Wednesday, December 4, 2013

HTC One Edisi Google Kini Menerima Kemaskini Android 4.4 KitKat

Lewat malam semalam, HTC telah mengepos Android 4.4 Kitkat kernel source dan fail framework dan ini menandakan, Android 4.4 untuk HTC One edisi Google bakal hadir bila-bila masa sahaja melalui kemaskini OTA (Over The Air). Memang jangkaan itu tepat apabila salah seorang ahli XDA Developers telah melaporkan beliau kini telah mendapat kemaskini Android 4.4 Kitkat bagi HTC One milik melalui kemaskini OTA.
Terdapat sedikit kemaskini yang dilakukan oleh HTC selain daripada fungsi Kitkat yang sedia ada contohnya aplikasi kamera yang lebih baik, ketahanan bateri dan kelajuan keseluruhan. Bagi versi HTC One edisi Sense, anda mungkin menerima kemaskini Kitkat pada bulan Januari tahun depan.
HTC-One-Google-edition-android-4-4-kitkat-2013-11-25-02
Jika anda belum menerima kemaskini ini, ia mungkin adalah kerana HTC sedang mengemaskini secara berperingkat mengikut negara.

0 comments:

Blogged.my