Friday, December 6, 2013

Eric Schmidt Menulis Panduan Untuk Bertukar Daripada iPhone Ke Android

Anda terasa seperti ingin bertukar daripada iPhone ke Google Android? Daripada kenyataanEric Schmidt, CEO di Google, terdapat beberapa rakan beliau yang ingin bertukar daripada iPhone ke Google Android dan beliau menulis 900 patah perkataan panduan untuk melakukan proses tersebut.
Pengarah Eksekutif Google pada hari ini menulis panduan beliau dalam satu pos di Google+ yang menekankan tips-tips dan amalan terbaik bagi membolehkan pengguna yang berada di kelompok Apple untuk ke Google. “Ramai rakan saya yang kini bertukar daripada iPhone ke platform Android. Telefon Pintar berspesifikasi tinggi yang menggunakan Android sebagai sistem pengoperasian contohnya Samsung (Galaxy S4), Motorola dan juga Nexus 5 mepunyai skrin yang lebih baik, berkelajuan tinggi dan mempunyai antara muka yang lebih mesra pengguna. Ini adalah hadiah Hari Krismas yang paling terbaik untuk pengguna iPhone!”.
Panduan yang ditulis oleh Schmidt ini memberitahu pengguna Android yang baru bagaimana cara ingin menambah emel kepada peranti Android anda, mencari aplikasi, import kenalan, dan mengeluarkan sim daripada iPhone dan meletakkannnya pada peranti Android terbaru anda.
“Pastikan anda menggunakan Chrome sebagai web browser daripada menggunakan Safari. Chrome lebih selamat digunakan dan terbaik daripada pelbagai perkara. Dan ia adalah percuma!” katanya sebelum mengakhiri panduannya di Google+ tersebut.

Sumber : TheVerge

0 comments:

Blogged.my