, 2011

PEMANDU LORI TEGAR... TAK ADA HAL PUNYERR..HE

BERITA PILIHAN HR NI: Pesta kaut beras di lebuh raya


BERITA PILIHAN HR NI: Pesta kaut beras di lebuh raya

Gelagat orang ramai yang mengaut dan memunggah beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam(GAMBAR)

KUALA KUBU BHARU - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.

Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.

Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.

Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.

Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.

ADMIN: Aduhai Rakyat Malaysia..ehm Sebelum ni Duit, sekrng beras lak...HARAM tu bg keluarga makan..ehm.....tapi apapun Pendapat Admin....Miskin mcmana & Susah mcmana pun kita tak patut kita ambil kesempatan atas kesusahan org lain....KECUALI dgn KEBENARAN TUan Punya

SUmber: KOSMO

http://fb.me/araazman1
http://araaz-man.blogspot.com

OUCHHH...EHM RASANYA DAH INSAF NK BERSUKAN NIH..HE

Tuesday, February 22, 2011

Malang si Kuda atau Pemandu??

Monday, February 21, 2011

Memiliki 39 isteri, 94 anak dan 33 cucu

Lelaki 39 isteri



MIZORAM - Seorang lelaki dari India mungkin mencipta rekod sebagai ketua keluarga paling besar di dunia dengan memiliki 39 isteri, 94 anak dan 33 cucu.

Ziona Chana bersama keluarganya tinggal di sebuah rumah empat tingkat dengan 100 bilik di kampung Baktwang, Mizoram, iaitu salah sebuah negeri di India.

"Saya rasa amat bertuah kerana Tuhan memberikan saya begitu ramai ahli keluarga untuk dijaga," katanya.

Keluarga besar itu memerlukan 30 ekor ayam, 60 kilogram ubi kentang dan 100 kilogram nasi untuk hidangan makan malam setiap hari.

Chana adalah ketua puak di kampung itu yang membenarkan lelaki berkahwin seberapa ramai yang disukai dan lelaki itu pernah berkahwin dengan 10 wanita dalam tempoh setahun.

SINAR HARIAN

Sunday, February 20, 2011

Jari kaki palsu tertua di dunia ditemui & Telefon bimbit mampu kesan nadi

Jari kaki palsu tertua di dunia ditemui

KAHERAH - Ibu jari kaki yang ditemui pada mumia purba Mesir dipercayai anggota badan palsu terawal di dunia yang berfungsi dengan baik, menurut satu kajian.

Jari palsu diperbuat daripada kayu dan kulit haiwan itu yang ditempatkan di Muzium Mesir, Kaherah digunakan pada zaman purba bagi membantu individu tanpa ibu jari kaki untuk berjalan secara normal.

Ibu jari kaki itu dipercayai berasal dari tahun 600 Sebelum Masihi, menjadikannya anggota badan palsu tertua yang pernah ditemui.

Menurut penyelidik Universiti Manchester di Britain, Jacky Finch, replika ibu jari palsu itu diuji terhadap dua individu yang tidak mempunyai jari kaki dan didapati berfungsi dengan baik.

"Anggota badan palsu itu dapat menahan tekanan daripada badan dan tidak pecah apabila digunakan," katanya.

Telefon bimbit mampu kesan nadi

BARCELONA - Anda mungkin mempunyai sebab untuk bimbang jika anda mendapat panggilan di telefon bimbit berbunyi "Tuan, ambulans dalam perjalanan".

Kerana itulah pesanan paling buruk yang anda akan dapat jika membeli sebuah telefon bimbit EPI Life yang dipasang khas dengan alat pengesan degupan jantung mini.

Telefon bimbit baru yang dicipta oleh sebuah syarikat di Singapura itu mengesan denyutan nadi apabila pengguna memicit butang penerima khas dan maklumat kesihatan akan dihantar terus kepada pusat kesihatan yang beroperasi 24 jam.

Ketua perubatan EPI, Chow U-Jin berkata, penciptaan telefon baru ini adalah revolusi dunia perubatan yang mempunyai kepentingan dari segi kesihatan.

"Anda boleh menggunakannya sebagai telefon biasa tetapi pada masa sama ia juga boleh digunakan sebagai pengesan degupan jantung," katanya di persidangan industri telefon bimbit di Barcelona.

Lebih 2,000 unit telefon bernilai AS$700 (RM2,100) telah berada di pasaran sejak tahun lalu dan disasarkan kepada pengguna yang menghidap masalah jantung.

Sumber: SINAR

Saturday, February 19, 2011

Malaysia VS Hong Kong

VIDEO KREATIF PILIHAN MLM NI by Polkadot Doughnut ..APA KATA KORANG??

