Thursday, July 4, 2013

Masih Tiada Tarikh Nikah, Fouziah Tunggu ‘Lampu Hijau’ Abang

Setelah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan dan perunding keewangan, Md Zhafran (Zhaf) pada 1 Jun lalu, Fouziah Gous kini sudah mula sibuk membuat persiapan perkahwinannya. Namun menurut pelakon jelita ini, tarikh sebenar majlis pernikahannya masih belum ditetapkan kerana dia hanya menunggu kata putus dari abangnya.
“Setakat ni dah nak mula buat persiapan sikit-sikit. Tapi kami masih belum putuskan tarikh sebenar. Kalau ikutkan tempat untuk majlis pun memang dah tak ada, semua dah di booking. Tapi saya dan Zhaf tak kisah nak buat kat mana pun sebab soal tempat tu kami boleh fikirkan. Cuma sekarang ni pasal tarikh, saya hanya menunggu keputusan daripada abang saya yang kedua.
“Dia sebenarnya akan berpindah sementara ke Amerika Syarikat untuk menguruskan perniagaannya di sana tak lama lagi. Jadi saya akan berkahwin sebelum dia berpindah ke sana. Sekarang ni saya tengah tunggu jawapan dia, kalau dia cakap on, kami akan kahwin lah secepatnya. Saya nak juga abang saya ada di sini masa hari pernikahan kami nanti. Apapun, InsyaAllah saya dan Zhaf akan kahwin dalam tahun ni juga”, katanya kepada Malaysian Digest.com.
Aktres kacukan Melayu-Cina Pakistan ini ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaru barangan kemas Habib Jewels, Cherita di Pagi Raya sempena Aidilfitri, bertempat di Ampang, petang semalam.
Dalam masa sama, berkongsi serba sedikit perasaannya selepas sebulan bergelar tunangan orang, Fouziah berkata, hari-harinya kini tambah bahagia dan bertuah dengan kehadiran tunang yang sentiasa memahami.
“Dari segi kerja tak banyak beza. Cuma sekarang lebih seronok sebab ada orang ambil tahu apa kita buat, mana kita pergi. Kalau saya nak pergi mana-mana tu saya akan bagitahu dia. Kalau dulu solo, kita buat apa yang kita suka sendiri.
“Sekarang ni banyak benda yang kami buat sama-sama. Kami satu kepala. Dia pun seorang yang easy going dan memahami. Kadang-kadang tu ada juga kami tak sependapat, tapi yang penting salah seorang kena mengalah lah”, ujarnya.
Fouziah turut memberitahu dia juga sekarang sedang sibuk mengembangkan lagi perniagaan sarang burungnya yang mana dibantu oleh Zhafran sendiri sebagai rakan kongsi.
Mengenai perkembangan karier seni pula, Fouziah baru saja selesai menjalani penggambaran telemovie khas sempena Aidilfitri berjudul Ijab dan Qabul untuk siaran TV3 serta drama bersiri untuk terbitan RTM berjudul Cici & Roy.
Selain itu, di sepanjang bulan Ramadan nanti Fouziah akan sibuk di set penggambaran drama bersiri Alam Maya, arahan Nizam Zakaria.
Sumber: Skynigh

0 comments:

Blogged.my