Thursday, July 4, 2013

Lisa Surihani Dan Yusry KRU Serah Kepada Takdir Soal Anak


Setiap kali soalan kisah rumahtangga diajukan kepada Lisa Surihani, pastinya tidak terlepas akan soalan bilakah beliau da Yusry KRU merancang untuk timang cahayamata pertama selepas lebih setahun berkahwin. Bercakap kepada Sinar Harian baru baru ini, Lisa Surihani menganggap zuriat adalah kurniaan rezeki dari Allah S.W.T dan beliau da suami hanya mampu berserah kepada takdir Yang Maha Esa.

“Saya dan Yusry tidak pernah merancang kerana anak adalah permata buat kami berdua. Kalau kami merancang pun mungkin apabila mahu mengandung anak kedua”

“Malah dalam Islam sendiri pun kita digalakkan merancang dan ia bergantung atas sebab tertentu seperti kewangan atau sebagainya. Bagi memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa saya dan Yusry sudah lama bersedia tapi ini rezeki Allah SWT dan saya berharap peminat doakan yang terbaik buat kami untuk mendapat zuriat yang baik akhlaknya”

0 comments:

Blogged.my