Wednesday, December 4, 2013

MediaFire Membawakan Integrasi Penyimpanan Awan Di Windows Dan Mac

Anda pasti mengetahui dengan nama MediaFire, sebuah laman web yang menyediakan servis penyimpanan secara awan. Sebelum ini, anda perlu untuk mengakses secara terus ke laman web MediaFire untuk menggunakan servis Penyimpanan Awan milik mereka. Walaubagaimanapun, pesaing MediaFire seperti DropBox dan GoogleDrive telah memperkenalkan integrasi penyimpanan awan ke Windows dan Mac tanpa perlu mengakses ke laman web mereka. Hal ini lebih memudahkan pengguna memandangkan aplikasi ini di integrasi bersama OS X Finder di Mac atau Windows Explorer di Windows.
mediafire-Finder-Integration
Namun begitu, MediaFire tidak ingin terus ditinggalkan jauh dengan teknologi pesaingnya dan pada hari ini, MediaFire memperkenalkan Penyimpanan Awan yang diintegrasikan bersama Windows dan Mac. Dengan ini, anda boleh berkongsi fail anda terus daripada Desktop ke media sosial tanpa perlu melayari laman web MediaFire lagi.
Selain itu, aplikasi ini menyertakan datu fungsi bonus yang tidak terdapat pada DropBox atau GoogleDrive iaitu mengambil paparan skrin sebelum dikongsi di dalam penyimpanan awan. Ia mungkin berguna untuk anda yang ingin berkongsi sesuatu bersama kawan anda tentang masalah dekstop anda atau berkongsi wallpaper milik anda.
mediafire-windows
Namun begitu, aplikasi ini masih diperingkat beta dan mungkin terdapat sedikit masalah ketika anda menggunakannya. Anda boleh mula memuat turun aplikasi ini dengan saiz storan 50GB secara percuma tetapi jika anda perlukan saiz storan yang lebih besar, anda boleh menggunakan servis secara berbayar. Anda boleh memuat turun aplikasi MediaFire Desktop Beta di sini

Sumber : Engadget

0 comments:

Blogged.my