Saturday, April 23, 2011

Samsung saman balas Apple

Samsung saman balas Apple


Seorang pekerja syarikat Samsung di Seoul semalam menunjukkan telefon pintar keluaran syarikatnya, Galaxy S (kiri) dan iPhone 4 keluaran Apple.


SEOUL - Pengeluar barangan elektronik Korea Selatan, Samsung memfailkan saman hak cipta terhadap Apple berhubung gajet iPhone dan iPad keluaran firma Amerika Syarikat (AS) berkenaan dalam kes saman balas selepas Apple mendakwa Samsung meniru produknya.

Apple sebelum ini mendakwa telefon pintar dan komputer tablet buatan Samsung ditiru daripada iPhone dan komputer iPad keluarannya.

Saman balas Samsung itu dikemukakan beberapa hari sebelum ia melancarkan produk terbarunya.

Tindakan itu boleh menjejaskan hubungan perniagaan kedua-dua syarikat gergasi komunikasi tersebut.

Apple memfailkan saman terhadap Samsung pada Jumaat minggu lalu dengan mendakwa firma Korea Selatan itu melanggar paten dan hak cipta membabitkan gajet iPhone dan iPad keluarannya.

Dalam satu kenyataan semalam Samsung sebaliknya mendakwa bahawa gajet iPhone dan iPad keluaran Apple telah melanggar paten teknologi mudah alih pihaknya.



Sehubungan itu, Samsung meminta Apple supaya berhenti meniru teknologinya dan membayar sejumlah ganti rugi.

"Apple menyaman Samsung baru-baru ini kerana ia bimbang dengan kebangkitan Samsung dalam pasaran gajet yang sebelum ini dicipta olehnya," kata seorang penganalisis firma Daewoo Sekuriti, James Song semalam.

Apple telah menjual 18.6 juta telefon pintar iPhone dalam suku pertama tahun ini namun Samsung dilaporkan menjual sekitar 13 juta telefon pintarnya pada suku sama dan merancang untuk menjual 60 juta telefon itu pada tahun ini. - Reuters

KOSMO

Thursday, April 21, 2011

Televisyen 75 tahun dijual RM82.95

Televisyen 75 tahun dijual RM82.95


SET televisyen berusia 75 tahun disimpan di Rumah Lelongan Bonhams, tengah London sebelum ia dilelong kelmarin.


LONDON - Set televisyen tertua di Britain yang masih berfungsi dengan baik dijual dalam satu lelongan pada harga £16,800 (RM82,95) iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada harga ramalan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Set televisyen elektronik jenama Marconi 702 itu yang berharga £99.15 (RM490) dibeli oleh seorang lelaki, G. B. Davis tiga minggu selepas siaran televisyen pertama di Britain dipancarkan di sini, pada tahun 1936.

Ia kini menjadi milik seorang pembeli dari Amerika Syarikat (AS) selepas dia membelinya dalam satu lelongan anjuran Rumah Lelongan Bonhams di sini kelmarin.

"Saya pernah mengendalikan lelongan 38 buah televisyen lama sebelum ini dan ini adalah yang terbaik dan ia datang bersama invois asal," kata seorang pakar Bonhams, Laurence Fisher

Set televisyen berusia 75 tahun itu yang dijual oleh keluarga pemilik asalnya memiliki skrin bersaiz 30.48 sentimeter dan berada dalam kotak kayu. - Agensi


KOSMO

Wednesday, April 13, 2011

Kencing isteri minta tolong

MALANG TUL ISTERI DAPAT SUAMI CAM BINATA...G, DAH LA KENA PUKUL, KENA KENCING LAK. SANGAT KURANG AJAR, KONONNYA DENGAN ALASAN MELUAT TENGOK WAJAH ISTERI YG SUDAH TUA, PELIK TUL MCMLA UMUR TU MUDA SANGAT.

Kencing isteri minta tolong

KUALA LUMPUR: Berang kerana diminta membantu membuang sampah, seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal apabila bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh.

Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, lelaki warga emas terbabit yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu.

“Lelaki itu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua,” katanya Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menyapu sampah di hadapan rumah sebelum meminta suaminya membantu membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah.

“Berang dengan permintaan itu, suspek yang bertongkat menghampiri isterinya sebelum menumbuk mukanya. Tumbukan berkenaan yang tepat di muka menyebabkan wanita terbabit terjatuh.

“Selepas itu, suspek bagaikan dirasuk hantu memukul isterinya menggunakan tongkat,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu, mangsa merayu dikasihani selain menutup kepalanya menggunakan tangan.

“Selepas puas membelasah isterinya, lelaki terbabit yang hilang pertimbangan bertindak jijik dengan kencing di muka dan tubuh mangsa.

“Lelaki terbabit kemudian meninggalkan rumah mereka dan tidak pulang sehingga kini,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana terlalu menyayangi suaminya itu, namun selepas lelaki terbabit kencing di muka dan tubuhnya, wanita itu nekad membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

SUmber: METRO

http://araaz-man.blogspot.com
http://fb.me/araazman1

Monday, April 4, 2011

Lelaki perut buncit berisiko untuk buta


Lelaki perut buncit berisiko untuk buta

SYDNEY - Lelaki yang mempunyai masalah perut buncit pada lingkungan umur pertengahan boleh meningkatkan risiko golongan itu untuk menjadi buta seiring dengan peningkatan usia mereka, menurut satu kajian.

Walaupun hanya pertambahan saiz pinggang yang kecil, ia tetap meningkatkan risiko sehingga 75 peratus untuk mereka menghidapi masalah penglihatan.

Bagaimanapun, kajian mendapati golongan wanita pula tidak termasuk dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit seperti itu.

Ia adalah disebabkan hormon estrogen yang dimiliki oleh golongan wanita yang mana kandungan lemak pada perut mereka bertindak membebaskan hormon itu ke dalam sistem tubuh.

Terdahulu, penyelidik di Universiti Melbourne melakukan pemerhatian terhadap perubahan saiz pinggang seramai lebih daripada 21,000 lelaki dan wanita, berumur antara 40 dan 69 selama beberapa tahun bagi mengesan jumlah dan kebarangkalian mereka untuk menghidapi penyakit berkaitan masalah penglihatan atau menjadi buta.

Sinar

Sunday, April 3, 2011

8 Sikap Lelaki Yang Perlu Diubah


8 Sikap Lelaki Yang Perlu Diubah

8 Sikap Lelaki Yang Perlu Diubah Dalam sesuatu perhubungan, terdapat banyak kelemahan baik si lelaki mahupun wanita. Si lelaki seringkali tidak menyedari akan kelemahannya sehingga mampu meninggalkan impak yang negatif dalam suatu perhubungan.

Tidak terfikirkah anda untuk memperbaiki kesilapan anda dengan mengubahnya atau sekurang-kurangnya mencuba untuk mengurangkannya? Mari kita lihat apakah lapan sikap lelaki yang perlu diubah.

1 ) Terlalu Mementingkan Kawan-Kawan

Wanita selalu makan hati apabila lelaki lebih mementingkan kawan-kawan mereka. Demi bertemu kawan-kawan untuk melakukan aktiviti bersama ataupun hanya melepak, lelaki sanggup mungkir janji untuk bertemu. Jika sesekali, mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah namun apa pula jadinya jika ia sehingga menjejaskan masa bersama si dia? Selain itu, wanita turut terasa apabila lelaki lebih senang bercerita sebarang perkara atau masalah dengan kawan-kawan. Alasannya kawan-kawan lebih sesuai untuk dikongsikan cerita itu tidak boleh digunakan lagi. Bukankah lelaki yang membuat pilihan untuk bersama si dia jadi mengapa harus timbul rasa tidak percaya?

