Wednesday, November 27, 2013

ARM Sedang Membina Cip Pemprosesan 64-Bit Untuk Telefon Pintar Samsung Tahun 2014

Samsung Galaxy S5 yang akan datang telah disahkan bakal hadir dengan cip pemprosesan 64-bit dan akan hadir sekitar suku kedua tahun 2014. Sejak iPhone 5S diperkenalkan dengan cip pemprosesan 64 bit A7, khabar angin tentang kehadiran cip pemprosesan 64 bit semakin hebat diperkatakan memandangkan Samsung pastinya tidak akan mengalah dengan pesaingnya iaitu Apple. Kini, pengurus kanan syarikat ARM mengesahkan tentang perkara ini.
Pengurus kanan ARM ini telah dikatakan bertemu dengan Samsung, syarikat dari Korea ini dan telah mengesahkan rancangan untuk melengkapkan seni bina pemprosesan 64 bit ARM kepada keluarga telefon pintar Samsung pada tahun 2014. Berkemungkinan juga, Exynos yang terbaru ini bakal dibina sendiri oleh Samsung.
ARM juga berpendapat, kita bakal melihat kedatangan cip pemprosesan 128-bit di pasaran dalam jangka masa 2 tahun memandangkan perkembangan teknologi pada masa ini terlalu pesat. Jika perkara ini benar berlaku, ia pasti menjadi sesuatu yang amat mengujakan memandangkan komputer pada masa ini masih lagi menggunakan cip pemprosesan 32-bit dan juga 64-bit. Namun, ARM turut memberikan sebab cip pemprosesan 128-bit bakal hadir 2 tahun lagi. Antaranya penggunaan teknologi face recoginition dan pengecaman cap jari memerlukan kelajuan pemprosesan yang lebih laju.

Sumber : Lowyat

0 comments:

Blogged.my