Friday, October 15, 2010

Ketahui Khasiat Teh Hijau & Amalkan Setiap Hari :-)

Pilihan araaz : Teh Hijau Boh..

Green Tea/Teh Hijau

Perumpamaan Cina : "Lebih baik berlapar selama 3 hari dari sehari tidak minum Green Tea".

Green Tea telah diamalkan di Negeri Cina semenjak 4000 tahun dahulu. Orang cina telah menggunakan kebaikan Green Tea untuk merawat segala macam penyakit dari sakit kepala sehingga kemurungan.

Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah pemprosesan membezakan jenis teh:

  • hijau
  • hitam
  • oolong
Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas pengwapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain.

Kini kajian saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Green Tea antaranya seperti di dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, mengatakan satu kajian epidemiologi menunjukkan yang meminum Green Tea mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita Cina sebanyak 60%.

Secara umum Green Tea didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun.

Kenapa Green Tea Istimewa?

Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Green Tea 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan ia juga dianggar 2 kali lebih baik dari resveratol yang terdapat dalam wine merah.

Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.

Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.

Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.

Khasiat Kesihatan Green Tea / Teh Hijau

Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:

  1. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
    • Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.

  2. Membantu mengawal paras gula darah
    • Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

  3. Membantu dalam sesetengah penyakit barah
    • Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

  4. Menguatkan sistem imun
    • Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

  5. Menurunkan aras kolesterol
    • Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

  6. Menggalakkan pembakaran lemak
    • Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
      Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.

SUMBER: greenteacolostrum.com

0 comments:

Blogged.my