Wednesday, November 27, 2013

Perkara Yang Terbaik Di Dalam Sistem Android Kini Semakin Terbaik

Ramai yang menyukai Android dengan pelbagai jenis alasan contohnya fungsi yang pelbagai, limpahan jenis aplikasi yang dibina untuk sistem Android dan juga pengenalan Android oleh Google sebagai sumber terbuka. Dengan gabungan ciri-ciri ini membuatkan Android merupakan sistem pengoperasian paling diminati oleh pengeluar mahupun pengguna telefon pintar. Tetapi kunci sebenar yang membuatkan ramai yang menyukai Android adalah kerana adanya Google Now, dan kini aplikasi semakin menjadi berguna kepada pengguna.
Google telah mengumumkan di halaman Google+ milik mereka dengan penambahan tiga lagi kad baru iaitu News topics, Website Updates dan What To Watch.
“Jika anda merupakan peminat bagi sesebuah laman web atau blog, kad Website update bakal memberikan artikel terbaru bagi laman web tersebut dan anda tidak akan ketinggalan dengan setiap artikel daripada laman web tersebut manakan News Topics bakal memberikan anda laman web yang mengemaskini artikel bagi topik yang anda minati,” selain Android Team menambah lagi, “What To Watch memberikan cadangan untuk anda program TV atau movie yang mungkin anda ingin menontonnya nanti”.
“Terdapat beberapa lagi penambahan elemen dalam Google Now contohnya anda boleh mengetahui keadaan semasa trafik apabila di integrasikan dengan aplikasi Waze, menetap peringatan secara berulang, melihar skor Rugby semasa malah untuk mengetahui pakej milik anda akan sedia di ambil”.
Bagi yang tidak mengetahui mengenai Google Now, aplikasi ini merupakan pembantu peribadi anda secara maya yang sentiasa akan memberikan anda informasi berguna sebelum anda sempat mengajukan soalan kepadanya. Google Now akan sentiasa dikemaskini untuk peranti yang sesuai untuknya tetapi anda boleh memuat turun secara terus di Google Play Store aplikasi Google Search App secara manual.
~ skynight

0 comments:

Blogged.my