IKAN spesies piranha ini ditangkap ketika penggambaran River Monsters.
LONDON: Pemancing Britain, Jeremy Wade kelihatan bimbang ketika memegang ikan 'harimau gergasi'.
Pemancing berusia 52 tahun itu menangkap ikan  spesies piranha itu   ketika menyertai ekspedisi memancing di Sungai Kongo, Afrika.
Ikan harimau gergasi itu adalah antara ikan air tawar yang digeruni  di dunia dan dikatakan lebih besar dan bahaya berbanding spesies piranha  lain.
WADE berhati-hati ketika bergambar dengan ikan harimau gergasi yang ditangkapnya.
Hanya segelintir pemancing pernah menangkapnya  kerana bahaya dan habitatnya yang sukar dijejaki.
Wade, hos rancangan River Monsters terbitan ITV berkata, dia begitu  berhati-hati ketika menaikkan ikan berkenaan yang beratnya lebih 45  kilogram dan panjang 1.6 meter.
Mengulas mengenai ikan itu, Wade berkata, amat sukar untuk  menangkapnya lebih-lebih lagi oleh orang luar kerana habitatnya yang  jauh di pedalaman.
“Tiada penunjuk arah untuk ke kawasan habitatnya,” kata Wade.
Dia yang menghabiskan masa lapan hari untuk menangkap ikan melepaskan semula ikan itu tidak lama selepas menangkapnya. - Agensi 
SUMBER: Metro
 

 
 
 
 
 
 



 
 Posts
Posts
 
 
3 comments:
waaa....
piranha jugak yg ditgkapnya..
yeke...leh caye ke...ntah2 dye wat sendiri ikan tuh. xkan ikan tu x meronta2.rilek je dye pegang.
penipuuuuuu......!!!!!!!!!!!bleh plak ikan tu diam ja,mulut plak all da tym nganga
Post a Comment