Cerita Sebenar Wanita Bertudung Bergambar Dengan Seekor Anjing Menjadi Viral Di Facebook
Gara-gara memuat naik sekeping gambar dengan seekor anjing, seorang
wanita bertudung dikecam oleh netizen tanpa mengetahui cerita sebenar di
sebalik gambar. Justeru, ramai yang memberikan pandangan negatif
mengenainya, tidak kurang juga ustaz/ustazah ‘mee segera’ memberikan
pandangan yang tidak sahih.
Mengetahui gambarnya menjadi viral di laman Facebook, wanita berkenaan
tampil memberikan penjelasan terperinci agar orang ramai tidak terus
percaya dengan penyebaran palsu kononnya dia saja-saja bergambar dengan
anjing berkenaan. Baca penjelasan beliau di bawah:
“Sebab ramai orang kita ni PEMALAS selidik dan baca komen dulu sy post lagi sekali untuk para pemalas nahh.
Akak kenapa tak ambik caption saya sekali? Kat caption saya dah
terang-terang ada perkataan DONEVISIT. Maksudnya saya pergi melawat
anjing ni selepas saya resque dia di tengah jalan raya berdarah-darah
yang tak ada siapa peduli langsung dengan haiwan.
Yah, orang kita anggap jijik ni. Mungkin dah mati kalau takde siapa
ambil dia. Ini office seorang indian guy yang ambil bela anjing tu.
Isu saya pegang anjing ni tolong bagi dalil kat saya pegang anjing tu
berdosa. Kalau saya sertu badan saya, saya dah bersih 100%. Jangan tanya
yakin ke bersih sebab was-was tu hasutan syaitan. Was-was tu orang
empunya diri yang rasa. Kalau saya was-was lagi biasanya saya basuh lagi
sekali sampai hilang was-was.
Korang mengata tanpa usul periksa selagi tak minta maaf boleh bersih tak
dosa tu? Kenapa nak pegang kalau dah tau kena sertu bagai? Saya tak
minta ada rasa kesian yang melampau kat haiwan. Saya tahu yang saya
sentuh anjing tak berdosa. Jadi apa yang saya nak takut? Dalam gambar
ni, saya rasa saya bertudung lengkap baju lengan panjang. Satu-satunya
orang anggap gambar ini berdosa sebab ada anjing dalam tu.
Kenapa upload? Ramai yang nak tahu perkembangan anjing tu. Ramai yang
dah derma untuk kos pembedahan dia. Jadi saya upload untuk kawan-kawan
saya. Ada yang saya tak dapat di approve. Jadi follower saya je. Jadi
saya publickan. Biar yang mana follow saya dan dah derma untuk anjing ni
dapat tahu perkembangan dia sekali.
Banyak cara lagi nak buat baik? Ini pilihan saya. Saya tak rasa baik pun
buat benda ni semua. Tapi atas rasa tanggungjawab sesama makhluk
bernyawa, buang kayu tajam tengah jalan pun dah kira buat baik. So
terpulang pada individu nak berbuat baik cara mana pun selagi tidak
melampaui batas.
Yang cakap pasal jaga kebajikan mak ayah dan orang tu, saya nurse,
bontot mak ayah orang lain pun saya cuci. Insha Allah mak ayah saya
takkan saya abaikan. Terima kasih atas teguran. Last but not least, kat
Malaysia je pegang anjing orang anggap riak. Tq.
___________________________________________
Begitulah penjelasan dari wanita empunya gambar. - My Media Hub