Thursday, January 6, 2011

Guna tangan tangkap ikan air tawar

Guna tangan tangkap ikan air tawar


GAMBAR yang disiarkan dalam laman YouTube menunjukkan seorang lelaki berjaya menangkap seekor ikan air tawar dengan menggunakan tangan.


LONDON - Terdapat kegilaan terbaru dalam kalangan pemancing apabila mereka menggunakan tangan untuk menangkap ikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pertandingan menangkap ikan dengan menggunakan tangan itu bermula pada 1990-an tetapi apabila iklan mengenainya disiarkan di Internet ia kini mempunyai ramai pengikut.

Seorang pemancing yang aktif menggunakan tangan, Tim Jones berkata: "Kebanyakan aktiviti itu berlaku di kawasan air cetek.

"Jika paras air melebihi kepala anda, menangkap ikan dengan menggunakan tangan akan menjadi sukar dan mustahil untuk bergusti dengan seekor ikan di permukaan."

Menurutnya, pemancing yang menggunakan tangan suka menangkap ikan air tawar di bawah pokok yang tumbang, celah batu atau lubang di tepi tebing sungai.

"Ikan air tawar akan membuat sarang di tempat yang dianggap selamat. Semasa musim bertelur dan musim panas, suhu dalam air akan meningkat. Anda akan sukar untuk mencari ikan di sarang pada waktu itu kerana haiwan itu kerap meninggalkan lokasi tempat bertelur," katanya.

Seorang pemilik laman web memancing, Jason Cook berkata, menangkap ikan dengan tangan itu dianggap sebagai aktiviti berbahaya.

Menurutnya, jari si penangkap ikan boleh hilang dimakan ikan.

Para penangkap ikan itu akan memasukkan tangan ke dalam mulut ikan air tawar menyebabkan terdapat calar dan luka pada lengan mereka kerana terkena gigi haiwan tersebut.

Berat sebahagian ikan yang ditangkap itu boleh mencecah 27.21 kilogram. - Agensi

Sumber: http://www.kosmo.com.my

0 comments:

Blogged.my