2 ) Tidak Tahu Menghargai

Kenapalah ramai sangat lelaki yang tidak pandai untuk menghargai wanita? Bukannya mereka tidak sedar tapi memilih untuk buat tidak tahu saja. Wanita akan berasa sangat gembira jika lelaki tahu menghargai apa yang telah mereka lakukan. Namun bukan maksudnya wanita inginkan balasan, cukup dengan ucapan terima kasih. Tidak salah jika memuji atau memberikan hadiah mengikut kemampuan.

3 ) Kaki Putar Belit

Wanita akan mula hilang sabar apabila lelaki mula menunjukkan sikap putar belit alamnya. Apalah salahnya jika mengaku sahaja kesalahan yang telah dilakukan dan tidak perlu putar belit cerita. Wanita tidak perlukan lelaki seperti ini yang hanya tahu untuk melepaskan diri saja. Sesetengah lelaki sanggup melakukan apa saja asalkan wanita percaya sekali gus melupakan kesilapan yang telah dilakukan. Setiap wanita sukakan lelaki yang bersikap jujur dan adakah ia terlalu sukar untuk diamalkan?

4 ) Jejaka Perasan

Bagi wanita, untuk nampak hebat dan berketrampilan, lelaki hanya perlu menjadi diri mereka sendiri dan tak perlu dibuat-buat kerana hanya wanita saja yang boleh membuat penilaian tepat terhadap lelaki. Apalah gunanya jika seseorang lelaki itu merasakan diri mereka macho sedangkan pada mata wanita, mereka tidaklah sebegitu.

5 ) Kurang Mengambil Berat

Kenapalah lelaki suka bersikap sambil lewa dan tidak fokus dengan apa yang dilakukan? Namun apabila bercakap tentang diri sendiri, mereka buat bersungguh-sungguh. Bagaimana pula dengan pasangan? Wanita juga memerlukan perhatian daripada lelaki. Tidak perlu jaga dari segala sudut namun memadailah jika tahu untuk mengambil berat. Mungkin lelaki merasakan wanita zaman sekarang sudah pandai berdikari namun wanita tidak dapat lari dari sifat ingin dibelai dan dimanja.

6 ) Gemar ‘Cuci Mata’

Ini satu lagi sikap lelaki yang sering kali membuatkan wanita sakit hati. Perlukah lelaki memandang wanita lain sedangkan pasangan ada di sebelah? Pantang ada yang berdahi licin dan seksi, mulalah biji mata melilau tidak tentu arah. Namun jika wanita melakukan perkara yang sama, pandai pula lelaki naik angin. Wanita sama saja seperti lelaki, mahukan pasangan yang benar-benar mahukan mereka dan tidak memandang yang lain.

7 ) Main Kayu Tiga

Rasanya tidak perlu diberitahu lagi berapa banyak perhubungan yang putus dek masalah yang satu ini. Wanita boleh bersabar dalam banyak perkara namun jika lelaki mula bermain kayu tiga, jawabnya wanita akan angkat kaki. Wanita akan berasa dipermainkan apabila lelaki mencari wanita lain sekali gus curang terhadap hubungan. Wanita mahu lelaki menjadi seperti apa yang sering mereka ucapkan iaitu akan setia untuk selama-lamanya.


8 ) Panas Baran

Wanita akan merasakan mereka bernasib malang jika bertemu dengan pasangan yang panas baran. Lelaki seperti ini hanya tahu menganiaya wanita dan pantang ada yang silap. Walaupun salah sendiri namun mereka tidak akan mengaku bahkan menuduh pula orang lain. Mungkin wanita masih boleh bersabar jika kata-kata kurang menyenangkan dihamburkan tapi tidak jika disepak terajang. Bukankah lebih macho jika lelaki seperti ini bertemu dengan lawan yang sepadan. Jadi lelaki, usah jadi kategori ini kerana anda pasti akan amat dibenci oleh semua wanita seluruh dunia.

10 FAKTA MENARIK COCA-COLA yg korang kena tahu


10 FAKTA MENARIK COCA-COLA

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Friday, April 1, 2011

GAMBAR PILIHAN : ROTI BENTUK ANGGOTA BADAN










Blogged.my