Wednesday, December 4, 2013

Assassin’s Creed: Pirates Dilancarkan Untuk Telefon Dan Tablet Pada 5 Disember Ini

Assassin’s Creed: Pirates ini bukan siri Assassin’s Creed yang pertama diperkenalkan untuk telefon dan tablet tetapi ini adalah yang Assassin’s Creed pertama membawakan lanun ke peranti mudah alih anda. Pada 5 Disember ini, anda bakal memuat turun permainan video ini ke peranti mudah alih tetapi hanya terhad pada IOS dan Android sahaja.
Anda bakal memainkan watak sebagai kapten, mengemudi kapal dan berperang dengan lanun yang lain sambil mencari harta karun yang tertanam di lautan yang luas. Permainan ini juga bakal menyertakan beberapa karakter yang terdapat pada siri yang terdahulu iaitu  Assassin’s Creed 4: Black Flag. 
Menurut pembangun bagi permainan video ini, 3D grafik yang digunakan pada permainan ini khas untuk telefon pintar dan tablet dan anda pastinya tidak boleh membandingkannya dengan versi di permainan komputer atau konsol. Permainan ini tidak ditawarkan namun anda boleh memuat turunnya dengan harga USD 5 sahaja.

Sumber : Engadget

0 comments:

Blogged.my