Thursday, February 10, 2011

PARIS HILTON PELUK AGAMA ISLAM

Kecoh gosip Paris Hilton peluk agama Islam


GAMBAR dalam laman web London Muslim menunjukkan Paris Hilton memakai tudung.


LONDON - Spekulasi selebriti Paris Hilton memeluk agama Islam tersebar dengan meluas di Singapura, Malaysia dan Indonesia, lapor laman London Muslim di Internet pada Isnin lalu.

Menurut laman tersebut, khabar angin mengenai Paris itu kemudian tersebar ke Amerika Utara dan Eropah.

Laman itu turut menyiarkan gambar Paris yang memakai tudung kepala.

Akhbar-akbar dalam talian di Indonesia turut menyiarkan berita sama ada bintang program realiti The Simple Life itu sudah memeluk agama Islam.

Sebenarnya, berita mengenai Paris menganut agama Islam itu disiarkan buat kali pertama dalam laman berita Daily Squib di Internet.

Dalam laman itu, jurucakap Paris, Ian Brinkham menyatakan Paris telah memeluk agama Islam dan akan mendirikan sebuah sekolah agama di tengah Beverly Hills, Amerika Syarikat yang akan dibuka pada Julai depan.

Namun, sebahagian pengguna Internet terpedaya dengan cerita itu tanpa mengetahui bahawa Daily Squib merupakan laman yang menyiarkan berita palsu dengan tujuan untuk menyindir pelakon, penyanyi dan selebriti.

Semasa berita mengenai Paris memeluk agama Islam itu tersebar, selebriti tersebut menyatakan perasaan bimbangnya kerana dia akan berumur 30 tahun pada 17 Februari depan.

"Saya seolah-olah tidak percaya saya akan berumur 30 tahun tetapi sekurang-kurangya saya seperti berusia 20 tahun," katanya kepada majalah hiburan Closer kelmarin.

Selebriti itu turut merancang akan pergi ke beberapa buah tempat untuk berparti seperti di Los Angeles, New York dan Las Vegas.

Pada 3 Februari lalu, Paris berada di Frankfurt, Jerman untuk mempromosikan minuman wain dalam tin, prosecco. - Agensi

Sumber: KOSMO

Wednesday, February 9, 2011

Persaing CIKGU SHIDA????? Korang Rasa??

Tuesday, February 8, 2011

Aktif Betul Nenek ni, Makan apa la agaknya tu Sampai jadik camtu sekali??...hehe

uSHHH bIAR bETUL mAMAT NIH, Punyala tak Suka ngn dR Rozmey, Sampaikan sannggup buat Video Khas utk dR..ehmm Apa Kmen korang Tentang Video nih..?

Tukang Gigi Jalanan di India dan China











Monday, February 7, 2011

Gambar Pilihan MInggu ni

KERETA KEBAL HELLO KITTY


PUNYALA TAKNK ORG CURIK, SANGGUP BUAT APA SAHAJA
INI BARULA DIKATAKAN ROMANTIK DAN KERJASAMA..HE

Sunday, February 6, 2011

inila 'IRON' MAN yang sebenar











Saturday, February 5, 2011

WikiLeaks dicalonkan Hadiah Nobel Keamanan

WikiLeaks dicalonkan Hadiah Nobel Keamanan

OSLO - Laman pembocor maklumat WikiLeaks telah dicalonkan untuk menerima Hadiah Nobel Kemanan pada tahun ini oleh seorang ahli politik muda Parti Sosialis Norway.

Snorre Valen menyatakan laman WikiLeaks yang diasaskan oleh Julian Assange itu adalah salah satu penyumbang terpenting yang memberikan kebebasan untuk bersuara dan lebih telus pada abad ini.

Ahli Parlimen Parti Berhaluan Kiri berumur 26 tahun itu juga mengumumkan pencalonan itu di dalam blog beliau.

Sebelum ini, WikiLeaks telah membongkar puluhan ribu dokumen diplomatik sulit milik Amerika Syarikat (AS) yang turut menjejaskan kepentingan AS dalam usaha untuk menjalinkan hubungan damai dengan negara luar.

Valen berpendapat pendedahan maklumat mengenai amalan rasuah, pencabulan hak asasi manusia dan jenayah perang yang dilakukan oleh laman pembocor maklumat itu melayakkan ia dicalonkan sebagai penerima Hadiah Nobel Kemanan.

Sumber: SInar Harian

http://fb.me/araazman1

Tuesday, February 1, 2011

KEADAAN PERSEKITARAN IBU PEJABAT GOOGLE DI MOUNTAIN VIEW, CALIFORNIA .USA

















Blogged.my