Nak Kahwin??? ...Nakkkkk, itula jawpan yg selalu kta dpt dr remaja sekarng, kalau soal pasal kahwn (Terutama Remaja Perempuan) hee, jgn mare yerk., ni ada satu artikel yg menarik araaz culik kat Utusan yg disedia Oleh Zunaidah dan Zuarida. :Kahwin muda membawa bahagia atau derita?:
P/s: SEMUA GAMBAR DI BAWAH HANYA SEKADAR HIASAN
Oleh ZUNAIDAH ZAINON dan ZUARIDA MOHYIN
Dipetik dari Utusan
Jodoh pertemuan itu ketentuan Allah s.w.t.. Manusia mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Jika kita ditentukan berkahwin dalam usia muda, mungkin itulah yang terbaik yang telah Allah tentukan untuk kita. Sebaliknya jika kita berkahwin dalam usia lanjut mungkin ada hikmah yang terkandung di dalamnya. Namun sebagai insan kita disuruh berikhtiar untuk mencari pasangan hidup yang memenuhi tuntutan agama. Kebanyakan remaja sekarang beranggapan kahwin pada usia muda banyak masalah. Berkemungkinan pada masa itu mereka belum ada kerjaya yang kukuh selain belum bersedia. Apabila sebut soal perkahwinan, apa yang pasti ia adalah satu sunah. Mengapa perlu menidakkannya? Tak kira pada usia berapa pun, kita perlu menegakkan sunah itu. Perkahwinan adalah sesuatu yang indah... ibarat syurga di dunia jika kita bijak melayari bahtera perkahwinan. Lantaran itu, Khairunnizam Sulaiman, 34, tidak bersetuju jika faktor usia dijadikan sebagai ukuran untuk mendirikan rumah tangga. Tidak salah berkahwin pada usia muda asalkan semua keperluan dan persediaan sudah mencukupi. “Hakikatnya perkahwinan pada usia muda bukanlah suatu yang mustahil, asalkan seseorang itu sanggup serta ikhlas memikul peranan dan tanggungjawab yang telah sedia ada.
“Tidak ada masalahnya perkahwinan yang dibina oleh pasangan yang sama-sama muda. Apa yang penting ialah bagaimana kita mengendalikan kehidupan berumah tangga itu sendiri.
Realiti
“Apa pun, semuanya terpulang kepada individu itu sendiri. Realitinya, kehidupan sebelum dan selepas berkahwin adalah berbeza,” cerita Khairunnizam yang mendirikan rumah tangga dengan Tuan Zainab Tuan Junoh pada 1994 sewaktu berusia 24 tahun. Bapa kepada empat cahaya mata yang berumur antara setahun hingga 12 tahun ini berkata, perkahwinan pada usia muda ada banyak kebaikannya. Antaranya, apabila usia semakin bertambah, anak-anak juga sudah membesar. Sekurang-kurangnya pada masa itu, tenaga masih kuat serta ekonomi sudah kukuh. Malah pada usia muda, pasangan suami isteri sudah mula memikirkan tentang masa depan dan hala tuju kehidupan berkeluarga. “Saya akui ramai yang kata berkahwin cepat rugi sebab tidak puas berseronok. Apa pun, bagi saya, kebebasan itu tidak bermakna sekiranya usia muda itu tidak dipergunakan sebaik mungkin ke arah yang membawa manfaat. “Malah aspek kematangan tidak 100 peratus terletak kepada usia seseorang. Apabila seseorang itu tahu tanggungjawab dan bermuhasabah diri, insya-Allah kematangan fikiran mereka itu akan hadir,” pesan Khairunnizam. Menurutnya, aspek ekonomi, kesabaran, persediaan psikologi dan kenali pasangan adalah antara persediaan yang perlu ada dalam mengharungi pelbagai cabaran alam rumah tangga. Berlainan pula dengan pengalaman perkahwinan yang dilalui oleh Salina Samsudin (bukan nama sebenar) yang berkahwin pada usia 18 tahun.
