Wednesday, December 4, 2013

Aplikasi Permesejan Line Kini Mempunyai 300 Juta Pengguna

Aplikasi permesejan Line ini nampaknya terus mendapat tempat di hati pengguna di seluruh dunia yang kini telah mencapai angka 300 juta pengguna dan mungkin menjadi aplikasi permesejan yang terbesar setakat ini. Peningkatan jumlah pengguna sebanyak dua kali ganda sejak 3 bulan yang lalu sedikit sebanyak mengejutkan pesaing-pesaing terdekatnya.
line-300-million-user
Walaupun secara zahirnya aplikasi ini hanya mampu menguasai pasaran Asia dan tidak pada negara-negara barat, ia sedikit sebanyak mengugat kedudukan WhatsApp dan Facebook yang menjadi kegilaan di negara-negara tersebut. Line terus berkembang menguasai negara Asia dan Jepun adalah negara aplikasi ini dibangunkan.
Bagi yang masih tidak mengenali Line, aplikasi ini adalah aplikasi yang menawarkan mesej dengan membenarkan penghantaran stiker sebelum ia diperkenalkan oleh Facebook. Perkara yang menarik minat pengguna untuk menggunakan aplikasi ini pastinya dengan kewujudan fungsi stiker tersebut yang ditambah hari demi hari. Lebih menarik lagi, aplikasi ini bukan sahaja ditawarkan pada telefon mudah alih, malah terdapat aplikasi di Windows dan Mac yang menyebabkan WhatsApp mungkin jauh ke belakang.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawati laman web Line.

Sumber : Engadget

0 comments:

Blogged.my