Bagi mereka yang mengikuti kisah percintaan di antara Hanez Suraya dan juga Awi Rafael pasti tidak menyangka hubungan yang telah terjalin selama setahun akhirnya menemui pengakhiran.
Menurut kenyataan Hanez hubungannya bersama penyanyi kelahiran Singapura itu mengalami masalah dan pelbagai usaha telah dilakukan namun hubungan tersebut tidak dapat diselamatkan.
“Saya enggan terburu-buru kerana selama ini peminat begitu senang melihat hubungan kami berdua. Namun saya terpaksa terima hakikat bahawa hubungan kami tidak dapat diselamatkan lagi selepas beberapa kali mencuba.”
Bukan tidak sayang namun disebabkan sikap Awi yang hanya mendiamkan diri dan seperti tidak memberikan respon yang sepatutnya kepada hubungan mereka membuatkan Hanez sedar bahawa dia perlu menguatkan diri untuk terus fokus dengan kerjayanya.
Seperti bermain teka teki jawapan Hanez kepada hubungan cintanya, cita-cita Awi Rafael amat tinggi dan membuatkan Hanez menarik diri dari terus membebankan Awi dengan percintaan mereka.
“Memikirkan perjalanan kariernya yang masih panjang, jalan terbaik adalah menarik diri dari terus menjadi beban dalam hidup Awi.”
Sebelum berakhir, Hanez sempat memberitahu bahawa selepas putus dia sama sekali tidak memusuhi Awi malahan mendoakan kejayaannya.
Sumber: skynigh
0 comments:
Post a Comment