Wednesday, December 4, 2013

Android KitKat 4.4 Launcher Di Peranti Android Anda Dengan KK Launcher

Dengan pengenalan Android KitKat 4.4, Nexus 5 dan pengenalan Google Experience Launcher, pengguna Android kini boleh merasakan pengalaman status baru dan pelbagai aplikasi yang terdapat pada KitKat 4.4 ini. Memang tidak dinafikan, ramai daripada kita telah menggunakan modifikasi daripada pihak ketiga iaitu Custom ROM tetapi kini untuk pengguna biasa yang tidak tahu untuk root, unlock bootloader dan sebagainya juga dapat merasakan pengalaman yang serupa.
Namun begitu, ramai daripada pembangun merasakan Google Experience Launcher mempunyai potensi yang sangat besar namun terdapat kekurangan daripada fungsi. Hal ini menyebabkan terdapat banyak launcher terbaru ini yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan di PlayStore.
Salah satu launcher ini telah dibina oleh salah seorang ahli forum XDA iaitu kkappteam. KK Launcher menawarkan pelbagai variasi penyesuaian contohnya saiz tulisan di desktop, menyembunyikan search bar, dan mengubah saiz ikon. Selain itu, ia menawarkan sokongan untuk menggunakan tema ikon yang terdapat pada launcher lain contohnya Apex, Go, Nova dan ADW.
device-2013-11-20-204817
device-2013-11-20-145432
device-2013-11-20-144107
Prestasi bagi launcher ini juga patut dipuji. Penskrolan pada launcher ini amat lancar dan peralihan skrin dikendalikan hanya dalam sekelip mata. Perkara yang paling penting, pembangun bagi launcher ini dengan hati terbuka menerima segala cadangan untuk ditambah pada versi yang terbaru.
Untuk mencuba aplikasi ini, anda boleh memuat turun aplikasi ini daripada Google Play Store.

Sumber : XDA Developers

0 comments: