Najib Isytihar Jumaat Ini, 31 Dis Sebagai Cuti Umum
  KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun  Razak  mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk  meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia  pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.
Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya kepada Bernama di sini pada Rabu malam.
Pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium  Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia Rabu malam, pasukan bola sepak  Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.
Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.
-- BERNAMA
 

 
 
 
 
 
 



 
 Posts
Posts
 
 
1 comments:
yeay! malaysia menang! XD
Post a Comment