China uji pesawat pejuang kalis radar
BEIJING - Beberapa pakar penerbangan percaya China menguji sebuah prototaip jet perang yang tidak mampu dikesan oleh radar pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar-gambar jet itu disiarkan di Internet manakala sumber-sumber tentera China yang dipetik media Jepun mengesahkan bahawa ia melibatkan sebuah model ujian pesawat pejuang J-20.
Berita itu didedahkan beberapa hari sebelum lawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates ke Beijing untuk memulihkan semula hubungan dengan China.
Lawatan itu dibuat selepas AS bersetuju menjual senjata bernilai berbilion-bilion dolar kepada Taiwan.
Pakar-pakar menyatakan bahawa jet kalis radar versi China itu lebih besar daripada yang dijangkakan. Ia yang boleh membawa peluru berpandu mungkin digunakan untuk serangan jarak jauh.
Menurut laman web Aviation Week, jet J-20 mempunyai satu tempat duduk, dua enjin berkembar selain lebih besar dan berat berbanding pesawat Sukhoi T-50 buatan Rusia dan F-22 buatan AS.
"J-20 akan menjadi benar-benar kompetitif sama dengan F-22 berdasarkan kemampuan," kata seorang pakar mengenai ketenteraan China dari Pusat Strategi dan Penilaian Antarabangsa, Rick Fisher.
Jet itu diuji pada minggu lalu di sebuah landasan terbang di tenggara China.
- Agensi
Sumber: http://kosmo.com.my
1 comments:
Aku tengok banyak design pesawat prototype konsep stealth baru ada sikit rupa macam F-22 Raptor, agaknya memang tu rupa yang optimize untuk fungsi stealth kot.
Post a Comment