Haniz Zalikha Bingung Bekas Kekasih Sebarkan Gambarnya - Penulis blog yang kini semakin dikenali
sebagai pelakon dan pengacara, Haniz Zalikha tidak tahu punca gambar mesranya bersama seorang lelaki, tersebar luas di internet baru-baru ini. Namun Hanis mengakui lelaki dalam gambar tesebut merupakan teman lelakinya namun hubungan mereka telah lama putus.
“Lelaki tu bekas teman lelaki saya dan sebenarnya gambar tu gambar dua tahun lepas. Dia yang muat naik gambar tu di Instagram dia. Saya tak tahu kenapa dia buat macam tu. Mungkin tiba-tiba dia terkenang kembali kot… “, katanya sambil tersenyum.
Pemilik nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid, 23, diminta mengulas mengenai isu gambar dia bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya. Gara-gara gambar tersebut, ramai yang mengutuk dan menganggap Hanis suka propa.
Tambah Hanis, pada awalnya dia tidak ambil pusing mengenai gambar tersebut. Tetapi apabila berita itu keluar di akhbar timbul rasa kurang senang dalam dirinya. Pun begitu Hanis menjadikan perkara itu sebagai asam garam dalam dunia artis.
“Mula-mula saya tak kisah sangat, sebab yang upload tu dia bukan saya. Tapi bila dah keluar di surat khabar, saya rasa tak best. Tapi apa yang saya tahu, dia dah delete gambar tu.
“Bagi saya, ini semua lumrah. Banyak yang masih saya yang perlu belajar untuk berdepan dengan situasi macam ni. Tapi sebagai artis, saya faham yang orang akan sentiasa nak tahu tentang kita. Orang yang tak senang dengan kita tu akan sentiasa ada. Itu perkara biasa. Saya juga banyak bertanyakan pada rakan artis yang berpegalaman seperti Lisa Surihani dari segi kerja dan macam mana nak berdepan dengan situasi kalau terjadi hal-hal begini “,ujarnya yang menyatakan sehingga kini dirinya masih solo.
Sementara itu menyentuh tentang kerjaya, tidak sampai setahun bergelar anak seni, Hanis sudah boleh bergembira dengan pencapaiannya setakat hari ini. Banyak peluang diperoleh apabila dia diberi kepercayaan mengacara beberapa program di pelbagai saluran televisyen.
Antarannya seperti Raikan Cinta Musim 2 (saluran Astro), Muzik Ekstra (RTM), Mad Market (TV9) dan pada 15 Jun ini buat pertama kali dia diberi tanggujawab besar, sebagai salah seorang hos bagi mengacarakan acara karpet merah di Anugerah Blockbuster 2.
“Alhamdulillah, saya syukur dengan apa yang saya kecapi setakat ini. Perasaan tu tak tahu nak gambarkan macam mana, rasa bercampur baur. Buat masa ini fokus saya lebih kepada pengacaraan. Banyak lagi yang saya kena belajar.
“Untuk mantapkan lagi gaya pengacaraan saya, saya juga akan ikuti kelas dengan Pak Nil (Aznil Hj. Nawawi). Selain tu sebenarnya saya rindu juga nak berlakon. Dulu cuba-cuba jer, tapi sekarang ni saya jadi minat pula. Kalau ada tawaran dan sesuai dengan jadual saya, InsyaAllah saya akan pertimbangkan” katanya yang pernah muncul dalam filem Gangster Celop.

0 comments:
Post a Comment