Wednesday, November 27, 2013

Porsche Design dan Blackberry Bekerjasama Membangunkan Z10 Versi Premium

Setelah bekerjasama dalam membangunkan telefon pintar P’9981 pada tahun lepas, Porsche Design dan Blackberry telah mengumumkan versi Z10 yang telah diubah suai untuk kelihatan lebih premium. Dikenali sebagai P’9982, telefon pintar ini menggunakan keluli tahan karat (stainless steel) serta italian leather dan datang bersama unik BBM PIN yang membuatkan telefon pintar lain mengenalinya dengan serta merta.
Bukan sahaja bahan buatannya sahaja di ubah, Blackberry juga telah menaikkan saiz memori dalaman kepada 64GB untuk versi premium ini serta turut menjual variasi italian leather dengan warna yang berlainan untuk telefon pintar milik anda ini. Italian leather ini juga turut diperkenalkan untuk iPad dan iPhone.
Selain daripada dua perubahan besar yang diperkenalkan untuk versi premium ini, Blackberry mengekalkan ciri-ciri yang terdapat pada Z10, telefon pintar dengan penjualan unit yang sedikit. P’9982 mempunyai skrin dengan piksel 1280 x 768, cip pemprosesan dwi-teras 1.5 GHz, 2GB RAM dan juga sistem pengoperasian BB10. Telefon pintar ini bakal dijual dengan harga £1,500 ( RM 6437 ) untuk pasaran London.
Tiada pengesahandari Blackberry Malaysia tentang kemasukan telefon pintar Z10 versi Porsche Design ini ke Malaysia buat masa ini.

Sumber : The Verge

0 comments:

Blogged.my