Pertama: Physical look (Finishing)
Perhatikan betul-betul finishing. Fizikal look mungkin sama tapi finishing yg membezakan ori dan imitate. Imitate punya finishing amat teruk (sesetengah model mcm olivia dia nampak macam kemek).
Kedua: Logo button Crocs
Logo button Crocs contohnya pada model Offroad seharusnya bersinar cantik. Bukannya pudar.
Ketiga: Tulisan tapak
Original tulisan seharusnya: boulder,colorado (koma)
Imitate: boulder.colorado (titik)
(note: bukan semua imitate macam ni, ada juga sama tulisan mcm ori)
Kalau anda jumpa seller jual macam ni, and kalau dia nak bertekak dengan anda dengan memberi alasan model original reject sebab tu ada titik bukan koma, jangan tertipu. Itu maknanya dia sendiri terkejut dengan soalan anda dan tak tahu nak jawab.
Original: www.crocs.com
Imitate: www.orocs.com
(note:bukan semua imitate mcm ni, ada tulisan mcm ori)
Keempat: Kelembutan (softness)
Lembut original lain, material crocsslite. Kalau copy, bukan pakai crocsslite, dia most probably getah biasa or plastik. Nak tahu beza crosslite, kena la beli satu original. Siapa biasa pakai, dia tahula beza material ni.
Kelima: Terapung bila letak atas air.
Letak crocs dalam air, tengok dia tenggelam ke terapung. Kalau tenggelam, sah imitate. Material crosslite takkan tenggelam dlm air.
Keenam: Byk model pelik-pelik.
Bukan senang nak dapat model original. Model baru hampir mustahil. Kalau ada pun itu kena berebut dengan buyer besar-besar dari banyak negara. Sebab tu saya tak heran kalau blog lain jual model pelik2, sebab saya tahu itu copy.
Perlu diingat, kalaulah senang nak dapatkan model original, apa gunanya butik Crocs ni ada kat Malaysia. Lebih baik dia tidak payah buat butik, bayar sewa rental mahal-mahal. Lebih baik jual dekat pasar je.
Kalau dah ramai buat masuk Crocs ni,lepas tu jual murah, apa gunanya butik Crocs ni ada kat Malaysia. Crocs original bukan mudah nak dapat.
Ramai orang tak tahu proses nak dapatkan Crocs original sbb tu dia assume mudah aje. Kalau u tgk ada blog jual sikit-sikit, boleh ambil stok sikit-sikit, most probably, dia jual copy.
Ketujuh: Plastik Crocs
Sekarang ni copy crocs pun siap datang dengan plastik dia. So, kalau dia claim ada plastik tu bukan jaminan dia original.
Oklah…7 point je setakat ni, kalau larat saya sambung balik. Tapi perlu ingat,..point2 ni bergabung satu sama lain. Maknanya, kalau tak cukup semua point utk crocs tu, dia tak boleh dianggap original.
By the way, cara terbaik still dengan memakai Cros original dan anda akan tahu beza dia.
Harap tips ni membantu
Sumber: http://kedaicrocs.com/
0 comments:
Post a Comment