Monday, October 11, 2010

Pelajar 13 tahun digantung sekolah gara-gara Facebook

Pelajar 13 tahun digantung sekolah gara-gara Facebook

CONNECTICUT - Dua pelajar berumur 13 tahun didakwa atas tuduhan jenayah disebabkan perbincangan mereka di laman rangkaian sosial Facebook, di Connecticut, Amerika Syarikat.

Pelajar lelaki dari Sekolah Pertengahan Schaghticoke itu mengugut pentadbir sekolah di laman Facebook miliknya dan disokong oleh seorang pelajar perempuan yang mencadangkan supaya mereka mengebom sekolah itu.

Remaja lelaki itu didakwa atas tuduhan mengugut manakala pelajar perempuan tersebut dituduh melakukan pencabulan keamanan peringkat kedua dan mengugut.

Kedua-dua mereka digantung persekolahan selepas perbincangan mereka itu disedari oleh ibu bapa pelajar lain yang kemudian melaporkan kepada pihak pentadbiran sekolah.

Remaja itu mungkin berhadapan dengan hukuman dibuang sekolah, namun tidak jelas sama ada mereka akan didakwa atas kesalahan jenayah.

SUMBER : Sinar Harian

Ehm tula, kebebasan utk bersuara tu ada gak Had nya, ni main sodok je...tanpa berfikir panjang..ish ish - araaz-

0 comments:

Blogged.my