Thursday, July 4, 2013

Maria Farida Tak Terkejut, Sudah Jangka Kontroversi Shahz Jaszle

Dramatis jelita, Maria Farida memberitahu beliau tidak terkejut malahan sudah menjangkakan kontroversi yang menghimpit diri Sharizal Jaszle atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle termasuklah kes baru-baru ini, aktor itu ditangkap basah.

Begitu pun, kata Maria dia sebenarnya sudah lama tidak mengikuti perkembangan Shahz Jaszle namun berita kes khalwat yang mengaitkan Shah Jaszle itu sampai ke pengetahuannya apabila kru-kru di lokasi penggambaran serta orang sekeliling sibuk bercerita tentang hal tersebut.

“Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia yang jahanamkan hidup dia sendiri. Whats goes around, comes around.

“Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya, sampai sekarang. Cuma nasib dia yang kali ini (kantoi) paling besar”, kata Maria Farida kepada Malaysian Digest.com ketika diminta mengulas mengenai isu dan kontroversi yang mengaitkan pelakon muda itu.
Maria dan Shahz Jaszle sikit masa dulu pernah menjalin hubungan cinta. Kisah cinta mereka tersebar ke pengetahuan umum apabila Maria dan Shahz mula memberanikan diri bermesej manja dan saling memanggil sesama sendiri dengan panggilan sayang di laman sosial, Twitter. Namun ikatan kasih mereka tidak berpanjangan dan hanya mampu bertahan beberapa bulan.
Sumber: skynight

0 comments: