Thursday, October 14, 2010

Tukar agama elak ditahan

araaz: haiihh apa dah jadila manusia sekrng ni, dah islam tak mengaku islam, semata-mata nk elak dari kena tindakan, dulu punya la susah nk degr cite-cite camni, kalau nk kata sumpah pun kena hati-hati, sekrng ni dah ada yg berani mempermainkn agama. :-(

Tukar agama elak ditahan

SEREMBAN – Seorang lelaki sanggup mengaku beragama Kristian bagi mengelak daripada ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam ‘Ops Judi’ yang dijalankan di premis perjudian, sekitar bandar Seremban dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, identiti lelaki terbabit yang juga warganegara asing, berumur 30-an dan beragama Islam itu berjaya dibongkar sepasukan penguat kuasa JHEAINS yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah.

Dalam operasi yang bermula jam 12 tengah hari dan berakhir jam 3 petang itu, penguat kuasa turut berjaya membawa penangkapan enam lagi lelaki berumur lingkungan 40-an hingga 60-an di premis berasingan.

Jurucakap JHEAINS berkata, semua mereka ditahan ketika leka membeli nombor ekor dan ada antara mereka ditahan kerana berada di dalam premis perjudian.

“Malah, ada juga antara ‘kaki judi’ yang ditahan dalam operasi ini menunjukkan ‘sikap sedikit hormat’ apabila mengenakan topi keledar ketika masuk membeli nombor ekor bagi mengelak identiti mereka daripada dikenali.

“Bagaimanapun, taktik mereka tidak berjaya. Mereka tidak serik walaupun mengetahui aktiviti perjudian salah di sisi agama," katanya.

Menurutnya, mereka semua dibawa ke bahagian penguatkuasaan JHEAINS untuk siasatan lanjut.

“Mereka akan didakwa di bawah kesalahan berjudi Seksyen 79 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1992 Pindaan 2003.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sementara itu, menurutnya, seorang daripada lelaki yang ditahan itu akan didakwa atas satu kesalahan lain iaitu dengan mendakwa diri sebagai bukan Islam untuk mengelak daripada diambil tindakan dan akan disiasat di bawah Seksyen 48 Enakmen yang sama.

Pengarah JHEAINS, Johani Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Menurutnya, operasi seumpama itu akan dijalankan dari masa ke semasa sepanjang tempoh ‘Kempen 1Malaysia 1Halal’ sebagai usaha membanteras aktiviti perjudian di negeri ini.

SUMBER: SInar Harian 14/10/2010

1 comments:

URY said...

Aduhaaiiii diorg ni harus dihukum pancung shj lah..

Blogged.my