Wednesday, December 4, 2013

Motorola Bekerjasama Bersama 3D Systems Untuk Membina Model Telefon ‘Ara’

Apabila Motorola tidak memandang remeh dengan idea telefon pintar PhoneBlok, ia memberikan petanda bahawa Google sebenanrnya mengfokuskan kepada sesuatu projek yang boleh di ubah suai mengikut kemahuan pengguna. Seperti juga sistem pengoperasian Android yang boleh diubahsuai, PhoneBlok juga diubahsuai tetapi bukan pada software tetapi pada hardware miliknya.
Tetapi untuk membina sesuatu idea yang terlalu mencabar ini memerlukan pengeluar yang turur mempunyai teknologi yang mencabar dan Motorola telah mejunpai 3D Systems untuk membuat satu kerjasama. Hari ini, dua syarikat besar ini telah mengumumkan satu kerjasama jangka masa panjang yang digelar “Kilang Masa Depan” dan membuat penyelidikan menyeluruh tentang Projek Ara ini.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Motorola memberikan tugas eklusif kepada 3D Systems dengan mewujudkan “keupayaan percetakan pelbagai bahan termasuk bahan konduktif dan berfungsi” untuk membina produk terbaru ini contohnya bateri, kamera, pemprosesan dan sebagainya.
Apapun bagi yang belum melihat video PhoneBlock ini, berikut kami sertakan kepada anda projek yang sangat terbaik ini.

Sumber : Engadget

0 comments:

Blogged.my