Thursday, July 4, 2013

AMAH WARGA INDONESIA CAMPUR AIR KENCING DLM MINUMAN MAJIKAN

Kerana tidak tahan dipaksa bekerja dengan teruk, seorang pembantu rumah menyajikan air teh yang dicampurkan dengan air kencingnya dan air bekas basuh baju kepada majikannya.

Gambar hiasan

Akhbar South China Morning Post melaporkan, pembantu rumah berusia 22 tahun itu ditangkap selepas majikannya menyedari bau ganjil pada minumannya.

Majikan terbabit menyoal pembantu rumah itu yang mengaku berbuat demikian.

Pembantu rumah terbabit kini berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah terhadap tuduhan mencampurkan bahan berbahaya ke dalam makanan.

Identiti majikan dan pembantu rumah itu tidak dinyatakan.

Tahun lalu, seorang amah warga Indonesia di Dubai yang mencampurkan air kencing ke dalam teh majikannya dipenjara dua bulan. Dia melakukan jenayah itu kononnya untuk membuat keluarga majikannya sukakannya.

“Saya hanya mencampurkan sesudu air kencing ke dalam teh sebelum menyajikan minuman kepada keluarga itu. Saya lakukannya tujuh hari sebulan,” kata amah terbabit.

Pada 2007, seorang amah, juga warga Indonesia, dipenjara enam hari di Hong Kong kerana menyajikan majikannnya minuman yang dicampur dengan air kencing nya. -Agensi

0 comments: