Tuesday, October 19, 2010

Boleh jadi barah - penyalahgunaan laman sosial terutamanya di kalangan gadis dan wanita kesunyian

Boleh jadi barah - penyalahgunaan laman sosial terutamanya di kalangan gadis dan wanita kesunyian


KUALA LUMPUR: Peningkatan penyalahgunaan laman sosial terutamanya di kalangan gadis dan wanita kesunyian yang menjadikan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan MySpace sebagai tempat mendapatkan keuntungan dan melampiaskan nafsu dikhuatiri boleh menjadi ‘barah’ pada masa depan.

Walaupun laporan berhubung kegiatan tidak bermoral melalui laman sosial diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih rendah tetapi kegiatan itu perlu dibendung pada peringkat awal sebelum berlaku keruntuhan moral.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, ketika dihubungi Metro Ahad mendakwa sehingga kini, laporan yang diterima berhubung penyalahgunaan laman sosial adalah sedikit dan berpendapat ia masih boleh dibendung. Menurutnya, perkara ini yang dianggap ‘trend’ terbaru golongan muda perlu dibendung dari semasa ke semasa kerana ia boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan moral.

Beliau berkata, ramai gadis pada mulanya menjadi mangsa lelaki miang apabila gambar peribadi yang dimuat turun ke dalam laman sosial disalahgunakan oleh lelaki terbabit untuk tujuan pemerasan.

Menurutnya, lelaki miang gemar mengambil kesempatan ke atas mangsa di kalangan gadis dengan mengambil gambar berunsur negatif dan mengugut mangsa mahu menyebarkan gambar itu sekiranya mangsa tidak menuruti kehendak mereka yang bertujuan mendapatkan keuntungan.

“Kebanyakan gadis mengakui mereka mulanya melayari laman sosial sebagai tempat bersembang bagi menghilangkan kesunyian dan secara tidak langsung mula seronok dan mahu berkenalan lebih dekat dengan rakan laman sosial itu. “Tanpa disedari mereka sudah terjerat dalam perangkap lelaki yang mahu mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan semata-mata,” katanya.

Khairi berkata ada mangsa mengakui hidup keseorangan dan sunyi menyebabkan mereka sunyi dan mencari alternatif untuk mendapatkan kenalan.

SUMBER: Harian Metro

araaz: waahhh makin panas lak kes-kes cam ni, cuba kalau buat sesuatu tu, hati-hati kit, jgn main redahhh je, ramai gak araaz tgk dalam FB awek2s letak gambar -gambar yg tak sepatutnya ada... dah mcm 'gian' nak tayang apa saja yg ada lak...ehmmm

1 comments:

Black_roses92 said...

skunk ni byk mslh timbul sbb fb.. huhu.. kita ngadap fb tu un da bosan.. huhu