Panas baran
Harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah hakikatnya yang terpaksa diterima oleh Salina selepas menjadi isteri. Menurut Salina, kini berusia 39 tahun, dia berkahwin selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan jejaka pilihan hati yang berusia 20 tahun. “Siapa yang tahan jika tangannya kerap naik ke muka dan badan. Saya tidak sangka lelaki romantis sepanjang bergelar kekasih rupa-rupanya seorang yang panas baran selepas bergelar suami. “Bukan itu sahaja, malah selepas saya disahkan mengandung, perangainya tambah menyakitkan hati. Dia kerap bertemu teman-teman bujang dan pernah juga pulang sehingga lewat malam. “Impian saya untuk membina rumah tangga bahagia berkecai. Janji manis untuk sama-sama melayari bahtera rumah tangga tinggal angan-angan kosong dan saya sudah hilang kepercayaan dengan suami,” kata Salina yang reda dilepaskan dengan talak satu oleh suami selepas kelahiran anak kedua mereka. Kini, biarpun Salina gembira membesarkan anak-anaknya serta sibuk dengan kerjaya, dia sedikit pun tidak meletakkan kegagalan perkahwinannya atas sebab usia muda. Dia menyalahkan kepada tanggungjawab dan persediaan bekas suaminya itu.
Statistik kahwin awal
KETUA Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Mohammad Abdullah berkata, perkahwinan bawah umur di Malaysia banyak berlaku di Kelantan yang mencatatkan 115 kes, Sabah (102) dan Sarawak (100) bagi tempoh 1 Januari 2005 hingga 12 Januari 2006. Bagi kes yang sudah selesai permohonan nikah bawah umur, Sarawak mendahului dengan 92 kes, Kelantan (81) dan Sabah (60). “Perkahwinan bawah umur melibatkan sama ada lelaki atau perempuan yang berkahwin sebelum berusia 18 tahun dan 16 tahun iaitu syarat yang diletakkan oleh Undang-Undang Keluarga Islam. Maknanya, mereka berkahwin semasa masih bersekolah atau tidak menamatkan persekolahan atau tidak bersekolah,” jelas Mohamad. Antara punca berlakunya kahwin bawah umur ialah pasangan suami isteri muda itu hilang minat dengan alam persekolahan dan mendapat bakal suami yang mampu menyara kehidupan mereka. Ramai remaja perempuan yang tidak meneruskan persekolahan memilih untuk berkahwin dan ia dipersetujui oleh ibu bapa. Selain itu, remaja yang berasal dari kampung dan tinggal di pedalaman serta kurang pendedahan kepada kepentingan pendidikan turut menyumbang kepada perkahwinan bawah umur. Pada mereka perkahwinan adalah jalan untuk menyelamatkan mereka daripada masalah sedangkan cabaran pada masa hadapan memerlukan masyarakat yang celik ilmu pengetahuan. “Oleh sebab yang berkahwin bawah umur adalah remaja perempuan, maka suami harus bertanggungjawab membimbing isteri dalam menguruskan rumah tangga. Kita perlu ingat, dalam usia yang muda, mereka belum mempunyai pengalaman yang cukup dan kematangan sebagai seorang isteri. Adalah penting suami memainkan peranan dalam rumah tangga,” ujar Mohamad menasihati pasangan muda yang mendirikan rumah tangga. Walaupun hingga kini hanya 595 kes kahwin bawah umur dicatatkan di seluruh Malaysia termasuklah di negeri-negeri maju seperti Selangor, Pulau Pinang dan Johor, dan ia hanya dianggap sebagai kes terpencil, tidak mustahil akan berlaku peningkatan perkahwinan bawah umur jika tiada usaha dijalankan untuk membendung perkara tersebut. Hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat berilmu mungkin tidak akan tercapai jika masih ada remaja yang tercicir daripada alam persekolahan dan bergantung hidup semata-mata kepada perkahwinan.

0 comments:
Post a Comment